Wednesday, January 12, 2011

Seminggu bersekolah

Aku kat klinik ni, tgh tunggu nak jumpa doktor mintak MC. Sangat tidak larat, malam tadi pukul 10 baru aku dpt menapak keluar dr office. 1st time buat reporting FYE kat company baru, banyak gile benda nak kena belajar n comply. But then it's a good things, right.

Haa, meh aku nak list down apa yg jadi sepanjang seminggu amir ke sekolah.

1. 1st day lagi org dah kebas beg sekolah dia, padahal aku dah tulis nama penuh amir kat beg tu. Almaklum la beg semua sama. Tapi aku x paham mak bapak budak tu x reti eja nama anak die ke smpai bleh terambik beg anak aku?

2. Seluar sekolah berlobang sebab kena iron (yg ni salah aku, pi set panas sgt).

3. Tiap2 hari balik dr sekolah + day care, amir akan tanya kenapa abah/mama tak ambik amir pukul 2. Sedih plak dengar. Siap suh tanya bos, bgtau boss kena keluar sebab nak ambik die pukul 2. Alahai amir, mama work la sayang.

4. Tiap2 hari kena dukung dr tmpt tidur ke bilik air, mandi air panas, gosok gigi dgn air panas. (Bukan la panas betul, suam2). Lepas pakai baju tgk cartoon sementara mama nak bersiap pulak.

5. Tiap2 hari x nak makan masakan dkt kindie, so, terpaksa la gorengkan nugget untuk bekal die sbb itu je yg die nak makan.

6. Tiap2 hari interview die apa die belajar kat sekolah, tapi die selalu tukar topik. Apakah itu?

7. Dah dua kali tertinggal botol air, sekali tertinggal pencil box + colour pencil. (Nasib baik la burung tu melekat, kalau x confirm tertinggal jugak).

8. Isnin lepas ade calar bawah mata. Tp bila ditanya, x nak jawab. Pagi2 selasa masa hantar ke sekolah, tanya lagi, katanya kawan tendang. Aikkk, ko pergi kelas karate ke pergi kindie ni amir?

Banyak lagi benda berlaku, tp x larat dah aku nak list down. Ni baru seminggu, imagine setahun? Aduhai, poning kepala den.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011

Happy New Year!!

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011. 2010 banyak tinggalkan kenangan baik manis mahupun pahit bagi aku. Tahun yg menamatkan kisah hidup arwah abah dan memulakan perjalanan hidup aku sbg anak yatim.

Banyak betul halangan dan cabaran hidup sepanjang 2010 untuk aku. Bukan la tahun yg terbaik untuk aku, tp ade jugak benda baik yg berlaku, berhijrah ke company baru. Setakat ni tmpt baru sangat ok.

Harap2 2011 akan berikan yg lebih baik untuk kami sekeluarga. Kesihatan yg lebih baik, marriage life yg lebih menyeronokkan, pendapatan yg lebih baik, pendek kata segala yg terbaik la untuk kami. :)

Esok pulak amir akan start sekolah (tadika). Baru la aku paham perasaan ibu2 yg selama ini aku pertikaikan. Betul rupa2nya yg si ibu yg lebih2 excited & nervous. Amir happy je, aku yg lebih2 pikir apa akan jadi esok. Anyway, doakan semuanye berjalan dgn lancar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.