Monday, June 29, 2009

berita terkini

update sikit ttg anak2 kesayangan hamba... si adik dah mula makan nestum, actually dah start 2 minggu lepas cuma aku yg x teringat nak update. bukan main suka lagi die bila dapat makan, mula2 aku bagi mkn mase breakfast je, tapi ade satu ptg tu baby sitter kata die mengamuk sebab babysitter bagi susu tapi die expect nestum. hai, macam2 kerenah. si abang lak, dah rasmi die hidup dgn susu jer, bukan heran nye die nak makan. sedap macam mana pun lauk aku masak, (sedap ke aku masak?) die tetap kata takmo makan. sedih bila balik kg, org asyik kata, "anak azrin ni tak pernah nampak mak die suap makan". haaa, sekarang azrin dah mula suap anak makan, tapi si adik jer la yg makan, si abang hero hidup cuma minum susu ja.

lagi satu, maziz dah pandai meniarap. terkejut aku sabtu lepas bila aku toleh dari dapur nampak maziz dah meniarap. patut la diam jer, rupa2nye die ade project die tersendiri. apa lagi aku pun mula la snap gambar die. tgh2 syok snap gambar, amir pun datang, "nak hello mama" katanye, alamak, die nak hp baru aku... puas la aku sorok hp ni x kasi die main, die nampak jugak. aku pun ape lagi, pura2 la kata nak amik gambar die dgn adik die, lama jugak la baru die lupa pasal hp aku ni....

My first attemp.

Nak enterprem same.

inilah gelagat anak2 aku bila weekend kena duduk dgn mama die kat rumah. sebenarnye dua2 dah bosan tunggu abah depa balik dr training insurance agent. aku lak dah terpikir2 nak ajak husband aku jalan2 pusing kl. dan impian terlaksana bila husband aku balik2 ja terus ajak kami pi jalan2 kat midvalley. walaupun dalam kepala aku terpikir nak ke alamanda tapi aku tanpa lengah terus je angguk kepala dan ajak anak2 mandi dan bersiap. takut nanti argue lebih2, terus x jadi keluar. lagi haru duduk rumah sepanjang weekend.

hari ni seperti biasa, monday blues melanda, sebab tu la aku ade mase mengupdate blog ni, kalau idak jgn harap la nak bukak blog ni.

P/S: tetiba teringat nak balik kg.

Friday, June 26, 2009

main kejar2

jgn salah sangka plak, aku bukan main kejar2 dgn husband aku, tapi main kejar2 dgn mase. hidup dah makin tonggang langgang semata2 sebab aku nak habiskan audit dlm minggu ni jugak. hari2 balik malam. buka puasa (puasa ganti) pun kat opis. anak2 aku plak keluar rumah pagi2 malam baru la sampai rumah balik. tak sempat nak bergurau mesra, aku dah letih n ajak tido. kesian jugak aku tgk budak2 tu. kurang kasih sayang sejak aku buay dgn kerja office ni.

kadang2 aku rase penat sangat. yelah, bila balik kerja amik anak2 dan aku dah kena sambung aktiviti melayan anak2 pulak. dah lebih memenatkan bila husband aku takde bersama. husband aku skrg semakin busy dgn kerja luar die sbg insurance agent. takpe la usaha nak cari duit lebih untuk keluarga. mudah2an berjaya.

jgn x percaya, dah seminggu baju2 tak berlipat kat rumah tu. penuh ntah dah brp bakul aku pun malas nak tgk. jgn sampai husband aku kena cari seluar "kecik" die dlm timbunan2 baju tu sudah la. kalau idak mau aku kena kuliah subuh. so, mission aku untuk weekend ni adalah lipat baju.

Maziz: Abang, meh la buat gaya ultaman.

Maziz: Jgn la malu2, mama amik gambar tu.

Gambar2 ni je la sempat aku amik, ini pun baru bangkit tido pagi2 before pegi kerja. Ini je la mase yg aku bleh cri untuk main2 kejap dgn dua beradik ni. Sorry ek, nanti mama amik cuti kite main puas2.

P/S: Cuti aku kena reject. :((.....

Thursday, June 18, 2009

Perang dah mula

Aku dah mula berperang dgn auditor, yr end come again. Skrg ni hidup aku dikelilingi dgn auditor, projection, forecast, analysis report dan mcm2 report lagi. Bila tiba mase ni aku mesti terasa nak berenti kerja. Tapi bila time aku free, aku rase bosan lak takde kerja dan jemu mengadap facebook dan online shopping. Memang lumrah manusia tak pernah puas.

Minggu ni Maziz ngan Amir agak terbiar. Duduk rumah babysitter sampai malam. Kesian budak2 tu. Keluar rumah pagi2 lagi, balik lak hari dah malam. 2-3 jam je sempat beramah mesra dgn aku sebelum masuk tido sebab aku dah penat seharian kat office bertempur dgn kerja2 aku.

Cuti aku kena freeze, maknanye aku x leh cuti sampai la habis audit. Nak buat camner, dah kerja. Minta2 la audit ni x berlarutan sampai bulan puasa nanti. Aku x nak jadi mcm bulan puasa 2 tahun lepas, buka puasa kat office makan nasi bungkus kedai mamak. Sedih gile bila teringat husband buka puasa sorang2 kat kedai.

P/S: Aku malas nak letak gambo, sebab aku malas nak upload dr kamera. Haha... tak sempat sebenarnye. Btw, maziz dah botak, amir plak dah semakin petah bercakap.

Tuesday, June 2, 2009

It's our 4th anniversary & Amir's 3rd birthday

3hb June datang lagi, hari ni hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke-4 yg juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Amir yg ke-3. Amir adalah hadiah yg paling bermakna untuk anniversary kami yg pertama. Mungkin juga sebab sepanjang aku pregnant Amir aku selalu cakap aku nak die lahir mase anniversary kami. Maka kuasa Allah membenarkan semua itu terjadi. Alhamdulillah.

Syukur pada tuhan kami masih lagi happy loving couple macam dulu. Walaupun kadangkala kami terlalu sibuk dgn urusan masing2. Insya'allah kami akan terus jadi happy loving couple sampai bila2. Present untuk anniversary tahun ni pun aku x beli lagi, En Eddy pun belum bagi apa2 setakat pagi ni. Humm... apa hadiah untuk tahun ni ek? Laptop mini?? Spa treatment?? reflexologi?? eh betul ke aku eja ni....

Untuk Amir pulak mama minta maaf sebab x sempat lagi nak belikan hadiah untuk Amir. Nanti la ek lepas kite balik holiday kat kelantan. Sebenarnye mama pun x tau nak belikan apa. Amir minat ultraman, tapi mama x minat ultraman, so, x nak belilah ultraman. Apa kata kite beli fisher price lego table. Haaa... menarik jugak tuh. Nanti mama fikirkan ok....

Adim Maziz batuk2 plak sejak ahad lepas, kesian tgk die batuk. Macam org tua batuk... hehe.... Tapi walau batuk pun, tetap memberikan senyuman manis masa hantar mama dgn abah pegi kerja. Cepat besar ek, bleh main2 dgn abang Amir.

P/S: Adakala terasa regret sebab bukan setiap saat dpt hadap pembesaran anak2.