Wednesday, December 29, 2010

Auummm

Weehhoooo, sangat bangga dan sangat la heppy M'sia menang Piala AFF Suzuki. Aauuummm. Congrats for K. Rajagopal. Pemain2 muda nampaknye berjaya menjulang nama M'sia. Nama Fahmi & Shapee menjadi sebutan dan kebanggaan. Wahh, naik la saham diaorg. Dengar kata fan kat fb pun dlm beberapa minit terus melonjak ke 100k.

Seronok pagi ni aku dengar radio. Dengar cerita peminta bola sepak masa depa raikan kemenangan M'sia malam tadi. Ade yg siap peluk mamak kedai makan (sanggup korang ek, x de bau ke?). PM pun dah announce 31st Dec cuti, sbg rewards sbb M'sia dah menang. Tapi rasanya aku tetap kena dtg kerja esok. Kerja menimbun dan FYE closing. Sangat la x best. Walaupun aku bukan fan soccer, tp aku nak la jugak cuti (Boss, sila la ganti cuti jika saya kena dtg kerja esok).

Apa2 pun aku bangga dengan M'sia. Lepas ni x de la peminat bola tempatan menyumpah pemain2 bola kebangsaan kite (kerja nak menyumpah ke, cuba korang yg main aku nak tgk).

P/s: entah kenapa aku cepat sebak sejak akhir2 ni.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialog

Between Amir, me and my sister (Amir's mak long)

My sister: Amir, mana atok?
Amir: dekat kubur
Me: try tanya dia, atok buat apa kat kubur.
My sister: atok buat apa kat kubur?
Amir: jumpa tuhan
My sister: ooo, jumpa tuhan, amir x rindu atok?
Amir: rindu
My sister: kalau rindu kenapa x pergi tgk kubur atok? Mak long pergi kubur atok amir x ikut pun
Amir: amir tidur, kenapa mak long x kejut amir?

Dush, kena sebijik my sister dengan amir.

Amir mmg akan jawab benda yg sama pada soalan 'atok dekat mana' & 'atok buat apa dekat kubur'. Masa hari kebumi arwah abah, aku kejutkan die bangun semata2 nak tunjuk dekat dia org kampung masukkan jenazah dlm keranda dan bawak ke kubur. Dan sampai skrg dia ingat ke mana arwah atok dia pergi, walaupun die masih belum paham apa erti kematian.

**********************

Between Maziz and hubby

Maziz: one
Hubby: two
Maziz: tee (three)
Hubby: four
Maziz: fai (five)
Hubby: six
Maziz: maa (lima)
Me: (smiling)

Ntah mana punya ajaran sesat yg dia boleh sebut lima selepas six.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 27, 2010

Kenduri-kendara

Semlm kami buat kenduri doa selamat + kesyukuran + tahlil arwah. Sebut pasal arwah, dah 10 bulan arwah abah meninggal (sedih bila mengira tempoh pemergian arwah). Walau dah 10 bulan terpisah dgn arwah, tiap2 kali balik kg aku seolah2 terbayang kehadiran arwah disamping kami.

Kenduri semlm alhamdulillah berjalan dengan lancar. Cuma ade sedikit slack bila masuk bab makanan. Since mak dah tak larat dan kami pun takde bakat memasak untuk kenduri, semua lauk-pauk + nasi untuk kenduri kami order je. Entry ni aku buat khas untuk 'kutuk' lauk kenduri (mode marah).

Aku x tau la mcm mana arrangement catering between mak dgn caterer. Tapi amat la menyakitkan hati bila lauk2 + nasi sampai sgt la lambat. Just imagine jam dah pukul 2 ptg tp semua makanan x sampai2 lagi. Tak terpikir ke otak caterer tu yg kami2 ni nak makan dulu sblm kenduri. Sangat la menyedihkan bila tuan rumah terpaksa berlapar dan tunggu smpai kenduri habis baru dpt makan.

Dah la lambat, bila tiba lauknye sangat la x bersamaan dgn harga yg dikenakan. Ini yg aku kurang gemar dgn 'org kita' bila masuk bab berniaga. Suka berkira. Dah la mahal, kurang sedap, kuantiti pulak mcm tak sama dgn yg diorder dan dibayar. Cuba la ikhlas + jujur sikit bila berniaga makanan ni. Kire ni first & last la kami order dr dia.

P/s: menghabiskan cuti terakhir kat kg dgn mak. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 17, 2010

Life

Kadang kala hidup berkeluarga amat mendengkelkan (eh, betul ke ejaan aku ni),
Kadang kala hidup berkeluarga merupakan detik2 yg amat menggembirakan,
Kadang kala menjadi terlalu baik membantu sesama keluarga menjadi satu kekesalan,
Kadang kala membatu keluarga membuatkan kite rasa bertanggungjawab,
Kadang kala kita rasa keluarga tidak diperlukan,
Tapi kadang kala keluargalah segala2nya buat kita (terutama ketika kita memerlukan bantuan/sokongan),

To my hubby, thanks for being my husband, tidak romantik, tidak pandai mengambil hati, tetapi memadai dgn apa yg ada walau ada ketikanya mendengkelkan jugak. :)

P/s: sedang sedih sebab pertolongan dibalas dengan ....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Christmas Community Service Responsibility

It's Christmas, belum pun sampai lg tarikh sebenarnya, tp our office take the opportunity to invite orphanage from Agathians Shelter, PJ to come over to have fun with us.

We have a Christmas caroling session and also a small tea party. Not only that, we also make their little wish come true. We prepared present for them as per their wishes.

Bila sesi suai kenal, aku macam terkejut, sebab the first group yg datang to my table was a small kids, as small as my Amir. Terasa sedih tgk budak sekecik tu dah duduk rumah anak yatim. But then, he is so happy meeting with us, shake hand with thousand of smile. Aku plak yg lebih2 sedih sampai bergenang air mata. Touching lebih.

The most sad part masa tgk all the orphanage nyanyi lagu christmas with a happy face. Aku pun tak tau kenapa aku sedih, padahal budak2 tu happy je. Maybe ini la naluri ibu. I'm so lucky jadi anak yatim pun bila dah jadi ibu dan aku masih ada emak tmpt mengadu nasib.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 21, 2010

superwoman

Agak ketinggalan cerita ni, happen on last tuesday, I was on half day leave, main reason is to settle something with OCBC bank.

Left office at 1215 and manage to reach IOI Mall at 1245, had lunch with ex-RT staff which was not in my plan. Finished our lunch at 1345, headed to OCBC, I'm very lucky since not many people at OCBC that day and manage to settle everything by 1430. Singgah Giant, beli masking tape. Balik rumah salin baju, dan terus ke rumah baru.

1515, reached our new house. Masih ade defect yg perlu diperiksa dan ditanda untuk developer betulkan. 1615 dah habis check. Terus ke mgmt office to submit defect complain form. Sangat penat!! Tapi tak habis kat situ. Patah balik ke rumah baru semula sbb ada contractor nak measure my kitchen. Habis measure dah pukul 1700.

Sebab dah penat, terus ke Giant balik beli makanan untuk dinner and groceries. Sampai rumah mmg sangat2 lepak. Tp tugas belum selesai sbb kena masak rendang untuk Aidiladha. Tak lengkap rasanya raya tanpa lodeh dan rendang. Pukul 2300 baru la dapat lelapkan mata. Bila difikir2kan balik mmg jadi superwoman betul.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 15, 2010

banjir kilat

Phew, penat sungguh hari ni. Sampai rumah bila azan isyak dah berkumandang. Ini la jadinye bila hujan lebat dkt Klang Valley. Habis semua jalan jem. Aku start tersangkut dari jalan Glenmarie menuju Batu Tiga. Just imagine kat situ je aku spent about 1 hour plus. Memula cam hairan jugak, kenapa la semua kereta menuju arah kanan.

