Wednesday, March 31, 2010

Amir & Diarrhoea

semalam amir kena diarrhoea ataupun dipanggil cirit-birit dalam bahasa melayu kite. die kena since pagi tapi babysitter cuma inform Pak Pent pukul 4 ptg. lepas dpt msg dari Pak Pent, aku terus call babysitter. rupa2nye, dari pagi si amir mengulang ke toilet sampai tak larat babysitter tu basuh "b....t" si amir. najis pun keluar air jer. aku kat office dah tak senang duduk. mula berfikir, apa la penyebab si amir kena cirit-birit. macam entry aku sebelum ni, amir mana makan, cuma melantak susu je tiap2 hari. last2 aku teringat, mesti pasal air yogurt "Calciyum". huhu, kesian anak aku. menyesal lak aku belikan air yogurt semalam.

sampai je rumah babysitter, aku tgk amir tgh tido. and the sad thing is, die tido pun boleh buang air besar. dlm pampers ade his liquid stool. so, Pak Pent terpaksa kejutkan die untuk basuh "b....t" die. lepas cuci, kami terus balik rumah. dekat rumah aku tgk amir masih aktif, dlm hati terdetik, "betul ke cirit-birit?". humm... budak2 kan, walaupun sakit, masih jugak aktif. melainkan betul2 lemah, baru la die baring all the time. but, luckily, his last shot was on 8.00 p.m. membuatkan aku lebih yakin, it's all because of Calciyum yogurt drinks.

p/s: Diarrhoea is the passage of 3 or more loose or liquid stools per day, or more frequently than is normal for the individual. It is usually a symptom of gastrointestinal infection, which can be caused by a variety of bacterial, viral and parasitic organisms. Infection is spread through contaminated food or drinking-water, or from person to person as a result of poor hygiene.
Severe diarrhoea leads to fluid loss, and may be life-threatening, particularly in young children and people who are malnourished or have impaired immunity.

Tuesday, March 30, 2010

Amir....

Takut plak ade hati yg terguris bila aku cuma post ttg Maziz, so, a little bit about Amir:-

1) Suka tgk Ultraman, tak kisah la dekat Youtube ke, kat Astro Ceria ke, atau pun DVD
2) Ini mungkin tak semua org tau, Amir tak makan nasi atau apa2 pun setiap hari unless bawak die keluar makan fast food. Dia akan minum berbotol2 susu satu hari, kadang2 berbelas botol satu hari. Sebulan mesti beli dlm 9 kg susu untuk die.
3) Suka berbogel (let him read this bila dah besar nanti), since kami x pakaikan die pampers, die mmg suka berbogel. Mcm mana lagi aku nak buat untuk tangani benda ni, aku pun tak tau. Tapi die berbogel kat rumah jer la, bukan kat public.

It's all about Maziz...

Maziz:-

1. He likes to play "cak ba" and his favorite words would be "cak"
2. Dah pandai jalan dan sekarang mmg tgh mabuk nak berjalan, selagi x tutup lampu die takkan tidur.
3. Dah pandai cakap sikit2, and I can understand his few words and sometimes make me feel that, my baby boo dah besar.
4. Pandai merajuk & mengamuk terutama sekali bila kena tinggal dgn abah die. and the hard part, susah nak pujuk ok.
5. Suka tarik rambut amir, aku pun x sure kenapa. Maybe sebab die jealous.

Maytower KL, 27 - 28 March 2010

Celebrating Earth Hour 2010 at Maytower KL, Tak tau pa nak tulis, so kali ni jamu mata jer.....

We stay at level 30...

Ultraman masam muka, get ready nak pegi pool....

Maziz pun nak mandi pool....

Mr & Mrs Pent (abaikan muka serabai tu)....

p/s: but we escape to Le Chateau de Puah for dinner sebab tak nak bergelap dalam bilik with our sons....

Thursday, March 25, 2010

summary update

dah agak lama aku x update blog, agak malas sebab kerja aku tgh melambak (tapi tetiap hari tetap layan fb). bukan tak ade cerita yg nak dikongsikan, tapi kesibukkan melampau memaksa aku melupakan blog ni sekejap. some simple update:-

1) Baby baru
kawan aku (asalnye hubby die kawan pak pent, secara lansung wifenye jadi kawan aku), selamat melahirkan anak lelaki sulongnye hari ahad lepas. since aku mmg nak jalan2 hari ahad tu, sempat aku singgah belikan hadiah sebelum melawat die kat hosp ampang. alhamdulillah, baby sihat, maknye pun sihat. tapi aku nak cerita sikit pasal hosp ampang ni, dah nama hosp gomen kan, die x bagi anak2 aku naik ke wad, so amir n maziz pun lepak la kat lobi dengan pak pent sementara aku pi lawat farah. yelah yg beranak tu perempuan kan, harus la aku yg pegi lawat, takkan pak pent kot. yang aku agak tak puas hati dgn hosp ni, dah tak bagi kanak2 naik ke wad, depa sediakan la bilik untuk kanak2 ni lepak, ni tidak, kanak2 melepak di kaki lima lobi. maziz plak sibuk nak duduk kat lantai, bukan setakat duduk siap merangkak sana sini. dgn diri aku yg hygiene ni kan, aku mmg tak suka dgn situasi mcm tu.

