Sunday, February 28, 2010

3D2N free sauna at Penang

weekend lepas kami sekeluarga balik penang. hari khamis malam lepas balik kerja, siap2 kemas barang, kami terus bertolak balik penang. since hari jumaat cuti Maulud Nabi, lama la sikit dapat spend masa kat rumah MIL aku. tapi dengan cuaca yg panas kering kontang mcm skrg ni, aku bagaikan dapat sauna free sepanjang masa aku kat sana. 24 hours aku berpeluh. kesian jugak aku tgk maziz, mlm kami sampai tu die pun start demam. hari sabtu baru die ok sikit.

jumaat siang tak pergi mana2 pun, maziz pun merengek jer, dah la cuaca panas, demam plak tu. amir pulak 24 hours tak pakai baju, ada kalanye die pakai pampers jer, ada kalanye die bogel je terus. ntah berapa kali die mandi dalam sehari, aku pun dah tak terkira. kalau die tak mandi kat dalam bilik air, die mandi kat porch depan. asal dapat sejukkan badan. malamnye, pak pent ajak kami round kat padang kota baru, jalan2 ambik angin. tapi tak lama pun, aku x larat tgk amir lari sana sini, takut die ke jalan raya, kena lenggek plak ngan kereta.

sabtu aku mmg dah plan nak ke rumah seha, kat perai. so, sabtu tgh hari, lepas pak pent pegi kenduri kat rumah kasma, kami ke alma dulu. rumah kawan pak pent, die buat makan2, tapi sebab kami sampai awal, kami jer la yg makan2, kawan2 yg lain x nampak pun batang hidung lagi. lepas kenyang, kami pusing balik ke perai. mission adalah untuk bisness tudung aku. alhamdulillah senang jer nak cari rumah seha, walaupun tersalah jalan pada mulanye. dan alhamdulillah jugak sebab seha sediakan meehoon goreng yg kami x larat nak makan dah, dan beli tudung aku 3 helai. thanks seha....

ahad plak dari pagi aku dah siap2 basuh baju untuk dibawak balik ke puchong. malas nak basuh baju kat rumah sendiri sebab kena sidai dalam bilik. yelah, duduk kat flat jer, camner nak sidai kat bawah panas terik matahari kan. (tak sabar plak nak tunggu hand over kunci rumah).

p/s: ade masanye bukan semua apa yg kite inginkan mendapat persetujuan orang... adakalanye terlalu jauh untuk dicapai akal fikiran... :(

Tuesday, February 23, 2010

allahyarham sudirman dalam kenangan

hampir aku terlupa pasal cerita nih, teringat sebab baca online paper kejap tadi. saper yang tak kenal allahyarham sudirman kan. beliau seorang penyanyi, peguam, pelakon, penulis.... bukan koman2 orang. lagu2 popular allahyarham seperti "merisik khabar", "milik siapakah gadis ini" dan "salam terakhir" masih lagi kedengaran dicorong2 radio. paling aku gemar lagu nih, lagu nih jugak la buat aku menitis air mata bila terkenangkan arwah abah.

semalam 22hb Feb, genap 18 tahun allahyarham sudirman meninggalkan kite, genap jugak la 2 minggu arwah abah tinggalkan aku dan keluarga. alfatihah untuk allahyarham abah & sudirman...

amarah

Amarah - CT & KD

*Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

**Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa

Fikirkanlah... dengarkanlah...
Suaraku

Chorus
Kau tak bisa hapuskan... amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu
Kamu mahu
Aku tahu
Kamu tahu

Dan ku takkan tunjukkanku...
Amarah...
Kerana aku tahu, segala yang berlaku
Tetap akan berlaku
Di mana kudratku
Dia yang menentu... dia yang menentu

Ulang *, ** dan chorus

#Yang... hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang... ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

Ulang *, ** dan chorus

p/s: aku suka lagu ni, walaupun aku x minat CT & KD...

Monday, February 22, 2010

Lion Dance

hari ni merupakan kali pertama aku dpt tgk lion dance ni secara live. selalunye nampak dari jauh, kali ni betul2 depan mata aku. aku takde pengetahuan pasal lion dance ni, so x leh la aku nak explain lebih2. korang tgk je la gambor2 yg sempat aku snap walaupun hati aku berdebar2 sebab lion tu aku rase mcm duk tenung aku jer.....

tgh tunggu cik lion bersiap, aku posing dulu ler....

gold lion...

white lion...

cuba korang teka apa lion2 ni tgh buat?

depa kopek limau ni la....

Sunday, February 21, 2010

studio jemming pak pent

nak tolong promote pak pent punya studio jemming,
semua dah siap untuk disewa,
sesiapa yg berminat bleh hubungi pak pent untuk maklumat lanjut,
harga promosi RM15/jam
gambar nanti len kali aku tepek.....

*****************************************************

thanks along sebab bagi kite perfume nih,
idaman aku sejak belikan hugo XY untuk pak pent mase besday die ari tuh......

p/s: stock tudung baru dah di update, jenguk2 la blog tudung aku...

Thursday, February 18, 2010

happy birthday maziz

sibuk sangat menguruskan peninggalan arwah dan kehidupan aku, hingga aku terlupa nak update pasal birthday maziz. birthday maziz kali ni tidak disambut meriah since arwah abah baru jer pergi meninggalkan kami. tapi sempat jugak lak aku belikan kek. tanpa majlis kami raikan harijadi maziz dengan acara potong kek. itu pun tanpa nyanyian atau tiupan lilin. tak elok kan, kami perlu menghormati pemergian arwah. so, entry kali ini pun tanpa gambar. tak sempat lagipun nak snap gambar since anak2 saudara aku excited gile nak makan kek.

p/s: bersyukur sebab dpt sambut birthday maziz tahun ni.

Tuesday, February 16, 2010

yang pergi takkan kembali

dah lama betul aku tak update blog ni, sejak arwah abah sakit, aku tak berkesempatan nak update. update yg lepas aku ada tulis nak balik kampung jenguk abah aku sakit, tapi doa untuk abah kembali sembuh ternyata tak termakbul. perjalanan hidup arwah abah terhenti pada jam 7.55 malam 8hb Feb 2010 setelah genap 10 hari abah terlantar di wad ICU, Hosp Pakar Putra Batu Pahat. tapi arwah sempat balik dan menghembuskan nafas terakhir di rumah sendiri depan isteri dan semua anak2 arwah.
pemergian arwah abah bagai mimpi. masih kedengaran gurau senda arwah. kami adik beradik gelarkan arwah penglipurlara. mana taknya, setiap kali kami sekeluarga berkumpul, ada saja cerita atau lagu ciptaan sendiri yg keluar dari mulut arwah. tapi walau macam mana pun, aku redha dengan pemergian arwah. pemergiannya dengan cara yang senang dan aku yakin arwah di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dirahmati Allah.

p/s: Al-fatihah....