Bila semua mcm tukar haluan ke arah kanan, aku pun follow je la. Dalam2 follow tu ternampak 2-3 org budak (remaja) lelaki angkat motor letak ke jalan bertentangan. Dalam hati aku, 'dah x ckp kerja ke budak2 ni'. Rupa2nya banjir kilat daa. Tau je banjir aku dah gelabah. Yerla, camner aku nak harung banjir tu. Tp aku ikut je kereta depan. Redah je pelahan2. Mulut tak habis2 baca 'bismillah'. Sangat takut, ok!! Ini la pengalaman aku redah banjir. Yg naik motor semua x sanggup redah. Semua patah balik atau tunggu tepi jalan. Dah mcm pesta la plak.

Alhamdulillah selamat jugak aku redah banjir tu. Perjalanan lepas tu lancar sampai la kat persimpangan USJ, highway Elite. En polis trafik x bertugas rupanya bila hujan. Dah satu hal nak redah jem lagi sekali. Tp kali ni aku cuma spent lebih kurang setgh jam je kat situ. Tp sebab nak 'terkucil' punya pasal, aku rasa azab gile. Lepas je dr jem, nampak je petronas aku tak lepas peluang, terus masuk, parking, tuju toilet. Baru la lepas azab aku. Dugaan betul!! Smpai rumah x de toleh kiri kanan, matlamat makan, mandi, tangkap maziz bawak masuk tido. Sangat letih!!

P/s: sedih sbb x sempat amik gambar banjir tadi, sbb takut sangat. Lagi sedih, raya haji kat Puchong. Uuwwwaaaa!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 13, 2010

new house

Just a quick update about our new house, hubby collected the key on last wednesday, and start to do some checking on the things that should have in the house. And yes, all of it are in place. He's not doing the defect checking on the same day, as he wants me to help him on the checking. So, we plan to do it today, Sunday. :)

I'm so excited that finally our house is ready to move in. Yes, we will move in to this house and cancel our plan to move to shah alam. A lot of things has been considered and stay in puchong would be the best decision.

Yesterday morning, after bought some fish, meat and vege for next week stock, I headed to our new house to check how many lamps and which type of lamp should I buy for the house.

And yesterday noon, we went to Avalon Puchong to do some survey and end up bought the whole house lamp and fan. It cost us RM1,236.00 for 21 lamps and 4 fans. The expensive one is for our dining hall which cost us RM400. Others is just a normal lamp and deem light lamp.

Finished with that we did survey furniture at courts, but end up not choosing anything. Expensive ok!! So, next week will survey other place for furniture. Today we did invite Patrick, from Unity Design for kitchen measurement and hubby uncle for grill measurement. Hopefully they'll give us the best price. Seems like it's not a quick update now. :). Will update once I get quotation from all contractor. I hope can move in soon since Amir will start his school on Jan'11.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 8, 2010

pear n banana

Hari ni hari pertama aku kerja dgn Mearsk Malaysia, tapi masih lagi buat account, specialised on reporting. Semangat pagi2 dah keluar and manage to reached office by 8.15 am. Hari pertama, so belum la rasa stress dgn jalan jem kan. :)

Sampai office, boss belum sampai, but it's ok, kata pun boss kan. While waiting for my boss, aku cam culture shock sebab aku tgk staff2 kat situ mcm x buat kerja jer. Kerja depa lalu lalang depan aku, mcm buat peragaan miss universe la plak. Rupa2nya server down, x sorang pun bleh buat kerja. Patut la depa mcm seronok je jadi model lalu lalang depan aku.

Time tunggu boss tu jugak aku nampak ade satu staff ni bawak troli buah pisang & pear. Dalam hati aku, occasion apa la yg bakal berlansung hari ni. Rupa2nya tiap2 hari isnin, company akan distribute fruits to the staffs. Wahh, aku culture shock lagi sekali. Mcm jakun plak kan, tp company2 yg aku kerja sebelum ni x de la generous mcm ni ok.

Boss dtg dah dkt pukul 9, tp sebab server down dan aku pun x bleh nak logon desktop, so seharian belajar secara lisan dan jugak dengar briefing dr boss. Oh ya, aku kembali ke zaman desktop, cons org akan kata ketinggalan, tp pro nya aku x payah la bawak balik kerja kan. :).

Basically, hari pertama yg bercampur baur perasaan nya, ade part yg exciting dan ade part yg membuatkan aku sangap 30 kali sebab kena baca SOP. Anyway, aku harap this company will be a good pit stop for me. And it will be the last pit stop sbb aku dah x larat nak lompat2 ni. Sudah tua, ok!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 4, 2010

berbulu...

Ini bukan cerita pasal binatang berbulu atau manusia yg ade bulu atau apa2 bulu yg korang leh nampak dgn mata kepala korang. Hari ni berbulu gile mata aku tgk org yg takde kelayakan atau tidak layak tapi diiktiraf layak kerana org atasan adalah kawan baik. Arrgghhh, mmg celaka habis la.

Dari pagi sibuk suruh aku tolong die settlekan closing, eh, itu dah jadi kerja ko, masa aku buat dulu, aku la yg check sendiri. Kalau aku x tau aku pergi sana sini nak dptkan info, bukannya duduk kat kerusi aku dan harap info bergolek dtg kat aku. Ni aku tgk, die boleh je duduk kat kerusi tanya aku semua benda sampai aku rasa aku yg buat kerja tu.

The worst part bila dah ptg die tanya aku mana aku dpt huruf 'N' dan 'Y' dalam file tu. Aku cam pelik, apa yg hruf N apa yg hruf Y? Last2 bila aku pergi kat komputer die, aku tgk apa sebenarnya yg die nak tanya tu. Aku terus rasa nak gelak. Weh, apa cerita ko ni, kata senior exec, takkan la formula 'IF' ko x tau nak guna. Kot ye tak reti guna, kan aku dah letak formula tu kat situ, cuba la tgk betuk2 dan fahami. Beladiful betul la.

Aku x pernah jumpa org yg level mcm die tapi excel masih lagi x khatam. Mcm mana ko buat kerja selama ni? Aku dpt bayangkan, x lama lagi report2 yg aku usahakan selama 3 thn lebih kat RT akan musnah x lama lagi. Dah la file tu penuh dgn formula dan linkage yg berselirat. Argghh, x peduli la, bukan tanggungjawab aku lagi kan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 3, 2010

new hairstyle

Next week aku masuk tmpt kerja baru, dan dah nama perempuan, tmpt kerja baru semua nak baru. Baju dah beli, seluar dah beli, kasut dah beli masa nak pergi interview. So, misi hari ini adalah new hairstyle.

Niat hati aku nak cuci dan trim je, tp pikir2 balik potong pendek jer la. Aku takut nanti susah nak jaga rambut panjang bila dah kena bangun awal pagi dan balik lewat. Lagipun rambut aku kan ada masalah keguguran dan kelemumur. Jadi biarlah ia pendek.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2nd farewell

Tgh hari tadi makan free lagi, bak kata deedee, depa mcm suka je aku resign, kan main banyak lagi farewell. Asyik makan je kerja aku sejak dua menjak ni. Ade tembam la bdn aku lepas ni.

