Friday, January 29, 2010

jadi model sudah!!

jadi model sudah....

tetiba jer gambar kami jadi model iklan valentine, haha, bukan kami yg nak kejar glamer, tapi ini semua kerja hafiz, photographer from WOW studio. anyway, kerja hafiz mmg bagus, aku sangat2 rekemen die kalau2 korang nak abadikan gambar korang.

p/s: hari esok nak balik kg, abah aku tak sihat... doa2kan la agar die kembali sihat....

Thursday, January 28, 2010

cerita gigi maziz

semalam petang mase aku ambik amir dgn maziz dari rumah babysitter, sempat jugak la aku layan cerita babysitter pasal anak2 aku (amalan aku tetiap hari, jadi polis tanya macam2 pasal anak aku). mcm biasa, amir dengan rayyan akan bergaduh (cerita yg sama tetiap hari). tapi hari ni ada tambahan cerita baru pasal maziz. sambil bercerita aku selak sikit bibir maziz, tetiba aku ternampak gigi ke-5 maziz. owh, dah tumbuh gigi lagi, patut la mamat tu asyik gigit die punya puting. nasib baik la aku x breastfeed lagikan, kalau tidak, tak dapat ku bayangkan apa akan terjadi.

cerita pasal tumbuh gigi, semlm maziz gigit belakang badan amir. terkejut jugak babysitter aku bila tiba2 jer amir berhenti main dan terjerit2 sakit. bila ditanya die kata "maziz gigit", dan bila ditengok tempat kena gigit, mmg betul ada bekas gigi maziz kat belakang badan amir. uish, kuat sungguh maziz menggigit. sampai lekat bekas gigi. tapi kan, walau macam mana pun amir ni kena gusti dengan maziz, die tetap takkan pukul adik die. paling kuat die akan nangis atau jerit suruh aku atau abah die ambik balik mainan atau apa saja yg maziz rampas dari die. tapi si maziz ni memang saje jer suka sakat abang die. benda paling die gemar ialah kacau amir minum susu dan ambik bantal busuk amir. pembuli rupanya maziz nih.

*********************************************

hari ni rezeki agak murah, officemate belanja makan, makan plak kat jaring, sunway. kalau aku tau la orang nak belanja makan, aku ambik ikan bakar, sup tulang, kerabu2 yang ada. macam la muat masuk dalam perut aku kan. tapi alhamdulillah la hari ni since org belanja kan. (shah, len kali kak rien belanja makan eh, bila agaknye tuh??)

p/s: hari ni ade berita gembira, tapi selagi belum confirm dengan document aku tak bleh nak share.... tungguuu.....

Monday, January 25, 2010

typical GS

sebelum aapa2 aku nak minta maaf kepada org yg berkaitan. hari ni aku terima satu panggilan telephone dr no yg aku tak kenali. antara perbualannye:-

En Z: hello
Aku: hello, nak cakay dgn siapa? (setelah melihat no yg x dikenali dan mendengar suara lelaki, aku saja buat suara ketat)
En Z: saya ni dari Per_ _ _ _ _ an, tetnatng aduan cik minggu lepas
Aku: ye, saye. ada apa2 yg boleh saya bantu
En Z: saya sekarang ade di kawasan Puchong, ingat nak jumpa dengan puan di rumah
Aku: oh, saya tgh kerja sekarang ni, tak de sape2 kat rumah, saya balik dalam pukul 6 ptg
En Z: oh, saya habis kerja pukul 5 ptg

lain2 perbualan 'tak penting' dah, yg penting adalah ayat die 'saya habis kerja pukul 5 ptg. ini lah typical GS yg aku katakan. ntah kenapa aku rase cam nak jer aku sekehkan kepala die, so, ko nak aku ambik cuti tunggu ko kat rumah ke apa? tetiba je emo kan. tapi aku emo ni sebab depa dah janji nak datang rumah aku minggu lepas, tapi x muncul2. senyap gitu jer, hari ni baru timbul balik. aku pun cam dah pasrah jer ttg aduan aku tuh. lantak la nak ambik tindakan atau tidak.

p/s: aku benci org2 yg typical GS nih....

Wednesday, January 20, 2010

Happy Birthday Mr Pent

dah lama rasenye aku tak update blog ni, banyak sebenarnye yg aku nak ceritakan, tapi tuntutan kerja buat aku terlupa nak update.

