Wednesday, September 30, 2009

yippeee... raya datang lagi...

sebelum apa2 aku nak bagitau post kali ni takde gambar.....

****************************************

cuti raya aku bermula jumaat tgh hari. pada mulanye aku tak berniat pun nak ambik cuti hari jumaat tu. tapi, memandangkan satu beg pun aku tak kemas dan malam tu aku nak bertolak balik ko johor, aku decide ambik cuti half day. tepat pukul 12.30 tgh hari aku pun capai beg terus menuju ke giant beli barang sikit untuk mak aku. dr giant aku ke bank, tukar duit raya. dan terus balik rumah kemas barang2. sampai je rumah, aku tak toleh kiri kanan, terus je kumpulkan baju2 yg aku nak bawak balik untuk malaram semasa raya. bila dah siap kemas aku kira2, ade 4 beg semuanye. dah, sudah, mau kena marah ngan husband aku ni. so, apa lagi aku decide tolong bawak turun sikit2 beg yg aku dah kemas tu ke kereta. kalau tak kang, kena tarbiah plak ngan husband aku. aku rase hari jumaat tu la hari paling lembik aku sepanjang bulan puasa tahun ni. mana tak nye, kemas beg, bawak turun beg ke kereta, puasa plak tu. sabar je la.

malamnye, lepas sembahyang isyak, kami bertolak balik ke johor. opsss, sebelum bertolak balik, kami ber"bye2" dengan babysitter anak2 aku. lama jugak la depa berpeluk cium ngan anak2 aku. almaklum la nak berpisah seminggu. malam tu jalan tak jem, walau banyak kereta. kami sampai kat rumah mak aku kul 1 pagi, nasib baik amir dan maziz tidur. aku pun ape lagi, mkn sikit2 masakan mak aku terus la lelapkan mata. kul 5 bangun balik utnuk sahur plak, terkulat2 mata aku nak menghadap makanan sebab baru je 2-3 jam aku tido. tapi aku makan jugak, takut takde tenaga nak tolong mak aku masak untuk raya.

****************************************

hari sabtu aku mulai dengan membawa abah aku ke Putra Specialist Hosp untuk check up. 2 bulan lepas doktor suruh berhenti makan ubat buang air dlm badan sebab takut buah pinggang abah aku kering. tapi sehari dua ni kak abah aku bengkak, sebab air dalam badan tak keluar. lagipun bekalan ubat dah habis. so, kami ke hosp untuk rawatan bulanan. kali ni doktor ambik darah lagi dan benarkan abah aku ambil semula ubat yg die suruh berhenti untuk dua minggu. lagi dua minggu, 3hb Oct kena datang balik untuk check up. hish, susah betul kalau dah sakit. tu la, dulu mak aku membebel suruh berhenti merokok abah aku buat muka "dek" aja. kan skrg dah susah. kena sakit jantung. (pesanan ani untuk husbandku juga).

balik dr hosp aku singgah focus point, haa, buat cermin mata lagi aku ni. dah 3 kali cermin mata aku berderai dikerjakan anak2 aku. almaklumla, frameless. mmg la cepat berkecai. kali ni aku buat yg ada bingkai. buat pun yg murah2 jer. takut berderai lagi. kopak lagi nanti duit aku. kali ni aku kopak RM159. baik2 duit tu boleh buat raya. dah kena buat cermin mata lak.

sampai je rumah, terus tukat uniform ke persalinan biasa. kena la berpencak kat dapur lak. tolong mak aku rebus ketupat dan juadah lain untuk hari raya yg bakal menjelang di hari ahad. kering betul badan aku hari ni. menghadap api dapur.

buka puasa hari ni meriah sangat. mana taknye, selalu aku berdua je ngan husband. hari ni, riuh rendah dgn anak2 buah aku. yalah, budak berpuasa, bila time buka depa seronok la dpt makan. menu hari ni, sup tulang. favorite aku nih. menghirup sampai ke titisan terakhir. hehe. gemuk la aku naik cuti raya nanti.

****************************************

alhamdulillah, kami sekeluarga masih dpt bersama2 menyambut 1 Syawal 1430H. tahun ni tak dapat abah aku pegi sembahyang raya. yelah, kaki die masih bengkak. sakit plak nak diri lama2 nanti. muka die pun muram je. sedih agaknye sakit di pagi raya. hati aku pun sedih bila tgk muka die, tahun depan ntah masih dpt beraya bersama ke tak. ya allah, aku masih belum bersedia untuk kehilangan abahku.

episod sedih masa bersalam2an memohon kemaafan tak dapat aku abadikan. potret keluarga pun takde tahun ni. sebabnye, aku tak bawak balik tripod. lagipun aku mls nak ambik gamar sebab mase bersalam2an ni maziz tidur la plak. so, mls nak ambik gambar. nanti la aku pegi kedai ambik gambar family. dah siap nanti aku upload.

hari ni kami cuma beraya ke rumah mak sedara kat depan rumah aku ja. balik ja ke rumah, dah ade org bertandang. sampai la ke ptg tangan aku tak kering asyik buat air n basuh pinggan ja. ramai sungguh la sanak sedara belah mak dan abah aku datang menziarah. penat sungguh badan aku.

****************************************

hari raya kedua masih di rumah, main masak2 sebab masih ada sedara mara mak dan abah aku yg datang menyerang rumah. aku?? masih lagi penat melayan depa. sampai anak2 aku pun aku tak terlayan.

****************************************

hari raya ketiga, kali ni aku tak bagi muka dah. pagi2 lagi keluarga aku dah bersiap2 untuk beraya. mula2 ke batu pahat, beraya di rumah arwah bapa sedara belah abah aku. suram je rumah arwah. kesian aku tgk muka mak tam aku. yelah, ini raya pertama dia tanpa suami. habis beraya di batu pahat kami terus ke muar. ini destinati hot spot kami sekeluarga. mana tak nye, ini kampung atok aku. atok aku dan rumah atok aku dah takde, yang tinggal rumah mak cik aku jer.

****************************************

hari ni sambung acara memasak kat rumah. kami tunaikan hajat abah aku yg nak sembelih ayam kampung die. jgn terkejut, kami korbankan 8 ekor ayam hari tu. maklumla keluarga besar. kalau sembelih 2-3 ekor kang takut cukup untuk selit celah gigi jer. ayam2 tu selamat di masak kari. sebelah malam, kami sekeluarga bertolak ko kulai, jb. beraya rumah kakak aku yg ketiga. spent masa kat sana berBBQ, bershopping dan beramah mesra sampai la hari jumaat petang. jumaat petang aku dan kak long balik semua ke rengit. kak ngah aku plak bertolak balik ke putrajaya.

hari sabtu ptg kami sekeluarga bertolak balik ke puchong. puchong here i come. jalan masih tak sesak walau kereta banyak. dah habis dah cuti raya. isnin kena pergi kerja dah.

p/s: cuti dah habis, duit pun dah habis.


Wednesday, September 16, 2009

terlambat update....

hidup semkin kelam kabut, tu yg aku x sempat nak update ape2 kat blog ni. since last week aku buay dgn closing, minggu ni plak buat business analysis. nak cuti raya la katakan, kena la siapkan kerja sebelum bercuti. ni nak cerita ni.....

hari sabtu lepas kami sekeluarga ke Jln TAR, tujuan utama aku nak amik baju yg aku tempah kat tailor dlm Pertama. lepas amik baju, kami menghala ke Sogo.

pit stop sebelum sampai Sogo

maziz pun nak main sama

sampai je Sogo kami terus ke level 7, hantar pak pent, amir dan maziz kat pusat penjagaan kanak2. aku plak turun ke level 2. nak cari t-shirt untuk pak pent. punya la ramai manusia. sampai nak bergerak pun susah. akhirnye aku sempat beli 3 helai t-shirt je. itu pun ambik mase sejam. ptg tu kami berbuka kat rumah mak sedar pak pent kat jln klang lama.

**************************************

ntah untuk ke berapa kali dlm beberapa minggu ni maziz sakit lagi. kali ni diarrhea plak. kena since sabtu petang, tiap kali die minum susu die akan buang air besar, sampai yg keluar hanyalah lendir. ahad petang, stool die dah mula ada darah, ahad malam aku ajak pak pent ke klinik. kami ke klinik biasa jer. doktor kat klinik tu macam bukan doktor je aku tengok. bak kata pak pent, muka doktor tu cam samseng dalam cerita tamil. dah le muka mcm hero cerita tamil, tak cakap ape2 pun pasal sakit maziz. die cuma kata die akan bagi antibiotik. ni la yg aku paling tak suka pegi klinik biasa. dah le tak baik, layan kite macam main2 jer. "aku bayar la, bukan amik ubat free".

isnin pagi diarrhea maziz masih belum baik lagi. makin teruk ade la. darah makin banyak dlm stool die. dalam tidur pun die boleh buang air besar. aku decide amik EL. lantak la ape boss aku nak cakap, yg penting adalah anak aku. lepas pak pent balik berurus niaga dengan kawan die, kami bawak maziz ke Columbia Asia. aku nak jugak bawak maziz jumpa paediatrician.

lepas register nama, nurse timbang maziz. berat die cuma 5.97kg jer. yelah, dah berapa minggu die asyik sakit je, berat badan pun susah nak bertambah. doktor kata maziz kena jangkitan dlm usus besar. sebab tu stool die ade darah. so, doktor bagi 6 jenis ubat. untuk replace garam galian, untuk replace bakteria baik, untuk stop kan cirit, untuk buang angin, antibiotik & cream untuk kurangkan rashes since kemaluan die dah melecet.


nampak x screen kat mesin timbang tu, 5.97kg


ubat2 untuk maziz


kena minum susu soya untuk sementara waktu

bila jadi macam ni, aku mula terfikir dlm kepala otak aku yg sememangnye dah berserabut ni. adakah aku yg gagal jadi ibu yg baik? sampai anak aku sakit sampai berminggu2, bertukar2 jenis sakitnye. ntah la, aku rase aku dah cuba nak jadi ibu yg sesempurna mungkin untuk anak2 aku. walaupun aku ni garang, tapi aku sayang anak2 aku melebihi segala2 nye. bukan anak2 aku je yg aku sayang. husband aku pun aku sayang, cuma mungkin aku kurang menunjukkan kasih sayang aku. tapi aku tetap sayang pada diaorang. kadang2 timbul juga kesal dalam hati aku bila ade yg komplen kata aku ni tak memahami kehendak org lain dlm keluarga sendiri. mana org tau apa yg tersirat dalam hati aku kalau org tu asyik nak cari salah aku ja. nak buat macam mana, hidup mmg macam ni. kehendak org mmg susah nak dipenuhi. tawakal jelah.

p/s: aku tak suka org berdendam. sebab dendam tulah yg selalu membinasakan diri kite.


