Monday, November 30, 2009

@salam aidiladha@

aku rase belum terlambat nak ucapkan salam aidiladha kat korang. alamdulillah aku selamat balik dan pulang semula dari kampung. macam mana sambutan aidiladha korang tahun ni? dah nama hari raya korban, dah seharusnye kite renungkan apa erti pengorbanan yang sebenar. walaupun selalunye pengorbanan kite di salah ertikan atau dipandang sebelah mata. Meh kite cerita sikit pasal pengorbanan.

Pengorbanan ni dalam pemahaman aku adalah melepaskan sikap mementingkan diri sendiri untuk kepentingan orang lain. Contoh yang sangat dekat, ibu bapa kita yg sentiasa mendahulukan kepentingan keperluan kita melebihi dari keperluan mereka. Seringkali kita dengar ibu bapa yg sanggup hidup susah atau ala kadar semata2 untuk menyediakan keperluan persekolahan atau pendidikan anak2 mereka. Alhamdulillah, mak dan abah aku tergolong dalam ibu bapa yg mementingkan keperluan anak2. Kadang2 timbul rasa malu pada diri aku. Mana taknya sampai aku dah kawin dan ada anak dua ni pun, mak abah aku masih lagi berada di sisi aku untuk menolong aku tatkala aku susah. Tak terbalas aku budi yang depa curah selama ni.

Pengorbanan jugak banyak kategori, wang ringgit, masa, tenaga, cinta dan kasih. Bab yang lain aku tak nak komen, tapi aku nak komen bab pengorbanan untuk cinta dan kasih. Pengorbanan yang melibatkan kesanggupan untuk berkorban segala-galanya demi kebahagiaan org yang tersayang. Aku rasa dalam bab ni aku masih lagi belum 100% complete. Yelah, sanggupkah aku memberikan lepuasan kepada org yang tersayang sedangkan hati sendiri tak bahagia. Ada sesetengah benda yang aku rasa aku perlu simpan untuk diri aku sendiri.

Eh, dah jauh sangat dah aku melalut nih, yang penting kita jangan terlalu mengambil mudah tentang erti pengorbanan. Jangan terlalu mudah mempersendakan pengorbanan orang lain yang sepatutnya kita hargai. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri kerana orang2 disekeliling anda memerlukan pengorbanan anda. Walau sekecil mana pun pengorbanan anda, sekiranya keikhlasan itu ada, tentunya akan dihargai.

P/s: Apakah pengorbanan kita??

Tuesday, November 24, 2009

balik kampung... yippieee....

tak sabar betul hati aku nak balik kg. hari ni mood kerja dah tinggal kurang dari 50%. badan aku je tinggal kat office nih, lain2 aku rase dah sampai kampung. oh lupa, aku cuti esok so, aku boleh balik kg malam ni. tapi, pak pent belum buat decision nak balik mlm ni atau esok pagi. isk, aku doa sangat2 die buat decision nak balik malam ni. terliur dah aku bila teringat asam pedas air tangan mak aku.

cakap je lebih aku nih, padahal barang2 tak habis kemas lagi. mlm semlm aku cuma sempat kemas beg baju untuk anak2 aku jer. beg baju kami aku lansung tak pack. kelengkapan lain pun aku tak kumpulkan lagi. petang ni kena balik awal ni, aku nak clock out pukul 5.30 sharp.

p/s: alik apung.... oooo, alik apung.... (versi amir), balik kampung... oooo, balik kampung... (versi mama)

Monday, November 23, 2009

imbasan....

meh kita imbas kembali apa aktiviti aku sepanjang minggu lepas. niat aku mmg nak update blog ni masa weekend tapi masa tak mengizinkan.

khamis ptg aku ambik annual leave, memula hajat ambik cuti sebab nak ke IKEA. nak borong barang2 untuk dapur rumah baru nanti. tapi, since aku dah beli induction cooker, aku batalkan je niat aku nak ke IKEA tu. lepas lunch, kami (aku ngan pak pent, yg merupakan penganggur terhormat untuk 2 minggu ni) terus pi jumpa Chris dari CLS Kitchen. sebenarnye nak bawak die tgk rumah contoh. tapi malangnye, rumah contoh dah dijual, so, aku harung die tgk unit yg dah siap. dpt jugak la buat anggaran ukuran.

