Saturday, June 30, 2012

Hapuk lapuk

Pergh, bertahun x de entry. Byk dah berubah. Nanti aku tukar layout sbb dah ade penambahan ahli keluarga. Insya'allah lps ni akan kembali mem'blog'.

Update sikit, ahli baru kami is Ayna Zahra. But we call her Ayna. Dah 8 bln++. Amir pulak dah 6 tahun. Maziz dah start ikut amir ke sekolah awal thn ni walaupun br 3 thn. Alhamdulillah masing2 ade improvement. Mr hubby dah x kerja dgn fs shipping, skrg kerja sgn multitrans. Aku je masih dgn maersk sbb baru je tukar kerja 2 thn lps. Tapi yg berubahnye pd aku is dah tembam bagai kena pam.

Bab bdn tembam ni nanti aku post kat entry seterusnya. Ade plan nak menguruskan badan dan dptkan shape masa anak dara dulu. Harap2 berjaya.

Wednesday, January 12, 2011

Seminggu bersekolah

Aku kat klinik ni, tgh tunggu nak jumpa doktor mintak MC. Sangat tidak larat, malam tadi pukul 10 baru aku dpt menapak keluar dr office. 1st time buat reporting FYE kat company baru, banyak gile benda nak kena belajar n comply. But then it's a good things, right.

Haa, meh aku nak list down apa yg jadi sepanjang seminggu amir ke sekolah.

1. 1st day lagi org dah kebas beg sekolah dia, padahal aku dah tulis nama penuh amir kat beg tu. Almaklum la beg semua sama. Tapi aku x paham mak bapak budak tu x reti eja nama anak die ke smpai bleh terambik beg anak aku?

2. Seluar sekolah berlobang sebab kena iron (yg ni salah aku, pi set panas sgt).

3. Tiap2 hari balik dr sekolah + day care, amir akan tanya kenapa abah/mama tak ambik amir pukul 2. Sedih plak dengar. Siap suh tanya bos, bgtau boss kena keluar sebab nak ambik die pukul 2. Alahai amir, mama work la sayang.

4. Tiap2 hari kena dukung dr tmpt tidur ke bilik air, mandi air panas, gosok gigi dgn air panas. (Bukan la panas betul, suam2). Lepas pakai baju tgk cartoon sementara mama nak bersiap pulak.

5. Tiap2 hari x nak makan masakan dkt kindie, so, terpaksa la gorengkan nugget untuk bekal die sbb itu je yg die nak makan.

6. Tiap2 hari interview die apa die belajar kat sekolah, tapi die selalu tukar topik. Apakah itu?

7. Dah dua kali tertinggal botol air, sekali tertinggal pencil box + colour pencil. (Nasib baik la burung tu melekat, kalau x confirm tertinggal jugak).

8. Isnin lepas ade calar bawah mata. Tp bila ditanya, x nak jawab. Pagi2 selasa masa hantar ke sekolah, tanya lagi, katanya kawan tendang. Aikkk, ko pergi kelas karate ke pergi kindie ni amir?

Banyak lagi benda berlaku, tp x larat dah aku nak list down. Ni baru seminggu, imagine setahun? Aduhai, poning kepala den.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011

Happy New Year!!

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011. 2010 banyak tinggalkan kenangan baik manis mahupun pahit bagi aku. Tahun yg menamatkan kisah hidup arwah abah dan memulakan perjalanan hidup aku sbg anak yatim.

Banyak betul halangan dan cabaran hidup sepanjang 2010 untuk aku. Bukan la tahun yg terbaik untuk aku, tp ade jugak benda baik yg berlaku, berhijrah ke company baru. Setakat ni tmpt baru sangat ok.

Harap2 2011 akan berikan yg lebih baik untuk kami sekeluarga. Kesihatan yg lebih baik, marriage life yg lebih menyeronokkan, pendapatan yg lebih baik, pendek kata segala yg terbaik la untuk kami. :)

Esok pulak amir akan start sekolah (tadika). Baru la aku paham perasaan ibu2 yg selama ini aku pertikaikan. Betul rupa2nya yg si ibu yg lebih2 excited & nervous. Amir happy je, aku yg lebih2 pikir apa akan jadi esok. Anyway, doakan semuanye berjalan dgn lancar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 29, 2010

Auummm

Weehhoooo, sangat bangga dan sangat la heppy M'sia menang Piala AFF Suzuki. Aauuummm. Congrats for K. Rajagopal. Pemain2 muda nampaknye berjaya menjulang nama M'sia. Nama Fahmi & Shapee menjadi sebutan dan kebanggaan. Wahh, naik la saham diaorg. Dengar kata fan kat fb pun dlm beberapa minit terus melonjak ke 100k.