Farewell kali ni kat Kenny Rogers Roasters, IOI Mall. IOI Mall lagi, x de tmpt lain ke? Farewell kali ni confirm di sekitar IOI Mall je sbb itu la tmpt paling grand yg ade kat puchong ni. Cam hampeh kan. Jamu la mata kat gambar atas tu, nanti aku jumpa lappy aku bubuh caption die.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

meroyan!!

mood aku hari ni nak mencarut jer, pepagi org dah tanya aku sapa yg replace kerja aku, soalan tu tak per la jugak, aku bleh jawab lagi. soalan ke-2, bleh ke org tu buat, haish, ade aku kisah? aku dah ajar, dan org tu plak higher level dari aku, kalau x reti buat kerja, suruh je org tu resign, jgn gaji nak banyak, title nak tinggi tapi excel pun x reti nak explore. sangat bengap ok, hyperlink x tau, group n ungroup tak tau, ntah2 vlookup pun x tau. nasib ko la minah, ko hadap la file aku yg banyak formula n link sana sini tuh. agak2 ko x paham, baik ko berenti jer duduk rumah gentel telur. (kan aku dah cakap, mood aku nak mencarut je hari nih).

tgh hari tadi, mood agak ok sebab ade farewell party, ni aku cerita next entry, gambar x sempat bluetooth lagi. lepas je lunch, aku dengan penuh azam nak siapkan kerja yg sebenarnye aku buat untuk memudahkan org yg replace aku, jadi luntur semua nye lepas ade boss (yg bakal jadi ex-boss dalam masa kurang 48 jam) suruh aku tolong settle kan lagi satu benda yg sebenarnya akan memudahkan org yg replace aku. isk, ayat aku ni mcm dah tonggang terbalik plak. bahasa mudahnye, skrg ni aku kena buat semua benda jadi mudah untuk org yg replace aku, formulakan mana x formula, link kan mana x link, cantik kan mana x cantik. heh, banyak cantik muka ko, ade yg aku delete terus file2 tuh kang. baru ade akal.

isk, udah la, lagi banyak aku tulis lagi banyak aku sumpah org kang, mood x berapa nak ada ni, harap2 ptg ni mood kembali ok sebab ade gathering dgn ex-redtone. time for party.

p/s: encik husband, sila ambik anak yer, mama nak pergi cucuk langit.... weeeehoooo

Friday, October 29, 2010

mari bljr menulis...

Kuang3x, like father like son, semua x berbaju eh, mcm la x mampu beli baju. Amir tgh minat menulis & men'colour'... Punya la semangat dpt buku n pencil colour baru, tiap2 malam dia paksa mr pent tolong dia men'colour'. Alahai anak mama ni, mama beli semua tu sebab nak suruh Amir yg buat, bukannya abah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1st farewell

From left: Kak Elly, me, Iera & Yanti

Diri dr kiri: me, Dayah & Emee
Duduk dr kiri: Mas, Kak Liza & Kak Rose

Eceh, mcm la byk sgt farewell untuk aku kan, anyway still on and counting, kalau x de lagi, ni kire 1st n last la...

For this farewell, thanks to Kak Liza, Yanti, Iera, Kak Rose, Mas, Kak Elly, Emee & Dayah. Isk, confirm rindu depa2 ni lepas ni...

p/s: muka punya la berminyak mcm boleh goreng ayam....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 28, 2010

air panas, ooo air panas

Last 2 weeks kami attend kenduri kat rumah cousin aku, die buat kenduri kecik2 + celebrate birthday anak die, Qairina. Dlm kul 12 kami gerak dr rumah, kire nak sampai sblm zuhor sbb kenduri die start lepas zuhor.

Nak dijadikan kisah dan teladan, maziz kena air panas masa kenduri tu. Org tgh sedap2 makan die pi skodeng tmpt letak air teh panas dan bukak paip bekas air tu. Apalagi, meraung la sekuat alam. Aku plak, x cukup tanah berlari nak menyelamatkan anak. Bukak terus baju die n pergi kat sinki untuk cucurkan perut dgn air paip. Kena kat perut plak tu. Nasib baik x apa2, cuma merah sikit. Teladan buat aku, jgn biar anak main bersepah time kenduri.

Mari tgk gambar yg menceritakan kejadian. :)

comel x saya?

posing lagi....

sempat tgk cameraman walaupun sakit

meraung satu rumah bleh dengar

saya dah baik, dan jom kita main.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

menyemakkan & menyeksakan

Hari2 terakhir kat sini sgt2 menyeksakan aku, haish, walaupun dah start handover tp masih lagi kena menyuap org2 yg menyemakkan mata aku memandang. Terlalu kejam ke aku ni? Bukan la tak nak berkongsi ilmu, tp kalau hari2 aku suap ko, sapa nak suap ko bila aku takde. Cuba2 la bawak beringat, ko tu senior, aku ni exec cabuk jer. Title tu aku x kisah, tp apa guna la title tu kalau ko x pandai buat kerja.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 26, 2010

apa perlu aku buat?

Apa perlu aku buat? Skrg ni kami (aku n hubby) berada dlm situasi yg agak merumitkan (sbnrnye kami kot yg buat ianya lebih rumit).

1. Kami beli rumah dkt puchong, to be specific, Bdr Bukit Puchong. Rumah dah siap, and akan dpt kunci either this month or next month.

2. Recently aku dpt kerja dkt Glenmarie, Shah Alam. Mr Pent plak mmg kerja dkt Shah Alam. So, both of us working in Shah Alam.

3. Studio muzik Mr Pent dkt Shah Alam, and he always ulang alik ke studio dia boleh dikatakan every night.

So, what do you think? Should we move to our new house which located at Bdr Bukit Puchong? Or we move to Shah Alam, which we need to rent a house and rent out our new house?

Ikutkan hati, I want to stay at my new house. Yer la rumah baru kan, and it's our own house. Some more kami dah tunggu 3 tahun untuk rumah tu siap. Tapi, bila pikirkan ongkos untuk kami ulang alik yg mencecah lebih RM500 sebln, rasa agak x berbaloi untuk duduk di Puchong. Baik la duit tu aku buat gi shopping kan? :D

Apa pendapat korang?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 23, 2010

saya teruja

Jumaat lepas aku ambik cuti, wah2, padahal banyak kerja yg aku nak buat sblm handover, pandai2 plak ambik cuti. Pagi jumaat tu aku ke 'tempat' baru, amik offer letter. Habis je urusan kat sana, aku terus tuju ke IOI Mall.

Mula2 ke Yun Nam. Aku hadapi masalah rambut gugur, dah lama dah, tp sejak deliver maziz setahun lebih yg lepas, makin teruk pulak. Dah mcm2 syampoo aku cuba, tp x mendatangkan hasil yg memuaskan. So, skrg aku nak try Yun Nam plak.

Trial treatment hari tu ambik masa 2 jam lebih. End up aku beli home care product dia. Harap2 kali ni usaha membuahkan hasil. Rambut mahkota wanita kan, walaupun aku bertudung, nak jugak rambut cantik.

Lepas siap treatment hari tu, aku teruskan aktiviti jalan2 kat IOI Mall, seronok jugak jalan sorang2 ni. Aman rasa. Jalan punya jalan, aku singgah dkt Giordano, belek punya belek, angkut 3 helai seluar khaki. Terpaksa beli sebenarnya ni, sebab sejak aku mula kerja REDtone, aku x pakai formal office attire ke office. Hari2 aku pakai jeans dan t-shirt/kemeja. So, terpaksa la beli seluar baru.

