Thursday, August 27, 2009

berbuka puasa di luar.....

hari semlm aku ajak husband aku buka puasa kat luar. dah tak larat aku nak kemas dapur lepas buka puasa. so, balik kerja (ops, semlm aku MC), lepas husband aku balik kerja kami siap2, amik amir dari rumah babysitter dan terus menghala ke IOI. maziz kena tinggal ek, bukan apa, aku tak nak dedahkan die dgn public buat masa terdekat ni.

aku mmg dah ckp awal2 aku nak buka kat penang village. dah lama rasenye aku tak makan asam laksa kat situ. dah meleleh2 air liur aku bila mengenangkan asam laksa kat sana. sampai je apalagi, aku terus la order asam laksa kesukaan aku. kat sini je aku rase asam laksa yg sedap. kat tmpt lain kuah die tak sesedap kuah laksa kat sini. pak pent lak terkial2 nak order apa. tgk die duk terkial2 pilih menu apa nak makan, aku tinggalkan dua beranak tu. aku pegi KFC, tapau ayam goreng untuk amir pulak. itu je yg amir nak mkn buat mase skrg ni. aku plak bila die nak makan, itu dah merupakan satu kesyukuran buat aku. yelah amir ni susah nak makan. so, menu buka puasa hari semlm adalah....

asam laksa kegemaran aku....

ini plak untuk pak pent

ini plak untuk amir....

wajah2 kesayangan aku....

sedapnye dpt makan "chicken"....

lepas semua habis melantak, kami terus balik. sebab kesian pulka kat mziz yg kena tinggal tuh. mase aku amik dr rumah babysitter die macam meragam jer. macam dah paham2 jer erti kena tinggal. dan lebih menyedihkan pukul 2.30 pagi, aku rase kepala die panas. demam plak die. sedih plak hati aku tgk die. dah le kena tinggal, demam plak tuh. mase sahur die pun bangun same, tgk2 ade 2 bintat kat tangan die. tak sure la aku ape binatang yg gigit die. kalau aku dpt binatang yg gigit die tu, aku gigit binatang tu balik. pandai2 nak gigit anak org.

malam ni, kami sekeluarga akan balik ke utara. mmg dah tradisi kami. tahun ni turn raya kat johor, so, mase bulan puasa kami mesti balik penang untuk berpuasa bersama2 keluarga mertua aku. tapi malam ni kami akan terus ke perlis dulu, ke rumah mak sedara atau mak angkat husband aku, sabtu malam atau ahad pagi baru bertolak ke penang. so, cuti hujung minggu yg panjang ni akan di panjangkan lagi sampai hari selasa. penang, here i come.....

p/s: isk, teringat asam laksa la plak, meleleh air liur aku.... nafsu2....

Tuesday, August 25, 2009

tensionnnn.....

aku mmg dah lama rase nak luahkan perasaan ni, aku mmg tension yg amat sangat sejak akhir2 ni, aku dah mula rase x seronok dan bengang dgn "seseorg", rase kurang percaya dah mula terbit pada "seseorg" ni. dulu bukan main lagi berjanji dgn aku, bila situasi dah jadi lain, janji tu tinggal janji je. susah la aku nak hormat org tu lepas ni.

aku rase masa org tu berjanji dulu, die tak pikir kemungkinan yg die tak boleh kotakan janji die. skrg ni, die buat muka bodoh (yg aku anggap hodoh jugak) jer. aku mmg betul2 bengang tengok muka bodoh die tu skrg ni.
kepada "seseorg" tu, lain kali jangan janji kalau tak boleh tepati.

hish, aku masuk tak puas hati lagi nih. rase nak je cerita ape yg tersirat dlm hati aku ni, tapi nanti ade lak yg datang sepak muka aku ni. tak pe, balik nanti aku cerita puas2 kat husband aku. pendengar paling setia dlm hidup aku ni. isk, rase nak nangis lak.


p/s: skrg bukan je tak percaya, tapi dah tukar jadi benci lak.