Seronok pagi ni aku dengar radio. Dengar cerita peminta bola sepak masa depa raikan kemenangan M'sia malam tadi. Ade yg siap peluk mamak kedai makan (sanggup korang ek, x de bau ke?). PM pun dah announce 31st Dec cuti, sbg rewards sbb M'sia dah menang. Tapi rasanya aku tetap kena dtg kerja esok. Kerja menimbun dan FYE closing. Sangat la x best. Walaupun aku bukan fan soccer, tp aku nak la jugak cuti (Boss, sila la ganti cuti jika saya kena dtg kerja esok).

Apa2 pun aku bangga dengan M'sia. Lepas ni x de la peminat bola tempatan menyumpah pemain2 bola kebangsaan kite (kerja nak menyumpah ke, cuba korang yg main aku nak tgk).

P/s: entah kenapa aku cepat sebak sejak akhir2 ni.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialog

Between Amir, me and my sister (Amir's mak long)

My sister: Amir, mana atok?
Amir: dekat kubur
Me: try tanya dia, atok buat apa kat kubur.
My sister: atok buat apa kat kubur?
Amir: jumpa tuhan
My sister: ooo, jumpa tuhan, amir x rindu atok?
Amir: rindu
My sister: kalau rindu kenapa x pergi tgk kubur atok? Mak long pergi kubur atok amir x ikut pun
Amir: amir tidur, kenapa mak long x kejut amir?

Dush, kena sebijik my sister dengan amir.

Amir mmg akan jawab benda yg sama pada soalan 'atok dekat mana' & 'atok buat apa dekat kubur'. Masa hari kebumi arwah abah, aku kejutkan die bangun semata2 nak tunjuk dekat dia org kampung masukkan jenazah dlm keranda dan bawak ke kubur. Dan sampai skrg dia ingat ke mana arwah atok dia pergi, walaupun die masih belum paham apa erti kematian.

**********************

Between Maziz and hubby

Maziz: one
Hubby: two
Maziz: tee (three)
Hubby: four
Maziz: fai (five)
Hubby: six
Maziz: maa (lima)
Me: (smiling)

Ntah mana punya ajaran sesat yg dia boleh sebut lima selepas six.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 27, 2010

Kenduri-kendara

Semlm kami buat kenduri doa selamat + kesyukuran + tahlil arwah. Sebut pasal arwah, dah 10 bulan arwah abah meninggal (sedih bila mengira tempoh pemergian arwah). Walau dah 10 bulan terpisah dgn arwah, tiap2 kali balik kg aku seolah2 terbayang kehadiran arwah disamping kami.

Kenduri semlm alhamdulillah berjalan dengan lancar. Cuma ade sedikit slack bila masuk bab makanan. Since mak dah tak larat dan kami pun takde bakat memasak untuk kenduri, semua lauk-pauk + nasi untuk kenduri kami order je. Entry ni aku buat khas untuk 'kutuk' lauk kenduri (mode marah).

Aku x tau la mcm mana arrangement catering between mak dgn caterer. Tapi amat la menyakitkan hati bila lauk2 + nasi sampai sgt la lambat. Just imagine jam dah pukul 2 ptg tp semua makanan x sampai2 lagi. Tak terpikir ke otak caterer tu yg kami2 ni nak makan dulu sblm kenduri. Sangat la menyedihkan bila tuan rumah terpaksa berlapar dan tunggu smpai kenduri habis baru dpt makan.

Dah la lambat, bila tiba lauknye sangat la x bersamaan dgn harga yg dikenakan. Ini yg aku kurang gemar dgn 'org kita' bila masuk bab berniaga. Suka berkira. Dah la mahal, kurang sedap, kuantiti pulak mcm tak sama dgn yg diorder dan dibayar. Cuba la ikhlas + jujur sikit bila berniaga makanan ni. Kire ni first & last la kami order dr dia.

P/s: menghabiskan cuti terakhir kat kg dgn mak. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 17, 2010

Life

Kadang kala hidup berkeluarga amat mendengkelkan (eh, betul ke ejaan aku ni),
Kadang kala hidup berkeluarga merupakan detik2 yg amat menggembirakan,
Kadang kala menjadi terlalu baik membantu sesama keluarga menjadi satu kekesalan,
Kadang kala membatu keluarga membuatkan kite rasa bertanggungjawab,
Kadang kala kita rasa keluarga tidak diperlukan,
Tapi kadang kala keluargalah segala2nya buat kita (terutama ketika kita memerlukan bantuan/sokongan),

To my hubby, thanks for being my husband, tidak romantik, tidak pandai mengambil hati, tetapi memadai dgn apa yg ada walau ada ketikanya mendengkelkan jugak. :)

P/s: sedang sedih sebab pertolongan dibalas dengan ....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.