After that heading to Padini, aku mmg suka beli baju Padini sebab aku selesa dgn design n cutting die. Harga pun x de la mahal sgt. Ditambah lagi ade sale skrg ni. Dkt Padini aku sambar 5 helai kemeja. So, rasanya cukup la untuk berpakaian formal ke tmpt kerja baru nanti. Of course pakaian2 formal ni akan bertambah setiap bulan. Yerla, takkan aku nak harap yg 5 helai ni + baju2 lama aku jer kan? :P

Haish, teruja sungguh nak ke 'tempat' baru, aku cuma ade 8 hari bekerja nak di tempuh di REDtone. My last day will be on 3rd Nov. Oh, it's fast sebab aku cuma letak notis untuk je, and my new employer pay for another 2 weeks notice, which make me so HAPPY and EXCITED.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 21, 2010

Counting

Another 14 days to go, I'm counting towards my last day with REDtone. Will join new company soon on 8th Nov, Insya'allah. Pagi2 tadi datang kerja, mood dah lain. Ade jugak terbit malas nak buat kerja.

Tapi aku gagahkan jugak settlekan semua backlog, siapkan semua current report dan mula draft handover list. Backlog sudah hampir settle, tinggal a few current reports yg aku kena buat.

Actually, aku banyak belajar dkt REDtone ni, masa mula2 join aku agak kosong jugak, tp disebabkan tugas aku yg 'multi task' kat sini la buat ilmu aku makin bertambah. Credit to REDtone untuk itu.

Tadi ptg bila aku mula draft handover list, baru la aku realize, punya la panjang job function aku. Sampai waktu balik pun tak siap2 lagi. Ntah siapa la 'malang' kena ambik kerja2 aku tu. And the worst part is, orang itu cuma akan ade masa kurang dr 10 hari untuk belajar.

Anyway, I'm HAPPY to join the new company. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 19, 2010

rezeki mendatang....

yeeeehaa!! alhamdulillah, rezeki anak2. syukur sangat sebab apa yg dicita2kan dan diusahakan membuahkan hasil. kalau tak ada apa2 halangan, aku akan berhijrah ke 'tempat' baru dlm masa kurang sebulan dr sekarang. doakan kejayaan aku di 'tempat' baru nanti....

Testing

Testing 1,2,3

Kalau berjaya, credit to @z...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 10, 2010

aachum... berhabuk

huhuhu, dah bersawang dah blog aku ni, punya la lama aku x update apa2, raya pun dah habis, cerita tentang raya pun aku x update.

life agak misserable sejak lepas cuti raya, nak catch up balik dengan workload dan siapkan mana yg tertunggak. backlog jugak perlu diclearkan, tambah2 plak kena back up officemate yg pergi maternity (again).

sekarang dah agak lengang (cuba ambik masa sebenarnye), officemate pun dah balik dr maternity leave tp yg peliknye sebahagian dr kerja die yg aku back up jadi milik aku selamanye. haish, time to look for other opportunity rasanye nih. post balance sheet pun dah siap, skrg tinggal audit for USP. tp masih ada lagi kerja tertunggak disebabkan org lain lambat update report yg aku masih perlu siapkan.

ikut hati, malas betul aku nak buat. agak boring sebab dah 3 tahun hadap rutin kerja yg sama. walaupun portfolio nampak menarik tapi bila dah hari2 hadap benda yg sama, bosan jugak aku. mcm mana aku nak belajar benda baru kalau lama sangat hadap benda yg sama. (kalau la boss aku baca entry ni, harap2 die paham yg janji die hanya tinggal janji).

dah, dah... mengarut lebih, jom buat kerja, nanti lagi banyak tertunggak...

Wednesday, September 8, 2010

Eid Mubarak!


ramadhan berakhir hari ini, harapan agar akan bertemu lagi ramadhan tahun depan....

so, dikesempatan ini aku nak ucapkan, "Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin". kepada yang akan travel balik kampung, memandu dgn berhati.

Tuesday, September 7, 2010

not in working mood

i'm not in working not...
but not also in raya mood....
when talking about raya...
remind me about "arwah" abah...
dan setiap kali itu la, air mata mencurah2....

Thursday, September 2, 2010

blog walking award



Tagged by dieya, believe it or not.. dieya is blogging now!

1. Apakah yg bermain di minda anda sekarang?
Siapkan segala kerja yg bertimbun... nak cuti rayaaaaa.....

2. Apakah nama samaran anda?
Ppl use to call me Arin or Rin, but stranger always call me Noor.

3. Siapakah 3 org yang paling kamu sayang?
Of course my 3 hero, but 3 person not enough la, parents, siblings x bleh tersenarai...

4. Panggilan untuk si dia?
Abg Eddy, mmg x biasa panggil die "abang", haish I need to change la, dah jadi hubby pun kan. But, last time I use to call him "bantal busuk". :)

5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
Be nice and love me as who I am.

6. Blog mana yang anda selalu lawat?
Blog yg list down as 'my blog list' kat sebelah kanan tu.

7. TAG kan kepada 15 blogger.
Ini ada payah sikit, sebab x ramai kawan2 yg blogging. so, apa yg ade jer la eh.

1. LoVe . CoNqUeR . aLL
2. Suratan @ Kebetulan
3. azfaliza
4. MY 2nd DIARY
5. Life is Beautiful

Tuesday, August 31, 2010

hasil semaian manusia durjana

pegawai kesihatan tgh periksa baby.....

baby dah dibersihkan....
(comel kan baby tu, tergamak depa buang)

sempurna, tak de cacat cela pun.....

tak tergambar perasaan aku masa tgk gambar2 ni, pengalaman 2 kali mengandung dan bersalin buat aku terfikir, tidakkah si pembuang bayi terasa bangga dgn kurniaan Allah ini, walaupun kurniaan Allah ini di perolehi dari jalan yg salah, tapi manusia kecil itu tetap merupakan anugerah Allah. darah daging kite. menitis air mata aku bila tgk betapa comelnye manusia kecil ini. ini la hasil semaian masa sambut new yr 2010.....

Wednesday, August 25, 2010

teringatkannya....

got this from my sister....


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


email ni buat aku teringat kan arwah abah, adakah abah balik melawat kami? adakah abah orang yg cukup bertuah kerana dibernarkan balik menjenguk kami, pewarisnya? menjenguk rumah yang ditinggalkan? atau arwah kembali ke rumah kampung dah bersedih sebab kami tidak ada di sana? semua soalan ni bermain dalam kepala otak aku. harapan aku semoga abah gembira melihat kami x putus2 mengingatkan arwah bersama doa2 dan bacaan yassin untuk arwah.

kelmarin ada aku ber 'MSN' dengan opismate dari KK branch, di tanya kenapa aku bersedih kena beraya di rumah emrtua tahun ni, aku sebenarnye tidak la kisah beraya di rumah mak sendiri ataupun rumah mertua, tapi ini mereupakan tahun pertama raya disambut tanpa arwah abah, kalau boleh aku nak bersama2 dengan emak. tapi, kali ni aku terpaksa berkorban kerana tahun ni mmg turn beraya di rumah mertua aku. mungkin orang yg belum kehilangan ibu atau ayah mereka takkan paham apa perasaan aku.



p/s: mengharapkan yg terbaik untuk arwah abah di alam kubur....

Monday, August 23, 2010

150 juta - Fynn Jamal

dugaan ALLAH...

hari yang agak stress untuk aku, kerja bertimbun2 buat aku agak lemas. mood berkerja agak kurang sebab menunggu surat yg belum kunjung tiba. lunch time yang sepatutnya aku x bleh ambik, aku ambik jugak untuk hari ni. bukan untuk lunch tapi untuk blog walking. dari satu blog ke satu blog, akhirnye aku singgah ke blog ni. sedih membaca nasib anak ini, terbit dalam fikiran aku, alangkah tabahnye si ibu. apa akan jadi jika aku merupakan org yang di uji Allah dgn ujian yg diberikan kepada ibu ini? apakah aku sekuat dan setabah ibu ini?

terdetik dlm hati, alangkah bertuah nye aku punya anak2 yang sihat. walaupun amir agak hyper, tidak mahu makan nasi, tapi alhamdulillah die masih sihat. maziz juga begitu, makan minum tidak jadi masalah baginye. syukur dengan nikmat yang tuhan kurniakan. kadang kala keadaan agak kelam kabut, bila anak2 terlampau aktif. berlari ke sana sini, "mengemas" rumah, melukis di tempat larangan. tapi aku kena sedar, itu adalah lumrah membesarkan anak2. ada masa kesabaran teruji. dan adakalanye kemarahan terlepas. tapi jauh di sudut hati, perasaan sayang dan defensive sangat menebal untuk anak2.