Friday, August 21, 2009

penyek....

mesti korang terpikir, apehal dgn title blog aku hari ni. sebenarnye, dah lima malam badan aku penyek kena hempap. haa... jgn pikir yg bukan2 eehhh. aku bukan kena hempap dgn jin mahupun pak pent (hubbyku). tapi aku penyek kena hempap dengan maziz. ntah kenapa sejak baik dari demam minggu lepas, die tak nak tido atas tilam. haaa.... aku la jadi tilam die tetiap malam skrg ni. die nak tido meniarap atas dada aku. sampai sesak nafas aku jadinye, die plak relaks je tido tanpa rase bersalah. mama die sampai ke pagi menahan berat atas badan. pak pent la muka semacam jer sejak maziz tido atas badan aku, tak leh nak peluk la tu. sebab anak dah melekap atas badan aku. maziz pun satu, tak nak mengalah lansung.


maziz, basikal & mata bulat??
(abaikan pemandangan kat blkg tu eh)

amir lak, menyambung demam adik die, minggu ni die asyik tak sihat, cirit-birit la, selsema la, batuk la, demam la. ntah dah berapa banyak la duit aku habis sebab bawak dua beradik ni pegi klinik amik ubat bulan ni. yg aku hairannye, siang je die tak sihat, bila malam bukan main aktif lagi kat rumah, terlompat sana sini, tak reti duduk diam, tido pukul 2 pagi. apakah itu? terkejut sebab dah tak pakai pampers ka? aku pun tak tau nak buat kesimpulan apa. harap2 tak de apa2. kalau esok masih demam aku nak angkut die pegi KPMC lagi. takut jugak aku die terjangkit penyakit2 yg tak sepatutnye tuh. esok kite dah mula berpuasa, kepada semua umat islam terutama sekali mak bapak aku, kakak2 & abang aku,pakcik2 aku, makcik2 aku, sedara mara aku, aku ucapkan "selamat menunaikan ibadah puasa". semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

aku plak tgh happy menunggu cheque hasil penjualan ESOS aku keluar. kalau x silap awal minggu depan dapat la aku cheque tu. mak cik kayoooo. kaya ape benda, kena bayar hutang la plak. tapi aku tgh pasang niat ni. nak beli handbag baru. siap dah buat online survey lagi. ini antara pilihan aku. mana satu cantik ek?



ini dari Guess, RM540...

ini plak dari baby phat, RM400...

p/s: husband aku approve ke nak beli handbag mahal2 ni?

Sunday, August 16, 2009

aktiviti hujung minggu....

aktiviti hujung minggu bermula dengan berjogging bersama2 dengan group agent insurance husband aku. tak pernah pun aku tau kat TTDI tu ade taman untuk beriadah. jakun la sekejap kan. aktiviti ni patut mula pukul 7.30 pagi, tapi kami 7.30 pagi baru nak keluar dr rumah. gara2 terlewat bangun. sampai2 je, aku tgk takde pun agent2 lain bawak anak2 depa. laki aku je yg tergedik2 nak bawak kami, nasib baik Maziz tak ikut. kalau x kompem melalak budak tu. sebab aktiviti habis lambat. dekat pukul 11 baru habis. aku pun dah panas bontot duduk kat situ. walaupun aku x berjogging sama. Amir je yg ikut abah die jogging. kuat jugak kudrat budak tu, dah le jarak track jogging tu lebih kurang 1 km. boleh die berjogging dari awal sampai habis track tu. kalau aku dah pengsan kat tgh jalan dah. so, skrg korang dah paham la kenapa badan aku semakin menembam kan...

peace...

taklimat before start jogging...

dah habis jogging, masham bau peluh...

dahaganye lepas jogging....

habis je aktiviti jogging aku terus ajak husband aku pegi Metrojaya warehouse sale kat stadium shah alam. alasan aku, amir dah x nak pakai seluar pendek. memang pun, ntah ape mood die skrg ni, die nak pakai selaur panjang walaupun duduk rumah. jadi bila sampai je tempat yg dituju, aku terus la sambar selaur panjang untuk amir. habis cari seluar amir, aku cari lak baju untuk maziz. untuk maziz aku suka pakaikan die rompers, so, aku beli la ntah brp helai ntah rompers untuk die. dekat sini jer aku habis dlm RM 283.70, tapi aku dapat 27 helai semuanye. puas hati aku. dan hasilnye....