2) KPLI
setelah dikecewakan sebab tak tersenarai dalam calon MTest KPLI SR Jun2010 pada 13/03/2010, hari isnin lepas aku dpt sms mengatakan aku tersenarai sebagai salah seorang calon yang layak untuk ambik MTest KPLI SR Jun2010 pada 27/03/2010. peluang yg takkan aku lepas kan. minggu ni aku agak bertungkus lumus belajar balik matematik tingkatan 4 & 5 untuk kertas analitikal. dah lama betul aku tinggalkan bab matematik ni, dah ada dlm 10 tahun. agak payah jugak aku nak mengingatkan kembali formula2nye. "ya allah, bukakan la minda hambamu ini untuk mengingati kembali pelajaran yg tlh lama ku tinggalkan. amin" (harapan untuk aku lulus amat tinggi, nak jadi penyambung kerjaya arwah abah)

3) Maziz
untuk pengetahuan semua, maziz dah pandai jalan, walaupun agak lambat tapi aku tetap bangga bila nampak die berusaha untuk jalan. bukan setakat belajar jalan jer, tapi belajar cakap. isnin lepas, bila pengasuh tanya dgn die sebab apa die menangis, die jawab "nak mandi" (off course la tak sesempurna org dewasa bercakap). oh, dah besar rupanye anak mama.

4) Amir
yang ini plak semekin petah bercakap, semakin aktif dan semakin nakal. agak penat dengan die ni sebab tiap2 hari die tidur lewat (bahana tidur petang kat rumah pengasuh). rase mcm terlalu lambat pulak mase berjalan, semuanye gara2 aku tak sabar nak tgk amir ke sekolah.

p/s: sorry la entry agak merapu since aku sleepy time type entry nih...

Tuesday, March 16, 2010

back at REDtone, HQ

balik je ke HQ, kerja yg berlambak dah tunggu kehadiran aku, kerja yg dah hand over zaman tok kaduk pun aku masih kena check (ini agak x betul, exec kena check kerja senior exec, apakah itu?). dah la tak lama lagi interim audit akan bermula, banyak benda yang aku kena kemas kinikan. ini la yang orang kata, kerja kite tak sempat buat, asyik kena tolong kerja orang lain jer. dengan report internal audit aku tak siap lagi. mana la aku nak cari masa buat kerja2 ni semua. (padahal mase free guna untuk update blog, hehe).

p/s: jom kite siapkan kerja....

Thursday, March 11, 2010

8-8-8 photo tag from dieya

pertama kali aku di tag, menggelabah jugak pada mulanye, nasib baik cik az membantu. thanks az. mengikut nasihat si az, follow instruction:-

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same! "...


so, here's my answer:-

gambar ni diambil mase kami ke Jom Heboh kat Bukit Jalil. sangat panas. tgk amir, berpeluh2. mase ni kat gerai hotlink. tapi kami x beli apa2 pun sebab sekejap je singgah kat jom heboh ni. cuaca sangat panas. esoknye amir terus demam. so sorry, because of mama yg excited nak ke jom heboh, amir plak jadi mangsa. lucky mama not in this photo sebab masa tu mama tersangat la tembam. hehe...

step seterusnye, tag 8 blogging frens. Ini agak susah sikit, sebab tak ramai kawan2 yang berblog. tapi aku try jugak:

1. Ain - MY 2nd DIARY
2. Ieja - LoVe . CoNqUer . aLL
3. Az - My Little World
4. Leya - LeyAzAkWan-In-ThE-HoUsE
5. aku give up dah.... x de sape aku nak tag lagi...

Wednesday, March 10, 2010

Day1 @ REDtone Wimax Office, Kuching - episode 1

semalam aku terjah pasar ikan masin sekali lagi, angkut lagi sekotak segala macam sotong kering dan udang kering untuk family aku. borong gelang kristal untuk auntie nurul. tapi kali ni aku x tapau udang & sotong bakar dah. takut muntah plak tetiap hari nak makan benda yg sama. lepas siap shopping aku singgah secret recipe. tapi makan sorang2 buat aku x habis telan food aku.

pagi ni, pukul 6 pagi lagi aku dah bangun, cam semangat gile nak ke kuching. padahal aku dah puas tido, just imagine, dr kul 10 aku tido sampai la kul 6 pagi. tanpa ada gangguan kena bangun buat susu maziz. terasa mcm lebih tido la plak. lepas lepak2 atas katil sambil tgk cerita mengarut kat star movie, aku bergerak ke bilik air. siap2 kan diri, kemas barang2. (banyak barang org kirim dr barang aku). habis aku bersiap2 jam dah pukul 8. lepas check in terus ke KKIA, check in luggage dan breakfast. sangat boring breakfast aku pagi ni sebab aku dah mula rase bosan sebab alone.

