Tuesday, April 28, 2009

Dera

Selama ni aku selalu mengeluh, kata husband aku x banyak membantu aku layan kerenah anak la, kata die tak membantu kejra rumah la, komplen pasal die rajin keluar minum dgn kawan2 la, tapi hari ni, aku rase bertuah dapat husband aku. Walaupun die tak la seperfect mana tapi tak pernah die naik tangan ke badan aku.

Hari ni, aku menjadi pendengar setia, mendengar keluhan kawan sepejabatku yg menjadi mangsa suami. Lebih menakutkan anak2 juga menjadi mangsa. Selama ni aku anggapkan mereka pasangan bahagia. Sering ku katakan pada suamiku yg mereka adalah loving couple. Tak ku sangka, sang suami bermuka dua. Luar saja baik, dalam jahat sejahatnye. Aku tak boleh terima bila die mengangkat tangan memukul isteri.

Sebagai bukti kesam lebam ditunjukkan pada aku. Seram sejuk badan aku dibuatnye. Apala nak jadi dengan kaum adam sekarang. Isteri dah banyak membantu dari segi kewangan dan kudrat. Tapi masih menuntut yg bukan2. Masih nak memukul macam zaman jahiliah. Sungguh aku tak faham.

P/S: Suamiku, sungguh pun rumahtangga kite tak seindah mana, tapi aku masih bersyukur dengan kehidupan kite.

Sunday, April 26, 2009

Tension - Renovation in progress

Tension betul aku weekend kali ni, jiran terchenta buat renovation. Bisingnye yg amat, menggegarkan satu rumah aku. Almaklum la, apartment kos rendah. Maziz tak dapat nak tido seharian dek kerana bunyi mesin potong besi. Kesian aku tgk die, naik bengkak mata die. Bila macam ni, terfikir plak, bila la rumah yg kami beli nak siap. Tak tahan aku duk apartment ni. Dah la hari2 aku daki tangga, bising pulak mengamatkan suasana. Aku benci duduk rumah ni.

Perasaan jemu pula mengamit jiwa bila aku tak larat melayan karenah anak2 dan si baby tua. Terasa sampai bila harus aku pikul semua ni sorang diri. Bukankah tanggungjawab ni perlu di pikul bersama. Tak terasa kah die betapa penatnye badan aku ni. Betapa berdenyutnye otot2 badan aku ni. Humm... bila masuk bab macam ni, aku dah semakin beremosi. Dah la, malas nak fikir.

P/S: Aku perlukan treatment untuk ketenangan jiwa. SPa is a good option to choose.

Friday, April 24, 2009

Save EARTH


Amir wearing cloth diaper


Maziz wearing cloth diaper.

Hari ni kami introduce cloth diapers kat dua2 org anak kami. Nak sokong kempen selamatkan BUMI kite la katakan. So, sekarang kami reducekan penggunaan pampers. Dah tak beli pampers dah, kecuali untuk travel jauh. Sekarang cuma habiskan stok pampers yg ade kat rumah je. Takde la buang sampah pampers berplastik2 bag hari2.

P/S: To all moms, come and join me to save our EARTH. Introduce cloth diapers to your child.

Shopping Sakan


Hasil bershopping kat pureen sale

Sabtu lepas, aku macam ibu2 yg lain tak lepaskan peluang untuk memeriahkan pureen sales. Hubsand aku cukup lemah bila aku ajak die pegi sale ni. Ramai orang katanye. Tapi hari tu mmg gile ramai org, bayangkan kami kena beratur dekat satu jam untuk bayar barang2 tu. Nasib baik anak2 kami tinggalkan kat rumah babysitter. (ibu2 mengandung x digalakkan pegi, takut kena langgar).

Hasilnye, aku dpt 14 botol BPA Free (mmg aku cari botol ni, untuk kesihatan anak2 aku), 2 paket pampers untuk Amir, 4 pasang baju & sock & mittens untuk Maziz, baby wipes dan sarung buaian. Total damage kami hari tu RM197.00. Tapi aku betul2 puas hati bila aku dpt botol BPA Free tu. Kat luar harga satu botol dalam RM9/pcs. Tapi aku dpt RM5/pcs. Botol ni takde kandungan kimia macam botol2 biasa yg kite pakai selalu. So, kesihatan anak2 lebih terjamin.

P/S: Shopiing macam tak sedar dah tgh bulan, banyak hari lagi ke nak gaji?? den dah pokai ni...

Tuesday, April 21, 2009

Cerita selepas pantang


Amir Mifdhal


Maziz dah Genap 2 bulan

Maziz dah 2 bulan, aku pun dah naik kerja. Hari pertama naik kerja, org yg back up kerja aku dah pass balik segala2 nye. Nak pengsan aku tgk semua benda dah tak terorganize macam masa aku buat. Blur Sekejap.

Tarik nafas panjang, aku ke pantry buat air milo. Ade tenaga sikit. Baru aku mula jumpa boss untuk ambik task2 baru aku. Bertambah lagi kerja aku walaupun gaji x bertambah. Ikut hati nak berenti je kerja jaga anak kat rumah. Tapi siapa pulak nak bayar loan rumah aku. Huhu.

Hari pertama Amir dan Maziz bersama2 kat rumah pengasuh. Amir being so protetive, sampaikan takde orang lain boleh sentuh Maziz. Cuma pengasuh yg die panggil "mak" saje yang boleh pegang. Kesian kakak-kakak yg lain nak pegang sikit pun tak boleh. Aku pulak kat office asyik teringat budak berdua tu. Sekejap2 aku call pengasuh tanyakan khabar Maziz, walaupun kerja aku berlambak. Amir dah biasa, so aku tau rutin die di rumah pengasuh. Apa lagi, tgk cartoon la.



P/S: Bila aku ade option nak berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak?