Friday, October 23, 2009

outing to IOI

dah lama rasenye anak2 aku tak jenguk IOI Mall. dan malam tadi disebabkan aku ghairah nak terjah Signature Kitchen, laki aku turutkan la juga kemahuan aku tu. walaupun terpaksa heret anak2 aku yg tak reti duduk diam tu. maziz pun dah pandai nak berjalan2. pantang kami bersiap2 die dah nangis sebab takut kena tinggal.

nak dijadikan cerita, lepas amik quotation kat Signature Kitchen tu, kami ke tingkat bawah sebab amir nak main "marry go round". tgh2 amir menikmati perjalanan kuda yg cuma berpusing2 360 darjah tu, aku di approach oleh satu minah india yg mewakili Grolier. selalunye aku buat tak endah je bila ade sales person datang kat aku. tapi kali ni ntah kenapa, aku tak berganjak pun. mungkin sebab aku tgh dukung maziz sambil bawak bekal susu anak2 aku. terpaksa la aku dengar tarbiah minah tu.

dan paling tak disangka, kami end up membeli set "magic english" dan "logico primo" dr Grolier. haa, baru padan muka. dah tersimpang dr niat asal. sebenarnye puas jugak aku tepis pujukan sales person tu, tapi sebab mmg aku ngan husband akui yg education anak2 penting, kami berkorban jugak beli benda alah tu. harap2 ia berguna untuk anak2 aku.

sedapnye makan aiskrim....

bile bleh masuk nih....

***************************************************


hari ni merupakan hari bersejarah buat aku. pengalaman pertama pegi rooftop bangunan untuk asset sighting. punya la panas. berpeluh2 aku dibuatnye. nasib baik la cuma untuk 3 bangunan jer. bayangkan pukul 12 tgh hari aku ade atas bangunan. bawah panas terik matahari. pergh....


tapi takpe, kurang2 aku ada pengalaman mengenali canopy (bukan khemah org kawin tu tau), microwave (bukan microwave kat rumah korang tu) dan switch. lepas ni takde org leh tipu aku bab2 benda alah yg aku sebut tadi.

antara canopy yg aku pi jengah....


p/s: tak sabarnye nak pindah masuk rumah baru...





Tuesday, October 20, 2009

ketinggalan...

dah lama rasenye aku tak update blog aku nih, mana tak nye, sibuk memanjang. banyak dah aktiviti aku yg aku x dapat update lagi. nak karang ayat pepanjang pun, aku tgh dalam mood malas. ntah kenapa lepas raye ni aku rase malas sangat nak bergerak. sampai rumah pun aku biar tak berkemas. aktiviti2 aku yg aku x dpata update.

1. open house - 10 Oct 2009

open house kali ni aku tak sesibuk masak macam dulu2. kali ni aku cuma masak meehoon sup, soto (senang sebab kuah yg sama), & agar2. lain2 menu semuanye aku tempah jer. menu yg aku tempah pun cuma sate & rendang ayam. semuanye boleh mix & match untuk dapatkan menu2 tambahan. antara yg hadir....

yg ini harusss hadir....

ieto n family

officemate ku....

sedara mara pak pent....

2. kenduri kesyukuran kat rumah kak ngah - 17 Oct 2009

dah lama kak ngah aku sebut die nak buat kenduri ni. akhirnye termakbul jugak cita2 die. maybe kenduri ni semua dalam satu, kesyukuran, house warming, raya, dan mcm2 lagi yg mungkin aku tak tau. yg bestnye mase kenduri ni, parents aku datang. isk, rase mcm dah lama x jumpa. padahal baru je jumpa masa raye. tapi yg x bestnye, takde gambar pun yg aku dpt snap mase kenduri tuh. aku pun sama sibuk layan tetamu. dah la maziz asyik menangis jer. maziz ni aku rase die alergy org ramai la. asal ade ramai org sekeliling die je, die nangis. asal pegi tempat org ramai je, die nangis. rimas lak aku tgk die menangis. dah la aku ni mmg rajin nak berjalan. mungkin lepas ni aku kena consider supaya kurangkan berjalan ke tempat org ramai. humm... duk rumah je la.

itu je dua, aktiviti yg agak grand, yg lain2 tu aku malas nak update. tunggu la minggu depan bila mood aku dah rajin sikit.

p/s: aku dah mula makan jus mate 5.... haha, bila la perut buncit aku ni nak kempis...




Tuesday, October 6, 2009

nike mary jane...

haaa, aku belum update ape2 aktiviti aku selepas raya kan?? meh aku cite kat korang, weekend aku dimulakan dgn menghadirkan diri ke peperiksaan PTD. wah, dengan tak menelaah aku redah je pegi periksa tu. dlm perjalanan ke pusat peperiksaan, pak pent siap tanya lagi, "betul ke nak kerja dgn kerajaan?"... aikk, aku dah berkobar2 nak amik periksa, die boleh tanya aku camtu. mungkin sebab die tgk aku tak serious lansung nak amik periksa PTD tu. ade mase ke aku nak menelaah? kalau diikutkan ade mase, cuma aku yg dah malas nak membaca. takat baca novel atau majalah tu bleh la.

periksa tu ade 5 seksyen, seksyen yg aku confident cuma ade 3 jer, matematik, esei bahasa melayu dan esei bahasa inggeris. seksyen pengetahun am, adalah seksyen paling aku tak yakin. dah lama betul aku tak amik tau pasal apa yg terjadi kat malaysia mahupun luar negara. ish, bleh lulus ke nih? tapi, aku mmg harap sangat aku lulus periksa ni. tak larat dah aku menghadapi politik kerja dengan syarikat swasta ni. nak2 plak aku kerja dengan cya ya nun alif.

sebagai bukti....

****************************************

hari ahad dah di plan untuk beraya. tgh hari ahad tu, kami terus ke shah alam. ke rumah kawan office aku. bagus betul kawan aku ni, bujang2 pun rajin buat open house. sedap plak tu die masak. tapi segan lak aku nak mkn banyak. lagipun dengan adenye askar2 aku tuh, aku kena la makan ala kadar.

dari shah alam, kami teruskan perjalanan kami ke gombak. kononnye nak beraya ke rumah pak sedara husband aku. sampai2 je, tak de org kat rumah. hish, aku dah rase tak best dah. dah takde org kan, nak beraya mcm mana. kami cuba plak terjah rumah mak sedara aku kat wangsa maju. pun takde org jugak. haa, inilah nasib org yang tak reti nak inform dulu sebelum datang beraya.

last2, since die mmg nak duduk kat wangsa maju tu sampai pukul 9 mlm (ada temujanji dgn client), aku ajak la husband aku round jusco wangsa maju. korang bayangkan dengan berbaju kurung, aku meronda jusco tuh. bukan main ayu lagi. husband aku pun kembang kuncup lubang hidung, sebab dpt jalan sebelah bini die yg berbaju kurung. hish, tak pernah aku buat kerja mcm ni. tapi, husband aku plak request suruh aku ulang perkara yg sama di lain masa. haruskah aku turuti?

mula2 masuk dlm jusco tu, aku terpandang kedai peralatan sukan. disebabkan aku mmg tgh cari "nike mary jane", aku terus ajak pak pent masuk kedai suka tu. tapi, yg tak bestnye, walaupun banyak kedai kasut dlm jusco tu, cuma satu kedai je yg ade jual kasut yg aku idam2kan. dan walaupun kedai tu ade kasut yg aku idam2kan, takde saiz plak yg sesuai dgn aku. akhirnye, aku tak dapat beli pun kasut untuk aku. yg aku beli hari tu adalah....

sport shoes untuk pak pent

mainan untuk amir...

eaaahhh, bukan setakat jusco wangsa maju je tau yg aku redah hari tuh. disebabkan masih ada waktu terluang sebelum sampai pukul 9 mlm. aku ajak pak pent ke jusco AU2, semata2 nak mencari kasut yg aku nak. tapi, bila sampai je jusco AU2. aku terus down, sebab aku tak jumpa pun ape yg aku idam2kan. last2, kami makan kat nasi lemak antarabangsa kampung baru. tapi kali ni bukan di kampung baru, tapi die jusco AU2. mmg dah laam aku tak menikmati nasi lemak kampung baru ni. dengan semangat berkobar2 nak makan, aku pun mengorder la apa2 yg patut di makan. dan hasilnye.

tinggal tulang & sisa2 je....

ayah, amir makan aiskrim...

muka tension tak dapat makan nasi lemak...