Thanks Allah for giving me such a great kids....

Thursday, August 12, 2010

sepeninggalannya....

puasa tahun ni agak hambar, arwah abah takde untuk memeriahkan suasana ramadhan kami sekeluarga. tahun ni mak menghabiskan bulan ramadhan di rumah anak2. mungkin mak jugak tak punya hati untuk berpuasa sorang2 dkt kampung. aku paham mak belum dpt adapt diri die dgn peninggalan arwah. walaupun dah 6 bulan arwah pergi meninggalkan kami. ia bukan masa yg cukup untuk kami melupakan arwah. terlalu banyak kenangan pahit manis yg arwah tinggalkan pada setiap anak2 beliau.

sepeninggalan arwah, belum ade sekali pun bila nama arwah disebut, aku x menitiskan airmata. ni pun update blog sambil berjurai2 air mata aku keluar (mesti budak2 opis ingat aku gaduh ngan husband). sebagai anak bongsu aku belum rasa puas hidup dgn arwah. banyak jasa arwah pada aku yg belum sempat aku balas. walaupun aku tau arwah tak mengharapkan balasan, tapi sebagai anak, confirm la aku ade niat nak membalas.

skrg ni tumpuan adik-beradik aku pada emak. aku rase semua terkejut dgn pemergian abah. yelah, bila kite nampak kewujudan org yg kite sayang, kite selalu take it for granted. tapi sekarang semua nye tersedar dengan pemergian arwah, menjadikan semua orang lebih menghargai emak. tapi, ini semua bukan la bermakna kami tak pernah menghargai arwah abah, cuma ade masa terleka dengan urusan sendiri. syukur pada tuhan kami masih punya emak, tempat mendapatkan kasih sayang, menumpahkan kasih sayang dan berkongsi suka duka kami.

p/s: x sabar nak buka puasa dgn emak esok...

Joey Mcintyre - Stay The Same

Wednesday, August 11, 2010

EGO

I read this on fb. Bagus untuk pengajaran baik untuk lelaki mahupun perempuan. Menghargai insan tersayang itu PENTING.

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Tuesday, August 10, 2010

selamat berpuasa...


malam tadi encik Penyimpan Mohor Besar Raja2 Melayu dah keluar tv, jadi hari ni kite umat islam kena la mula berpuasa. alhamdulillah, syukur aku pada Allah, masih ada kesempatan dan dikurnikan kesihatan untuk menunaikan ibadah puasa tahun ni. kalau cuti pun paham2 la sebabnye kan.

pagi tadi menu sahur ayam goreng kunyit dgn serunding daging. di meriahkan lagi dengan Maziz yg terjaga masa aku nak bangun masak. riuh rumah dengan suara die pukul 5 pagi tadi. nasib baik Amir x join sama. kalau tidak, mau berperang aku pagi2 subuh tu.

time2 bulan puasa ni, mula la jalan jem, terutama sekali mase nak pergi Pasar Ramadhan (PARAM). mau hilang sabar nak cari parking. lagi sekali hilang sabar bila bersesak dgn kaum bukan muslim sekali membeli belah kat PARAM. haish, menyebok jer. jadi, banyak2kan lah sabar eh.

menanti saat bebas mardeka....

title bukan main gempak lagi, padahal bukan apa pun, aku cuma tunggu saat pukul 5.30, mata aku ni, dah tak tertahan2 mengantuknye, perut aku ni, dah tak tertahan2 laparnya. mulut ni dah terasa2 nak makan kat secret recipe. haish, mcm mana la nak diet, asyik pikir makan jer. sejam lagi nak ke pukul 5.30. tapi sejam ni kurasa lama betul. cepat la jam berputar, aku nak balik tidur.....

Tuesday, August 3, 2010

isteri & ibu!

Isteri, pada nama mmg indah, tapi pengalaman menjadi isteri ade kala tidak la seindah namanya, bukan la aku tidak bahagia menjadi seorg isteri, tetapi ada kalanye tanggungjawab seorg isteri buat aku seolah2 serba salah dan ade masanye give up. Bukan apa, ade masa aku cuba jalankan tanggungjawab isteri, tapi ade masa seperti tidak dipandang. Atau aku je yg perasan seperti tidak dipandang. Ntah la, contohnye bila aku tak masak, ditanya kenapa tak masak, tapi bila masak tak makan dkt rumah pulak. Haish, penat tau masak. Masak ni bukan penat dr process memasak je, tapi dari nak pikir pasal menu, memikirkan bahan sampai la kena basuh semua periuk/lepas masak. Hummm.. Bukan apa sangat, cuma ade masa aku rase penat dgn semua tanggungjawab ni. Dear hubby, I need MAID.

Mama, panggilan terindah untuk diri aku dlm dunia ni. Title ni pun memberi seribu cabaran. Title mama, mmg indah tapi harus memikul tanggungjawab yg berat. Ade masa aku jadi kurang sabar bila dicabar dgn karenah anak2. Jadi tarzan mmg dah selalu. Mmg niat dihati tak nak marah anak2 tapi bila kesabaran dicabar ade masa terlepas jugak kemarahan. Bila dah marah, kesian pulak tgk muka anak2 kena marah. Haish... Mmg macam ni ke jadi ibu? Mcm mana la wanita2 yg punya anak lebih dari dua dan rapat2? Mesti kena banyak bersabar kan?

P/s: Ya Allah, berikan la aku kesabaran menempuhi segala dugaan dlm melaksanakan tanggungjawab aku.

Friday, July 30, 2010

entry merapu

Mata dah mengantuk, tapi masih belum dpt tidur. Baru je habis menghadap rancangan tv yg ntah apa2. Amir dah lama tidur, seawal 9 malam. Maziz agak lewat, mcm tau2 esok cuti. Mama diajak main sampai pukul 11 tadi. skrg ni aku tercongok sorang2, mengupdate blog dgn bb buat kali pertama. Sakit gak mata menghadap benda halus2 ni. Bertambah la power rabun jauh aku.

Tgh aku godeh2 bb, tiba2 maziz bangun. Buat suspen je.

Maziz: mama, mama
Me: (pura2 tidur)
Maziz: tidur semula -- haha, taktik berjaya

Entry ni mcm takde motif, cuma melayan mata yg x bkeh tidur. Ok la, nak cuba kire bulu kambing, kot2 bleh tidur. Adios...

Thursday, July 15, 2010

Sometimes Love Just Ain't Enough - Patty Smyth

I don't want to lose you
but I don't want to use you
just to have somebody by my side.
I don't want to hate you,
I don't want to take you
but I don't want to be the one to cry.

And that don't really matter to anyone anymore.
But like a fool I keep losing my place
and I keep seeing you walk through that door.

(Chorus)

But there's a danger in loving somebody too much,
and it's sad when you know it's your heart you can't trust.
There's a reason why people don't stay where they are.
Baby, sometimes, love just aint enough.

Now, I could never change you
I don't want to blame you.
Baby, you don't have to take the fall.
Yes, I may have hurt you, but I did not desert you.
Maybe I just want to have it all.