Wednesday, September 9, 2009

kelam kelibut....

hidup aku sejak balik dari Penang ni mmg la sangat2 kelam kabut. dah le banyak kain baju yang tak berbasuh dan belipat. mood bulan puasa buat aku jadi lagi malas nak buat semua kerja2 rumah. last2 aku biar je baju tu tak berlipat sampai habis la baju2 yg dah berlipat kat dalam almari. ingat nak mulakan aktiviti mengemas rumah hari sabtu lepas, tapi en maziz demam la plak. asyik merengek je. mengangis sampai hilang suara. kesian aku tgk die. bapak die plak bila aku suruh bawak ke klinik, die suruh tunggu dulu. nak tunggu sampai bila aku pun tak tau. last2 isnin pagi die bawak jugak ke KPMC. balik dari KPMC, en maziz pun baik dari demam. pak pent kata, anak2 ni selagi parents tak keluar duit ubat selagi tu la die tak baik dr sakit. dah keluar berpuluh2 ringgit baru la baik. padahal kat rumah dah bagi pun ubat demam yg same mcm hospital bagi. entah la, aku malas nak komen. inilah dugaan bila ade anak.

ni nak cerita sikit apa doktor cakap pasal en maziz yg demam tu. doktor pesan kat aku:-
1. jgn bagi org dewasa/kanak2 lain cium en maziz - dah en maziz tu comel mesti la org lain nak cium.
2. sila sediakan 6 botol susu dirumah sendiri, dan 6 lagi botol susu dirumah babysitter - wah, sampai 12 botol untuk 1 anak.
3. rebus botol susu anak setiap hari - ni yg buat aku nak beli mesin sterilise ni.
tak pe la ye, en doktor, demi anak2 saya akan berkorban jiwa dan raga.

en amir plak makin ligat. sekarang ni die jadi semakin kepoh. apa aku ngan pak pent buat semua die nak ambik tau. kalau org telefon abah die, die pun sibuk nak cakap. ayat paling popular yg dia akan cakap "ini abg amir la". dengan semua org die cakap macam tu. cakap pasal abang amir ni, aku tgh risau pasal die ni. rashes die tak baik2 lagi. die dah tak boleh pakai pampers, tapi kalau aku x pakaikan die pampers waktu tidur, lencun lak tempat tidur nanti. mcm mana la aku nak buat ek?

p/s: aku masih x puas shopping raye nih....

Thursday, September 3, 2009

suka suke...

aku tgh takde idea nak buh title ape, so, terima jelah title yg ade tuh. kami selamat sampai dr penang hari selasa lepas. penat sungguh rasenye badan aku. aku mmg suka pergi berjalan, tapi yg tak sukanye, bila balik dr berjalan2, aku mesti keletihan. mana taknye letih, layan anak, layan husband (wlaupun takde la layan sangat), dengan baju2 yg nak kena basuh lagi. isk, bila la aku nak ade maid nih. pak pent, sila jawab soalan ni ehhh.

alhamdulillah, anak2 aku dah baik dari segala macam penyakit yg depa hadapi baru2 ni. dah tak demam, tak selsema. cuma amir masih dgn rashes sikit2, itu pun sebab tangan die gatal nak menggaru. so, rashes tu tak baik2. cakap pasal amir, die ni banyak betul karenahnye. banyak idea nak kelentong aku. ade satu mlm tu, balik dr penang, die buat2 batuk bila minum susu, die bleh cakap kat aku, kalau die minum susu nanti die batuk, kalau batuk nanti die muntah. cheh, die ingat die bleh kelentong mama die ke? aku buat muka serius je bila die ckp macam tu (tapi dlm hati gelak besar dah), last2 die minum jugak susu tuh. tak jadi ape pun. amir2. jangan la belajar nak kelentong mama nih.

sibuk main helmet abah die, puting x tinggal ye...

senyuman menawan en maziz...

maziz lak dah pandai merangkak, ke hulu, ke hilir die jelajah mencari mainan nak dimasukkan dlm mulut die. sambil tu die tolong mama die mop lantai. haha, senang hidup mama, tak payah susah2 nak mop lantai (isk, lantai tu pun dah lama tak bermop). hari ni aku order food grinder, sebab nak start bagi maziz makan bubur nasi. so, next week aku kena la mula main masak2 diwaktu pagi.

p/s: bleh ke aku bangun pagi2 masak bubur??