ini untuk Maziz....

ini pun untuk maziz....

ini plak untuk Amir, ade lagi 3 helai tapi dah dipakai...

amir tgh seronok dpt baju n seluar baru.....

hari ahad plak, hari berehat. tapi aku tak berehat jugak. kali ni main masak2. aku masak soto keegmaran laki aku. paham2 je la bila masak soto konpem ambik masa yg lama sebab macam2 kena prepare. kena buat begedil la, kena buat ayam siat la, kena buat bawang goreng la, sambal kicap la, suhun goreng la, sup ayam la, nasi impit la. last2 aku yg penat. tapi puas hati sebab dpt masak makanan kegemaran laki aku.

hasilnye....

p/s: nak sambung cuti lagi.....

Wednesday, August 12, 2009

all the way from bandung...

Last month kawan aku pegi Bandung nak shopping barang2 untuk wedding die, aku pun ape lagi, mengambil kesempatan mengirim Japanese Cotton dari sana. Sebenarnye aku pun x tau sejauh mana kualiti Japanese Cotton dari sana tapi try2 la kirim. Satu untuk amk aku, satu untuk aku. Walaupun x pakai baju kurung ke office aku tetap nak jugak satu untuk aku. Nak buat pakai pegi wedding. Eh cantik ke pakai baju cotton pegi wedding?

Dua hari lepas aku pi kutip kain2 tu dari kawan aku, hasilnye...

ini untuk bonda tercinta...

ini pulak untuk aku...

Nampak macam dull, tapi aku puas hati. Sebab kain die lembut n sejuk. Takde la aku berpeluh2 bila pakai baju kurung n buat acara lari kejar mengejar amir. Bila jumpa kawan aku ni, timbul lak idea aku nak pegi Bandung untuk bershopping. Tapi buat masa ni kena la aku pendamkan dulu niat aku tuh sebab virus H1N1 yg tengah menular skrg ni. Takpe, simpan duit banyak2 dulu, nanti boleh shopping puas2.

p/s: ade lg ke org nak amik tempahan baju kurung untuk raye nih?

Sunday, August 9, 2009

fire drill...

pagi ni ade fire drill kat office aku, IOI Business Park. pagi2 lagi dah suruh aku exercise turun tangga. nasib baik la cuma 4 tingkat. berpeluh jugak la ketiak aku turun tangga beramai2. sampai kat tempat yg dikhaskan untuk berkumpul aku tgk ah ramai dah yg ade kat situ. rupa2nye aku diantara yg lambat turun. ikut hati malas nak turun. nak menyorok dlm loker kat opis tu.

antara muka2 yg berpeluh turun tangga...

siap ade bomba....

tapi ikut pemikiran waras aku, fire drill ni tak patut diadakan hari ni. dah la sekarang ni tgh dlm process penularan wabak H1N1, buatnye aku dan yg lain2 tu terjangkit dgn wabak tu camner? siapa nak bertanggungjawab? bodoh jugak org yg organize fire drill ni, lansung tak pikir faktor kesihatan org2 awam yg berkerja dlm building ni.

dah la tu, ni update pasal anak2 aku plak. dua2 org tgh x sihat. amir kena rashes, alasan yg baik untuk suruh die berhenti pakai pampers. so, sabtu dan ahad aku x bagi die pakai pampers. mula2 nangis jugak die. tapi lama2 elok, aku tgk die dah bleh pegi toilet untuk buang air. so, kena tgk hari ni, camner babysitter aku nak handle die plak. maziz plak demam + selsema, ni demam pasal kena jab hari khamis lepas la ni. kesian maziz. asyik merengek jer. lagi plak die x suka makan ubat, asal makan ubat confirm die menangis. kena plak sedut hingus, lagi tambah kuat la die menangis.

p/s: aku tgh mood bershopping, tapi duit plak takde... cepat la bleh jual share, boleh proceed shopping....