It makes a sound like thunder
it makes me feel like rain.
And like a fool who will never see the truth,
I keep thinking something's gonna change.

(Chorus)

And there's no way home
when it's late at night and you're all alone.
Are there things that you wanted to say?
And do you feel me beside you in your bed,
there beside you, where I used to lay?

And there's a danger in loving somebody too much,
and it's sad when you know it's your heart they can't touch.
There's a reason why people don't stay who they are.
Baby, sometimes, love just ain't enough.

Baby, sometimes, love... it just ain't enough.
Oh, Oh, Oh, No

Sunday, June 27, 2010

World Cup 2010

wawawawa..... WC datang lagi, apa la aku ni, dah lebih dua minggu WC berlansung, baru hari ni nak update pasal benda alah ni, nampak sangat aku mmg tak minta lansung dgn WC atau apa2 pun kejohanan bola sepak. semuanya sebab malam sabtu lepas, masa aku tgh leka nak tidurkan maziz tetiba jer dengar orang kat apartment aku jerit.... "YES", giler kuat sampai aku bleh terkejut... ini la bahana demam WC.........

walaupun aku tak minat dengan apa2 pun acara bola sepak, tapi maziz menunjukkan minat pada bola sepak, pantang nampak bola, sama ade kat tv atau surat khabar atau yang real punya, dia confirm akan sebut "aball", dah banyak kali mr "e" ajar die sebut betul2 perkataan "ball", tapi yang keluar tetap "aball". berbeza dengan amir, maziz lebih pandai sepak bola. amir plak kalau sepak bola slow jer bola tu pergi. mmg takde talent nak main bola la tuh. tapi kalau bab berperang dengan ultraman dan raksasa, die la juara. sampai mr "e" pun bleh kalah.

bab WC ni aku tak leh cerita panjang, sebab satu pun pemain bola aku tak kenal, satu pun pasukan bola aku tak berminat nak sokong. tapi apa2 pun, aku doakan pasukan yang kawan2 aku sokong, menang WC tahun ni, walaupun ade pasukan yang dah tersingkir. jangan plak korang kecewa sampai nak terjun bangunan ok...

p/s: another assignment on wednesday....

Friday, June 25, 2010

piss off..... (WTF)

hari ni aku mmg piss off ngan orang2 keliling aku, ape korang ingat aku ni budak kecik ke, korang nak buat aku cam budak kecik yang masih tak paham apa2, aku dah cukup besar la untuk paham, tak payah nak selindung2 atau nak sembunyi2 apa2 dari aku, semua tu cuma buat korang lebih kekok and aku lebih menyampah dengan korang.....

kalau tak ada, cakap tak ada, aku tak kisah, bukan hal aku nak merajuk2 ngan korang, korang bukannye org istimewa sangat bagi aku sampaikan aku nak merajuk dengan korang. WTF and WTH.

Dear God, please take me out from this place. I hate all of them. Mudah2an assignment untuk esok dan rabu depan akan berjaya, so aku takkan berhadapan lagi dengan orang2 ini. *f..c*

Wednesday, June 23, 2010

minggu busy....

minggu busy....
minggu audit...
minggu study......
study??
yup, minggu study untuk assignment hari sabtu ni......
kawan2, doakan kejayaan ku.......

p/s: nervous la plak....

Tuesday, June 22, 2010

tetamu dr Horwath...

tetamu dr Horwatf, tetamu yang tidak diundang oleh aku, tetapi diundang oleh company aku tetiap tahun. tahun ni plak ramai staff yang resign time2 nak audit ni. huwaaa, :) banyak giler kerja aku. hari busy dah timbul, agak payah untuk aku curi masa nak update blog ni. tapi aku gigihkan jugak kali ni (itu pun sebab aku puasa hari ni, masa lunch aku gantikan dengan masa untuk surt internet). sebelum aku melalut, minggu lepas aku hadiahkan diri aku benda nih, hasil dari jualan tudung aku.....

mr bold 2, menggantikan mr "e" since die selalu busy.....

aku nak melalut sekejap, 2 minggu lepas, aku teramat la tension, semuanya sebab period aku lambat seminggu, dalam pikiran aku dah macam2 yang timbul, pregnant kah aku? maziz masih kecik, masa tak sesuai nak pregnant? baru tahun lepas kena ceaser, nanti kena ceaser lagi camner? sampaikan aku meraban memikirkan macam mana la hidup aku nanti nak handle 3 org anak (padahal mak aku bleh je handle 5 org anak). tapi nasib baik la di pagi ahad yang hening (chewah), aku period. alhamdulillah. bukan la aku tak nak anak lagi, tapi masa belum sesuai. sekarang ni masa untuk aku tumpukan pada career aku. tgh memanjat tangga koperat.

oh, nak cerita pasal rumah baru, rumah kiteorg dah lama dah siap, tapi kunci masih belum dapat (but, since contract stated HO kunci bulan Oct'10, tak bleh la aku nak pegi mengamuk kan). last week call pemaju, depa kata estimate bulan July atau Aug ni, haish, tak dapat la beraya kat rumah baru. so, no mood for this raya, plus "abah" no longer with us. humm... cerita pasal arwah abah, last week first time celebrate Father's day without abah, but there's always al-fatihah to you, abah....

mr "e" dah semakin sibuk sekarang ni, weekend pun jarang habiskan masa kat rumah melayan anak2. macam dah jadi "perintah berkurung" plak sejak akhir2 ni. nak jalan2 pun kena tgk jadual dia, mengalahkan PM. rasenya dah lama aku tak bawak anak2 jalan2 ke shopping mall, so, misi weekend ni adalah bawak depa jalan2. mr "e", please take note, ok....

p/s: aku mula menggantikan puasa hari ni, wish me luck...

Friday, May 14, 2010

tenggelam timbul...

dah lama aku tak update blog nih, agak sibuk dan agak kurang mood untuk update. banyak aktivity yang aku tak update, antaranya:-

* mother's day - 2nd saturday of May
* my birthday - 14th May
* amir's 4 th birthday and our 5th anniversary - 3rd June
* my increment - starting June'10

hari ni masih lagi hari busy aku, masih lagi bersusah payah close account dan make sure all entry are post to the correct account. mase aku type entry ni aku masih lagi belum siapkan management report. haish... i need some fresh air. i need holiday. tapi, since ramai finance staff resign, terpaksa la aku kuburkan niat yang ada sebab kena take over sekejap sementara replacement masuk. some more auditor akan datang next week, makin x bernafas la aku.

oh, nak cerita sikit pasal increment aku, topik yang agak menarik waktu ni. ingat tak entry aku yang ini. sebenarnya asal kejadian increment kali ni adalah sebab aku dpt kerja lain, dan aku tender resign. boss plak baik hati tanya sebab apa aku resign, dan setelah memberikan hujah2 berkaitan, counter offer diberikan. alhamdulillah it's tally up with what i want. so, i should stay for couple years here before test the market one more time. ikutkan, aku tidak la berapa hendak masuk company baru tuh, selain agak jauh dari rumah, aku agak belum bersedia untuk diberikan tugas yang agak berat. takut tidak tertanggung since aku ada tanggungjawab lain. so, stay here is better than travelling and mengadaptkan diri di tempat baru.

oh, little update about my lil maziz, semakin kuat berjalan (dia mmg suka berjalan, dalam rumah pun dia boleh jalan2 pusing dari bilik ke bilik), semakin kuat makan (akan makan apa saja yg disuap), sudah pandai bercakap (just imagine what i feel bila dia cakap, nak lagi or nak satu [asking for food]). and here a lil update about amir, skrg amir sudah kurang pakai pampers waktu malam (unless dia tidur awal), sudah agak catch up dgn logico primo (child enrichment program). humm... both of my sons dah besar. but, still not the right time to preggy for baby girl (hope for baby girl for my next pregnancy).