lepas ambil anggaran ukuran, kami ke IOI Mall. haa, ni la masa untuk dating berdua dgn pak pent. dah lama kami tak spend masa berdua jalan2. kalau keluar mesti bawak askar2 kami. aktiviti untuk hari itu adalah tgk wayang. ntah dah berapa tahun aku tak dapat tgk wayang. sejak kami dpt amir, anak sulong kami. mmg dah jarang sangat kami dpt tgk wayang berdua. kalau dpt tgk pun dalam hati mesti tak tenang memikirkan anak yg kena tinggal dgn babysitter. hari ni tgk cerita "2012". memula aku ingat ending cerita ni mesti la bumi hancur. takde ape yg tinggal. tapi, rupa2nye depa celup cerita nabi noh dan kapalnye. tapi jalan cerita not bad.

weekend plak takde aktiviti menarik. banyak masa spend kat rumah sebab skrg cuaca pun tak menentu. asyik hujan je. anak2 pun selsema. kamu cuma ke rumah kakak aku hantar barang2 dapur, since kakak aku belum pulih sepenuhnye dr operation dan ke giant beli sus dan keperluan anak2. selain dari tu, duduk rumah melepak.

p/s: jumaat aku MC...

Sunday, November 15, 2009

terjebak...

weekend bermula, maka bermula la langkah aku mengemas rumah, since sabtu pagi husband aku ade training insurance, so, maziz aku hantar ke rumah babysitter. baju yg dah bertimbun dalam bakul baju aku basuh, baju yg dah kering aku lipat, masak bubur untuk maziz (masak untuk maziz je hari tu, sebab aku malas nak masak lauk2 untuk kami), sapu sampai yg dah tebal seinci aku rase. belum sempat aku habis buat kerja2 tadi, babysitter aku dah hantar maziz balik. aku tgk jam dah pukul 12. uih, dah pukul 12, tapi kerja rumah masih tak beres.
pak pent jejak je rumah dalam pukul 2, aku terus mandi dan siap2 nak ke rumah kak long aku. weekend nite kat rumah die sebab aku nak tolong kerja rumah die serba sedikit. yelah kak long aku baru lepas operate buang hempedu selasa lepas. dah dapat imagine weekend yg memenatkan.

sebelum ke kajang, kami singgah putrajaya. jumpa az n kito. haa, bila cakap pasal az ni, mmg banyak info yg aku dapat dari die tentang renovate rumah, kitchen cabinet, wardrobe, kitchen appliances. thanks az, info hang tu buat aku lebih senang membuat decision sape yg patut aku ambik untuk kitchen cabinet dan wardrobe rumah kami. yg penting sekali pasal az, ada kemungkinan kami dapat grill free untuk rumah kami. hehe...

lepas jumpa couple tadi, kami terus menuju ke prima saujana, mula2 ke giant dulu, beli barang apa yg patut untuk rumah kakak aku. lepas beli barang2 dapur untuk kak long aku, kami ingat nak terus ke Unity Design, jumpa Patric yg design kitchen cabinet untuk rumah baru kami nanti. tapi, tak pasal2 terjebak dengan induction cooker. pandai budak2 sale depa ni, depa approach aku dengan hadiah percuma tapi dengan syarat aku kena isi form dulu, bila bukak hadiah percuma yg merupakan botol kaca untuk isi kicap atau sos (cantik jugak botol kaca percuma tu), depa suh aku bukak voucher yg disertakan dlm kotak hadiah tu. bukak2 je sampul surat, muncul la voucher yg bernilai RM1k. wah, makcik dah happy. sebab patutnye voucher yg dapat cuma akan bernilai RM100 hingga RM300. tapi aku plak dpt RM1k. mana tak happy. terus aku cakap ngan pak pent aku nak beli induction cooker. so hari tu, aku spent RM2,199 untuk induction cooker. depa bagi aku free non-stick pan bernilai RM800 (ntah betul ke tidak, harga kuali nih).

ini la rupa induction cooker tuh...