Wednesday, August 5, 2009

check up

pagi tadi aku ngan pak pent bawak maziz pegi klinik untuk cucuk. berat maziz hari ni 5.9kg, tinggi plak 64 cm. ringannye maziz. mase amir umur 6 bulan berat die dah 6.5kg. tapi maziz masih belum masuk 6 kg pun. kalau ikut pendapat aku berat maziz lambat naik sebab die tak cukup tidur macam abang die. amir dulu bleh tidur dari pukul 6 ptg sampai pukul 7 pagi. bangun pun cuma minum susu ja, itu pun mata tak buka pun, mulut je sibuk minum susu. maziz plak tak boleh tidur kalau abang die bising. mesti die pun sibuk nak tgk abang die main apa. alahai anak mama ni.

sampai tertidur maziz menunggu giliran


dua2 pun tidur ke?

update pasal amir plak, kami tgh cuba train amir supaya tak pakai pampers. tapi susah betul nak pujuk die supaya tak pakai pampers. die sanggup la menangis merengek nak pakai pampers. antara alasan die, nanti amir terkencing. pening kepala, mcm mana aku nak pujuk die dupaya tak pakai pampers ek? macam mana nak masuk sekolah kalau masih pakai pampers? semalam die kencing atas sofa, sabar je aku tgk. die plak boleh ketawa2 bila aku tanya die kenapa kencing atas sofa.

p/s: cabaran betul jadi ibu ni...

Monday, August 3, 2009

activity hujung minggu....

sabtu lepas, aku habiskan masa kat rumah kakak aku dengan anak2 aku. jangan tanya husband aku pegi mana? die skrg asyik sibuk masyhuk dgn insurance die. sedih asyik kena tinggal. sedih ke? atau aku marah? humm... malas nak komen.

ptg sabtu tu aku ajak kak long aku ke ARIANI Bangi, borong tudung lagi. hehe. kali ni aku bawak balik lagi 5 helai. tapi bukan setakat ARIANI je aku redah, lepas puas cuci mata dan dompet kat ARIANI aku ajak pulak kakak aku pegi HAJABA. tapi x de la borong lagi sebab takde yang menarik dihati. lagipun dah tak larat dengar Maziz melalak bagai nak terkeluar anak tekak die. ntah kenapa mood die sangat la x best petang tu. asyik nak nangis jer. mungkin kurang dpt bermanja dgn aku. isk, manja betul la anak yg seorang ni.

sedap betul dpt tido dlm pelukkan mama (bau masham)...

saluran oksigen buatan sendiri....

yang sorang lagi mcm biasa la, pening aku dgn gelagat die. belari dalam kedai ARIANI tu. nasib baik rak2 tudung tu tak runtuh. suara aku je yg kuat duk tegur die jangan berlari. malu muka aku dengan makcik2, pakcik2, bak kata org dengan semua org yg ade kt dalam kedai tu la. mana tak nye, sorang menangis, sorang lagi berlari. kalau tak kuat iman mau mmg tak berjalan kemana2 la aku.


muka tension pak pent melayan karenah anak2...

ahad plak aktiviti sekeluarga berbelanja barang keperluan dua beradik tu kat giant. beli susu dan pampers la plak. borong untuk stok sebulan supaya tak kehabisan bila benda2 tu diperlukan dlm waktu emergency.

isk... hari ni hari isnin, hari menjana pendapatan setelah penat menghabiskan duit waktu weekend. malas betul aku hari ni. tambah2 semua boss ade kat office. ade meeting la plak tu. dan lagi membosankan bila lepas meeting mesti kerja aku bertambah. gaji bila plak nak bertambah??

cakap pasal kerja, last week aku dpt surat bonus, surat je tau. duit tak dapat. sebab surat bonus tu bukan bagi aku duit tapi ESOS. susah betul nak ambik duit bonus tahun ni. memula aku kena buka CDS account untuk beli share yg company bagi kat aku tu. lepas tu cari duit beli share tu. lepas tu tunggu 12 hari baru leh jual balik share tu. then tunggu plak untuk dpt duit. banyak betul kerja kena buat untuk dpt duit bonus. kenapa la company bagi aku ESOS plak tahun ni. sungguh pun banyak tapi susah benar nak dptkan duitnye.

p/s: nak pinjam ahlong buat modal beli ESOS.....