p/s: my mr "e" semakin kerap tiada disisi... :(

Thursday, April 29, 2010

yang terindah....

yang terindah, OST Adamaya yg merupakan jugak OST I'm not single. aku minat nak tgk cerita adamaya nih, tapi selalu miss sebab aku sampai rumah pun dah pukul 7, bila amik anak2, confirm x dpt tgk dah, channel kartun jadi pilihan depa. kat office ada jugak niat nak tgk dkt tv3.com.my, tapi nanti dikata curi tulang plak. huhu, miss jer la aku nak tgk cerita nih. tapi sebenarnye hari ni aku nak cerita pasal OST cerita nih, yang terindah. lagu ni sangat2 la menyentuh perasaan aku. tetiba teringat betapa bertuahnye aku bersuamikan pent. walaupun bukan setiap saat merasai kebahagiaan berumahtangga, aku amat berterima kasih sebab rumah tangga kami masih kekal sampai kehari ini. lagu ni aku tujukan untuk mr pent. terutama sekali rangkap yg aku highlight kaler merah tuh.

Ost Adamaya – Yang Terindah – Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

P/s: mode romantik... mode malam jumaat... :)

Monday, April 26, 2010

celebrating good news dgn hingus meleleh....

sabtu lepas kami ke PD, ade family gathering sebelah pent. dan hasilnye aku anak beranak bawak balik penyakit. skrg ni satu family sakit tekak, batuk n selsema. aku dah rase sakit tekak since hari sabtu, tapi sebab cuaca panas dekat PD, aku minum jugak air batu. so hasilnye, skrg batuk dan selsema.

semalam kami ke KPMC, ambik ubat untuk amir dan maziz. doktor suggest maziz ambik nebuliser. so, paham2 la bila budak kena ambik nebuliser, raungan die satu KPMC bleh dengar. kesian pun ade, tapi demi untuk kesihatan die, aku gagahkan jugak hati aku dengar die menangis. tapi amazingly, lepas ambik nebuliser, kahak die kurang. so, harap2 amir dan maziz cepat2 la sembuh dr batuk n selsema. aku pun!! :D....

p/s: oh, aku ade good news, tapi apa2 pun kena tunggu surat confirmation baru aku bleh announce. harap2 cita2 kecil aku ni jadi kenyataan.

Sunday, April 18, 2010

hectic sunday...

yesterday was the most hectic day, kami keluar rumah pukul 10.30, singgah kat Tesco Puchong and had our breakfast at KFC. semuanye sebab nak layan kehendak amir yg nak makan kfc, terpaksa la en pent makan western breakfast. dan secara automatiknye hancur la diet aku. (skrg aku kembali mengunjungi mayfair untuk selesaikan treatment aku yg tertunggak selama setahun, badan dah kembali tembam ok). selesai breakfast, kami terus ke Jln TAR, kalau ke Jln TAR, tujuan lain takde, kecuali angkut stock tudung untuk business aku.

habis memborong, jam baru pukul 1.00 tgh hari, masa masih panjang, aku tgk pent drive menghala ke damansara, apalagi, timbul idea dlm kepala otak ajak die ke e-curve, tapi sayang sekali cadangan die tolak, akhirnye selepas drop surat kat TTDI (rupa2nye pent nak drop surat kat kawan die, megat), pent bawak jugak aku ke IKEA, ok la tuh, asal dpt jalan2 spend masa dgn anak2. walaupun agak tak larat melayan kerenah dua beradik yang tersangat aktif itu. pusing2 dlm IKEA sampai pukul 3, terus ambik late lunch kat IKEA. pent makan chicken chop, aku plak saje amik kids meal spaghetti n chicken wings.

habis makan, kami turun, untuk check out, sempat jugak la aku tunjuk mana2 barang yang aku berkenan untuk rumah baru kami nanti, termasuk la partition yg mmg aku cari2 untuk tutup kawasan washing machine aku yg sememangnye kena letak sebelah kitchen cabinet (rumah kami townhouse jer, so, ruang amat limited). pent plak sempat jugak silau2 meja makan yang die idam2kan, cuma aku rase agak mahal sebab meja je dah RM700++, tu belum campur kerusi. (yg ini kena tgk ade budget lebih atau tidak).

dah penat jalan kat IKEA, pent ajak aku ke kampung baru, hantar stock tudung untuk budak2 UniKL, jenuh tawaf kl semalam. duduk kat sana x lama, just bahagi2kan stock tudung kat yatt (thanks yatt sebab tlg jadi reseller). {iklan kejap, sesiapa yg berminat untuk jadi reseller, sila hubungi aku} habis urusan kat kampung baru, kami terus balik. on the way balik, amir dah terlelap dlm kereta. sebab takut amir terjaga dr tidur, aku suruh pent tido awal, aku paksa maziz tido awal (nasib baik maziz pun menurut kata), dan semalam dalam sejarah, kami sekeluarga tidur seawal pukul 10 mlm.

p/s: guess what time amir bangun dr tidur? amir bangun seawal jam 5 pagi, watch his dvd alone.

Monday, April 12, 2010

sangatlah penat...

ntah kenapa sejak hari khamis lepas, aku rase badan aku tersangatlah penat. aku lebih rela tidur dari tengok rancangan2 kegemaran aku kat tv, atau lipat baju yg dah membukit, atau kemas rumah yg dah berselerak. semalam pukul 9.30 aku dah angkut maziz masuk bilik dan alhamdulillah maziz pun tidur awal tanpa banyak ragam. so, aku pun ambil kesempatan tidur awal. rasenye dah lama aku bairkan amir tidur ngan pent. kesian plak bila dipikir2kan balik. tapi aku sangat lah tak larat, amir suka tidur lewat. bukan lewat sikit2 tau, ade kalanye pukul 2 pagi baru die tidur. aku pun tak tau la betapa tinggi nye energy level yg amir ada sampai die boleh tahan sampai pukul 2 pagi.

terasa sangat sejak maziz lahir, aku banyak abaikan amir. aku banyak lepaskan tanggungjawab melayan amir kepada pent. tapi ntah la, kenapa macam tu ek? aku pun tak reti nak explain. yang pasti aku dengan amir macam takde chemistry. boleh ke aku cakap macam tu? bukan takde niat dalam hati aku nak rapatkan diri dgn amir, cuma bila aku usaha aku rase aku tak setanding dgn pent yg sememangnye dah rapat dgn amir. eh, tapi jgn salah anggap, bukannye aku lansung x layan amir, cuma kurang berbanding pent.

humm... tinggalkan sekejap pasal hubungan aku dgn amir, nak cerita pasal kerenah amir ngan maziz. sebenarnye aku agak penat menjadi mama kepada 2 org anak yg tersangat la aktif. rumah dah mmg la aku biar tak berkemas, aku cuma akan kemas seminggu sekali, itu pun sekejap je rumah aku nampak kemas. lepas tu, 2 org budak itu akan sepahkan balik barang2 mainan depa. itu yg buat aku tersangat tidak larat melayan kerenah amir dgn maziz. apa perlu aku buat eh? terfikir jugak, patut ke aku ambik supplement untuk tingkatkan energy aku setanding dgn anak2 aku? mungkin aku patut consider choice ni....

lagi satu bab, kalau bawak depa berjalan pun aku tak larat. macam2 perangai timbul, adakah sebab depa jarang dpt keluar so depa buat perangai? atau aku yg tak pandai handle depa? apa yg perlu aku buat untuk kawan keaktifan depa mase keluar jalan2? macam mana aku nak attract depa untuk tidak buat hal dalam kereta? ish, banyak benda perlu aku belajar nih. so, apa lagi, jom google n bing?

p/s: tersangat la nervous... esok jawapan kepada persoalannye...jeng3x....