dah habis cerita induction cooker, depa suh plak aku tambah beli cooking ware depa, harga RM2,999. kalau aku beli cooking ware tu, depa bg percuma water purifier harga RM2,599. depa offer aku dua benda tu RM1,599. die ingat aku tokey cap duit ke, senang2 je nak kuar duit banyak tu. nasib la laki aku pandai menangkis. so, terselamat la duit aku. tapi, akhirnye aku dapat jumpa patric kejap je since maziz dah terlelap n hari pun dah nak maghrib.


cookware set yg depa suruh aku beli...


water system yg depa nak bg free....


p/s: mlm ahad tu aku x leh tido, memikirkan betul ke tindakan aku beli induction cooker tuh...

Sunday, November 8, 2009

padan muka aku....

padan muka aku, sape suh lambat2 ganti puasa. kan dah kena bayar fidyah. buat malu muka jer. sabtu lepas, aku pergi "Rumah Amal Limpahan Kasih" kat bandar bukit puchong. memula aku x tau jugak kat mana location rumah amal ni, tapi aku pernah nampak sign board die. dan kalau tak silap pernah masuk tv rumal amal ni. kami mulakan pencarian dengan menjejak signboard yg pernah kami nampak. punyalah jauh, signboard tu ada kat jalan belakang puchong ke shah alam dekat dgn tol puchong-shah alam. dari situ baru kami tau, rumah amal tu ada kat bandar bukit puchong. bila dah nak sampai tempat yg dituju, baru la kami perasan, rupa2nye, rumah amal tu dekat je dgn rumah baru kami. opposite kawasan rumah kami jer.

ni ler rumah amal tu.....

tekan2 loceng, x de org keluar lak....

penat bagi salam dan tekan loceng, x de sorang pun yg keluar dr rumah tuh. x de org ker? agak dlm 2-3 minit tekan loceng tapi x de org entertain kami, pak pent pun cuba call hp yg tertera kat board rumah amal tu. ada sorang lelaki jawab, rupa2nye wife die takut nak keluar sebab takde kebenaran suami. bila aku yg keluar dr kereta. baru la ada sorang perempuan muda keluar bukak pintu. dalam hati aku dah terdetik, "perempuan ni ke bini org yg jawab phone tadi? mudanye." mmg muda betul perempuan tu. tak tunggu lama, aku bagi je terus beras 10kg kat perempuan tu. lepas ni, aku kena mula bayar puasa sikit2. dah la puasa tahun lepas tak habis bayar, puasa tahun ni lagi kena ganti. huhu, banyak nye aku kena ganti.

dalam kereta aku kena tarbiah free, dari ustaz yg tak bertauliah, husband aku sendiri. jgn lupa ganti puasa. takkan la nak duk bayar fidyah tetiap tahun. lagi satu issue, betul al tindakan perempuan tadi, tak keluar rumah selagi suami tak izinkan. huhu, aku tak mintak izin ke kalau nak keluar? mana ade? selalu aku keluar ngan die jer. loyal ape, bini abg pent ni.

******************************************************

ahad pagi, hari bermalasan kat rumah. nama je hari bermalasan, tapi aku tetap jadi macam askar, berjalan mundar mandir dalam rumah. bukan jalan saja2 tau, kejap pegi buat susu, kejap pegi masak bubur, kejap aku pi gosok baju. tetap merupakan hari yg penat buat aku. hari bermalasan tu hanya pada nama jer.

lepas zuhor, kami keluar ke putrajaya, menghadirkan diri ke kenduri kahwin kawan husband aku yg merupakan client insurans die. makan best lak tu. hilang program diet aku. nak pulak acar buah die amat la sedap. aku tgk pak pent amik bukan main banyak lagi.


kali ni mama plak nak posing....

tak pasal2 terjebak ke swimming pool, gara2 pi kenduri kat Dewan Presint 9, PJ

geram jer maziz tgk abg die main air....

giliran maziz plak, bogel pun bogel la...

p/s: tak habis2 aku jadi kaunter pendengar masalah... dan masalah yg didengar tetap sama dari waktu ke waktu... masih x berubah, walau dah ditimpa masalah.