touch down kat Kuching pukul 11.15, terus ke office dengan beg2 aku sekali. bukan setakat beg, tapi dengan kotak2 ikan masin & udang kering sekali. ptg nanti dah tempah Chong Mui bawak aku ke kampung gersik cari kek lapis. (pun orang kirim). nampak sangat aku x kisah nak beli untuk diri sendiri (ade la sikit2 buat syarat ade). kat kuching office tgh ada training, so happening sikit la. takde la bosan cam office kk. aku lak teruskan kerja mengaudit seperti diarahkan. tapi x la tercari2 mcm kat kk, sebab idea dah penuh dikepala. pengalaman dari kk office. hehe.

p/s: sambungan episode 2, hari esok....

Tuesday, March 9, 2010

Day2 @ REDtone Wimax Office, KK

nothing much for today, cuma menghabiskan kerja2 yang tertunggak. gile banyak complaint dari admin girl. trip internal audit become problem solver, what the hell kan?? as if aku ni bleh buat decision pasal benda2 yg die complaint. eh, i'm from finance department ok! tapi untuk tidak menghampakan dia, aku list down jugak la segala ape complaint yg keluar dr mulut die.

malas la nak cerita pasal office, lgpun too p&c to write it here. malam ni kemanakah kite?? takkan la aku nak melantak udang dgn sotong bakar lagi ek? humm... secret recipe la mlm ni. tapi nanti mesti teringat hubby & anak2. selalunye kalau lepak secret recipe mesti depa ada. huhu, baru aku tau mcm mana gelora hati si az bila anak2 & hubby die stay jauh.

p/s: esok ke kuching plak...

I miss them already....

I MISS MY BELOVED HUBBY....

I MISS AMIR....


I MISS MAZIZ...

p/s: huhu, nak balik... uwaaaa..


Day1 @ REDtone Wimax Office, KK - episod 2

huh, sungguh mahal taxi fare dekat KK ni, airport ke office RM30, office ke hotel RM27. kopak aku bulan ni. sampai je hotel semalam, letak je beg, project pertama aku snap gambar bilik dulu. lepas call hubby, aku mandi siap2 nak jalan2 pasar malam. jalan kaki je dari hotel sebab tak la jauh sangat dari hotel. anjung senja kat depan hotel tempat aku ngan hubby lepak 3 tahun lepas tgh renovate, tak bleh la aku nak mengimbau kenangan lampau.

sambil jalan, sambil ambik gambar. orang keliling pun hairan tgk aku duk snap gambar. mase tgh snap gambar sunset, ade satu abang tu cakap "orang mana ni ramai2 dtg tangkap gambar matahari" . masa tu mmg ramai taiwanese tgh snap gambar sunset. sila jamu mata ye:-

the waterfront...

sunset moment...

udang bakar... fresh oooo

ikan bakar, also fresh....

harganya....

my diner....




Monday, March 8, 2010

Day1 @ REDtone Wimax Office, KK - episod 1

huhu... I'm alone, pagi tadi mase nak ke KLIA sempat cium je amir dgn maziz, tak leh nak gomol2 sebab depa tgh tido, kesian pulak nak kejutkan depa kul 5.30 pagi tu, yer, 5.30 pagi sebab flight aku kul 7.30 pagi. takde awal lagi ke? isk, kelat sungguh mata aku nak bangun pagi tadi. tak pernah dibuatnye aku bangun pukul 5.00 pagi semata2 nak pergi kerja.

kat airport plak, mcm berat hati jer nak tinggalkan pak pent, berat hati sebab kesian die kena jaga dua hero aku tak reti duduk diam tu. (mcm kapal karam la rumah bila aku balik nanti). pak pent pun cam berat hati jer nak lepas aku pegi, eceh, mcm lama jer aku nak outstesen, padahal 4 hari jer. 4 hari?? itu pun kire banyak hari dah tuh, mana aku pernah duk jauh2 ngan husband & anak2 aku. abah, I MISS U.... amir & maziz, Mama dah start rindu korang. uwaaaaa..... :((

touch down kat KK kul 10.15, kul 10.45 aku dah duk depan laptop start buat kerja, bukan ape, aku nak cepat siapkan kerja2 aku, nak pi menyelam sambil minum air. hehe.. project pertama ke Api-Api, nak terjah pasar ikan masin, pasar kraftangan dan pasar malam. tak lupa juga nak pi makan seafood. tapi confirm boring, sebab aku jalan sensorang.

lunch hari ni, makan soto ayam, yang aku panggil meehoon sup. dah nama dekat tempat orang, nama makanan confirm la lain. nasib baik ade liza, budak admin kat KK office, kalau tidak mati kutu la aku. sedap gak masakan depa, cuma sudah semestinye tak sama dengan selera semenanjung aku. isk, merepek meraban plak aku ni, aku nak siapkan kerja, sekejap lagi nak cabot pi check in kat promenade. nantikan episod seterusnye....