Thursday, April 8, 2010

it's hurt....

it's hurt, ye, aku sekarang dalam keadaan yg agak tak stabil. beremosi & sedih. tak dapat nak digambarkan perasaan sebenar dlm hati aku nih. tak de siapa yg aku rasa sesuai untuk dengar keluhan hati aku nih. tidak juga pada yg tersayang. pernah tak korang rase perasaan mcm ni? ada masalah, perlu teman tapi tak de sorang pun korang rasa sesuai untuk dengar keluhan hati korang. sangat sakit hati bila berada dlm keadaan mcm ni. ada masalah, perlukan teman, tapi takde calon yang sesuai. (ape aku merepek ni? mcm dah berulang2 pulak ayat aku ni)

mungkin aku patut mengadu pada-NYA. mungkin hanya DIA yang akan setia mendengar dan menyelesaikan apa yg tersimpul dlm hati aku nih. aku surau dulu, jumpa di lain entry....

Sunday, April 4, 2010

sepetang di taman...

semalam ptg, bila aku bangun dari tidurkan maziz (tidurkan maziz dgn aku2 pun tidur), aku tgk amir masih lagi x tidur (tidur ptg). yang tidur pak pent, mana tak nye asyik balik lewat malam/awal pagi jer. rase nak je aku pi bakar studio jemming tu, biar melekat sikit kat rumah. huhu, adil ker? dah le, tak nak merapu. sebab hari pun dah lewat petang, tak la lewat sangat tapi dah pukul 5.30 ptg, dan disebabkan aku takut amir tidur petang dan berjaga tgh malam, aku terus kejut pak pent, ajak pi padang MPSJ, Taman Wawasan, Puchong.

lepas siap2 dan pekena semangkuk soto yg aku masak sendiri, kami pun keluar ke padang MPSJ. saje nak bagi amir n maziz penat n tidur awal. haaa, asyik misi bagi anak2 tidur awal je nih, ada muslihat ke disebalik nye? adakah maziz bakal dapat adik tahun depan? oh tidak! sebenarnye, aku tak larat nak layan kerenah depa kalau pak pent tak de kat rumah sebab jaga studio jemming die. so, bila amir penat die akan tidur awal. maziz plak, mcm tak de istilah penat, die akan berjaga, menjelajah keliling rumah selagi lampu n tv tak tutup. almaklum la org tgh mabuk dapat kaki.

seronok jalan2 pusing2 taman...

maziz lagi, mana amir?

haaa, tu amir, tgh main pasir....

haus nye.....

p/s: i like FT performance last night....

friday nite at uptown, damansara....

jumaat lepas aku saje ajak pak pent ke uptown, damansara. dah lama rasenye tak kesana. last mase zaman aku masih pegang title tunang kepada pak pent, uish lama dah tu. 5 tahun lepas. sebenarnye aku saje nak terjah satu kedai ni, stizzer. prektikal trainee tmpt kerja aku buat part time kat sini.

stizzer, uptown damansara....

menu....

menu kami....

hiaarrgghhh, ultraman max....

can you believe, this photo was taken by amir...

saya dah pandai jalan...

anak2 yg jakun sebab jarang dpt keluar main2 waktu malam....

walaupun malam tu aku ngan pak pent agak penat melayan kerenah amir n maziz, tapi misi tercapai bila malam nye amir n maziz tido pengsan sebab penat berlari keliling uptown. hehe....

Friday, April 2, 2010

sebagai peringatan

** got this from fb, credit to Nora Annuar**

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.

Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

p/s: aku rindukan arwah abah....

Wednesday, March 31, 2010

Amir & Diarrhoea

semalam amir kena diarrhoea ataupun dipanggil cirit-birit dalam bahasa melayu kite. die kena since pagi tapi babysitter cuma inform Pak Pent pukul 4 ptg. lepas dpt msg dari Pak Pent, aku terus call babysitter. rupa2nye, dari pagi si amir mengulang ke toilet sampai tak larat babysitter tu basuh "b....t" si amir. najis pun keluar air jer. aku kat office dah tak senang duduk. mula berfikir, apa la penyebab si amir kena cirit-birit. macam entry aku sebelum ni, amir mana makan, cuma melantak susu je tiap2 hari. last2 aku teringat, mesti pasal air yogurt "Calciyum". huhu, kesian anak aku. menyesal lak aku belikan air yogurt semalam.

sampai je rumah babysitter, aku tgk amir tgh tido. and the sad thing is, die tido pun boleh buang air besar. dlm pampers ade his liquid stool. so, Pak Pent terpaksa kejutkan die untuk basuh "b....t" die. lepas cuci, kami terus balik rumah. dekat rumah aku tgk amir masih aktif, dlm hati terdetik, "betul ke cirit-birit?". humm... budak2 kan, walaupun sakit, masih jugak aktif. melainkan betul2 lemah, baru la die baring all the time. but, luckily, his last shot was on 8.00 p.m. membuatkan aku lebih yakin, it's all because of Calciyum yogurt drinks.

p/s: Diarrhoea is the passage of 3 or more loose or liquid stools per day, or more frequently than is normal for the individual. It is usually a symptom of gastrointestinal infection, which can be caused by a variety of bacterial, viral and parasitic organisms. Infection is spread through contaminated food or drinking-water, or from person to person as a result of poor hygiene.
Severe diarrhoea leads to fluid loss, and may be life-threatening, particularly in young children and people who are malnourished or have impaired immunity.

Tuesday, March 30, 2010

Amir....

Takut plak ade hati yg terguris bila aku cuma post ttg Maziz, so, a little bit about Amir:-

1) Suka tgk Ultraman, tak kisah la dekat Youtube ke, kat Astro Ceria ke, atau pun DVD
2) Ini mungkin tak semua org tau, Amir tak makan nasi atau apa2 pun setiap hari unless bawak die keluar makan fast food. Dia akan minum berbotol2 susu satu hari, kadang2 berbelas botol satu hari. Sebulan mesti beli dlm 9 kg susu untuk die.
3) Suka berbogel (let him read this bila dah besar nanti), since kami x pakaikan die pampers, die mmg suka berbogel. Mcm mana lagi aku nak buat untuk tangani benda ni, aku pun tak tau. Tapi die berbogel kat rumah jer la, bukan kat public.

It's all about Maziz...

Maziz:-

1. He likes to play "cak ba" and his favorite words would be "cak"
2. Dah pandai jalan dan sekarang mmg tgh mabuk nak berjalan, selagi x tutup lampu die takkan tidur.
3. Dah pandai cakap sikit2, and I can understand his few words and sometimes make me feel that, my baby boo dah besar.
4. Pandai merajuk & mengamuk terutama sekali bila kena tinggal dgn abah die. and the hard part, susah nak pujuk ok.
5. Suka tarik rambut amir, aku pun x sure kenapa. Maybe sebab die jealous.

Maytower KL, 27 - 28 March 2010

Celebrating Earth Hour 2010 at Maytower KL, Tak tau pa nak tulis, so kali ni jamu mata jer.....

We stay at level 30...

Ultraman masam muka, get ready nak pegi pool....

Maziz pun nak mandi pool....

Mr & Mrs Pent (abaikan muka serabai tu)....

p/s: but we escape to Le Chateau de Puah for dinner sebab tak nak bergelap dalam bilik with our sons....