Thursday, November 5, 2009

Retinoblastoma

hati aku terpanggil sangat nak tulis entry ni. semuanye disebabkan aku baru tau pasal penyakit ni. dan rupa2nye, penyakit ni dah semakin hebat menular kat kanak2 di Malaysia ni. untuk pengetahuan korang semua, hospital besar KL atau lebih dikenali sebagai GH merawat 1 case dalam satu minggu. cuba korang imagine berapa ramai yg dah disahkan ada penyakit nih.

dan aku lebih terpanggil untuk tulis entry ni sebab anak kepada officemate aku baru disahkan menghidap penyakit ni seminggu lepas. dan lebih malang, dia disahkan berada di stage yg kritikal. kanak2 ni cuma berusia 3 tahun dan doktor terpaksa buang kedua2 belah bola mata kanak2 ni sebab takut tumor tu akan menyerang bahagian lain. cuba bayangkan apa perasaan parents dia. apa perasaan kanak2 tu bila dah dibuang matanye.

untuk keterangan yg lebih lanjut pasal penyakit ni, korang boleh layari web ni, http://www.retinoblastoma.net/ . aku rase kite semua patut ambil tau pasal semua penyakit2 yg semakin menular tapi tak diketahui umum, contoh macam penyakit ni. mana pernah kite dengar pasal penyakit ni. tapi, dalam diam, ramai yg telah menghidap penyakit ni.

**************************************

berkomplot menyepah rumah....

p/s: baru dapat tau kak long aku akan menjalani pembedahan buang hempedu next week... minta2 la selamat jalani pembedahan...

Monday, November 2, 2009

lawatan ke kedai gunting rambut....

hari sabtu kami bawak amir ke kedai gunting rambut, memandangkan rambut die yg dah semakin berserabai. maka lawatan ni diperlukan. takut jugak die buat perangai tak nak gunting rambut. sebab lawatan yg lepas buat die menangis. bukan setakat menangis tapi meraung pun ada. tapi kali ni alhamdulillah die serahkan kepala die dengan rela.

sempat senyum walau nervous...

bukan setakat amir je yg gunting rambut, abahnye jugak...

petangnye plak kami terjah midvalley, ingat nak skodeng pameran renovation kat MVEC. tapi bila diterjah, booth untuk kitchen kabinet cuma ada sikit. tengok sikit2 mana yg patut, aku ajak husband aku merayap tempat lain dlm midvalley tuh.

dah macam pelarian makan ice-cream tepi kaki lima....

***************************************************************

ahad hari bersantai bersama keluarga, bangun pagi pun dah lambat. kami keluar pegi breakfast pun dah pukul 11.30. aku plak mood malas, malas nak masak, malas nak kemas rumah. lepas breakfast aku ajak pak pent gi jengah kedai kicthen cabinet kat depan giant. memula masuk kedai jual eksesori dapur dan bilik air. ntah macam mana berkenan ngan satu sinki ni. ada plak diskaun 50%. aku terus pilih dan beli.

dah beli sinki, kami ke kedai kitchen cabinet, defilio. minta mamat designer ni tlg buat quotation untuk dapur kami dan jugak wardrobe master bedroom kami. harga mmg memberansangkan. tapi, aku masih x puas hati. aku nak cari quotation kedai lain. ingat x aku terjah signature kitchen kat IOI mall? aku masih x dapat lagi quotation dari depa. lembap betul. aku call hari jumaat lepas, depa kata masih belum buat sebab part timer depa tak pass file aku kat depa. huh... lembap.... camni ka layan customer.

ape la yg diborakkan hero2 aku ni....

sape di sebelah sana?

seronok jugak pi cari quotation kitchen cabinet ni. sebab macam2 design aku dpt dari designer2. cuma duit je kena sediakan. harap2 aku org nak derma kat aku RM10k. bleh aku tambah lagi budget aku. huh... sape yg nak derma tu ek?? pak menteri?? boss aku?? husband aku?? atau parents aku?? atau takde sape pun.....

p/s: aku dah kemaruk nak masuk rumah baru nih. kalau bleh tetiap minggu nak pi tgk rumah...