****************************************

hari ni aku pegi lunch kat IOI mall. lepas je mkn, aku redah cari kasut yg aku idam2kan. wah, selagi tak dapat kasut tu. tidur pun tak lena. hehe, mcm budak kecik plak aku ni. mesti korang pun mcm tu kan mase kecik2 dulu. selagi mak bapak tak beli apa yg diidamkan, tidur malam asyik termimpi2 barang yg korang nak beli tu. tapi, hari ni aku bernasib baik. sebab dpt jugak aku beli kasut yg aku idam2kan tu. jeng, jeng, jeng.....

nike mary jane ku....

thanks to emee n daj sebab temankan aku...

p\s: lepas ni confirm akan kedengaran tarbiah dr org tertentu....

Thursday, October 1, 2009

tart nenas berkulat...

bercakap pasal kuih raya, tahun ni malang betul nasib aku, sebab terbeli tart nenas yg terlampau cepat naik kulat. dah la aku cuma beli sekotak je kuih tart nenas tuh. tak sempat makan pun lagi. bukan kata makan. tak sempat bukak pun lagi.

hari ahad lepas, lepas balik dr kampung aku pun dengan semangat raya lagi mengemas la rumah aku yg dah berterabur tuh. habis kemas rumah aku pun mula mengeluarkan kuih2 raya yg aku beli. tgh ada semangat yg berkobar2 nak kemas kuih raya tetiba aku terpandang kuih tart nenas aku dah berkulat. terus luntur semangat aku nak masukkan kuih2 raya aku dlm balang kuih.

nampak tak kulat kehijauan??

gambaran dekat tart nenas berkulat...

nampak je kuih tart nenas aku dah berkulat, aku terus capai handphone. terus aku sms si penjual tart nenas. sila baca sms conversation aku ngan die ni:-

ahad - 27/09/2009

aku: en x, kenapa tat nenas hang br seminggu dah berkulat. aku x sempat buka pun lg. tahun lepas x mcm ni pun.

en x: lorr... iye ker! 1st case since bini aku buat. brp box?


aku: satu ja.

isnin - 28/09/2009

aku: cik abg, kite nak minta ganti la tat tu. kite bg balik yg berkulat tu.

en x: aduss... cam tu kaa? tak yah la bg balik tat tu. kalu x leh mkn kasi buang je la. mana ade ganti rugi kak oiii.. yg lain x de kulat pun. business teruk la camni. tgk la camna nanti


aku: tat tu aku x buka pun lg. camne leh kulat. tahun lepas tahan je smpai sebulan pun. tahun ni seminggu dah berkulat n bercendawan.


en x: yea ke!? oklah. tp kena tolak 50% laa...:)


aku: 50% pun ok la. tp kire serik la nak order lg.
en x: jgn la camtu. kami cuma buat yg terbaik utk semua order. kami minta maaf.

aku: malas aku nak layan org ni dah (dlm hati jer).


selasa - 29/09/09

aku tanya dengan kawan2 yg lain pasal kuih tart yg depa beli. tapi takde sorang yg kata kuih depa berkulat. ni yg aku x puas hati nih. tak pe. mungkin nasib aku sorang je kot yg malang.

rabu - 30/09/09

haaa, hari ni semua budak dept aku yg beli tart nenas dr en x start buat komplen tart depa berkulat. kakak HR yg kononnye nak sedekah tart nenas untuk semua budak2 dept finance makan pun baru sedar tart nenas die pun dah berkulat. aku pun tanya lak dgn COO aku, haa, tart nenas die pun berkulat. mmg dah sah salah penjual tart. geram punya pasal. aku amik gambar2 tart yg dah berkulat tu. aku email kat die. biar die rase ape perasaan aku bila kuih tart aku berkulat tanpa sempat aku jamah.

p/s: org melayu lain kali kalau nak berniaga biar buat betul2 eaakkk. kalau tak mampu ambik tempahan banyak, jgn ambik.