16/01/2010

cupcake untuk en pent

seperti biasa, pada tarikh ini, setiap tahun, adalah birthday en pent. tapi tahun ni, tak de la aku belanja die kat Secret Recipe mcm tahun lepas. tahun ni aku dengan semangat berkobar2 nak masak sendiri untuk mengisi perut husband dan anak2 aku. tahun lepas tu aku malas nak masak sebab tgh bawak maziz dlm perut. menu kali ni nasi beryani. dup dap dup dap jantung aku mase masak nasi beryani ni, mana taknye, ini la kali pertama aku masak nasi beryani. takut jugak aku kalau x menjadi, mana nak dicampakkan nasi tu nanti. tapi alhamdulillah, semuanye berjalan dengan lancar, sila lihat hasilnye.....

hasil percubaan pertama aku....

niat aku untuk duduk rumah sepanjang hari sabtu tu tak kesampaian. chewahh, padahal masa en pent bukak mulut ajak ke sunway pyramid bawak anak2 jalan2, aku tak pikir panjang, terus je setuju. dengan pantasnye, aku siapkan anak2 aku. kul 4 ptg kami keluar rumah, ke shah alam dulu hantar air cond yg en pent beli untuk project studio die. habis urusan en pent baru la kami ke sunway pyramid.

lepas round2 sekejap dan bagi peluang amir kikis duit en pent, aku terus ajak en pent ke Chicken Hartz. dah lama rasenye aku tak melantak kat situ. tak sempat nak snap gambar sebab aku rase mcm lapar sangat bila tgk ayam dan salad kat situ. tapi end up, aku cuma makan seketul ayam, spagethi, dan 2 pinggan salad. mmg rugi kalau bawak aku ni pegi makan buffet. sikit je yg aku dpt sumbat dlm perut walaupun selera aku besar.

17/01/2010
hari ni kami ada appointment dengan Hafiz kat WOW studio. nak menghabiskan sessi photography yg tak masih tak habis sejak Oct'09. alhamdulillah, investment aku berbaloi. gambar2 yg disnap mmg cantik.

at WOW studio

kat Pullman Putrajaya, Oct'09

aku paling suka gambar nih...

18/10/2010

kesian amir kena gigit dgn kera...

tak dapat aku luahkan perasaan aku bila babysitter anak2 aku bgtau amir kena gigit dengan kera. dah la tuh, pemilik kera tu lansung tak minta maaf. tak pasal2 mlm tu en pent kena angkut amir ke KPMC untuk cuci luka dan ambik antibiotik. (en pemilik kera, ko tunggu la perhilitan datang rumah ko nanti).

19/01/2010
hari ni aku MC sebab cabot gigi.

Wednesday, January 6, 2010

child enrichment

ingat tak post aku pasal grolier dulu. so ini la hasilnye.....

Disney Magic English

course contents...

logico primo for untuk anak2,
buku Raise Your Child Self-Esteem untuk parents

free gift, flip the flaps...

p/s: en amir tidur lewat malam tadi, excited dengan benda baru. lepas ni no more beli2 mainan...


Welcome 2010

aku rase macam dah agak terlambat untuk entry ni. mula2 aku pikir aku mcm takde kepentingan untuk entry ni, tapi bila pikir2 balik, aku nak tulis jugak sesuatu diawal tahun 2010 nih. kenangan 2009 terlalu banyak untuk dilistkan kat sini. biarlah ia terpahat dalam ingatan aku jer. tapi aku nak tulis sikit wish list aku untuk 2010 ni.

~2010 Wish List~
+ earn more, save more :)
+ waiting for the key of new house
+ list of renovation need to be detail
+ family vacation, (pak pent pls take this seriously)
+ company bonus :)
+ pray for our family happiness :)
+ buy another car?

p/s: harap2 wish list aku ni akan terlaksana since semuanye nampak ralistic bagi aku.....

Tuesday, January 5, 2010

dugaan

dugaan bermaksud cubaan atau ujian hidup. dalam dua tiga hari kebelakangan ni aku dengar mcm2 cerita dari kawan2 aku pasal dugaan dlm hidup depa. tak ketinggalan jugak aku, aku punya dugaan hidup aku sendiri. tapi aku lebih rela simpan dlm diri aku semuanye. mungkin belum masa yang sesuai untuk aku ceritakan dugaan hidup aku pada org lain.

dah selalu kite dengar, hidup kat dunia ni memang penuh dengan dugaan. hidup ni ibarat roda, ada masa kite di duga, kite akan berada di bawah. tapi ada masa juga kite gembira, tuhan bagi rewards kite ada di atas. bila dah ada kat atas, kena la pandai2 ingat orang yang ada kat bawah. sebab kite bukan ada kat atas selama2nye. (isk, merepek lak aku nih)

****************************************

aku dpt hadiah ni mase dept exchange gift semlm....

p/s: aku rase aku ada kawan yg dah psycho. asyik ingat gf lama, buhsan....