Saturday, June 30, 2012

Hapuk lapuk

Pergh, bertahun x de entry. Byk dah berubah. Nanti aku tukar layout sbb dah ade penambahan ahli keluarga. Insya'allah lps ni akan kembali mem'blog'.

Update sikit, ahli baru kami is Ayna Zahra. But we call her Ayna. Dah 8 bln++. Amir pulak dah 6 tahun. Maziz dah start ikut amir ke sekolah awal thn ni walaupun br 3 thn. Alhamdulillah masing2 ade improvement. Mr hubby dah x kerja dgn fs shipping, skrg kerja sgn multitrans. Aku je masih dgn maersk sbb baru je tukar kerja 2 thn lps. Tapi yg berubahnye pd aku is dah tembam bagai kena pam.

Bab bdn tembam ni nanti aku post kat entry seterusnya. Ade plan nak menguruskan badan dan dptkan shape masa anak dara dulu. Harap2 berjaya.

Wednesday, January 12, 2011

Seminggu bersekolah

Aku kat klinik ni, tgh tunggu nak jumpa doktor mintak MC. Sangat tidak larat, malam tadi pukul 10 baru aku dpt menapak keluar dr office. 1st time buat reporting FYE kat company baru, banyak gile benda nak kena belajar n comply. But then it's a good things, right.

Haa, meh aku nak list down apa yg jadi sepanjang seminggu amir ke sekolah.

1. 1st day lagi org dah kebas beg sekolah dia, padahal aku dah tulis nama penuh amir kat beg tu. Almaklum la beg semua sama. Tapi aku x paham mak bapak budak tu x reti eja nama anak die ke smpai bleh terambik beg anak aku?

2. Seluar sekolah berlobang sebab kena iron (yg ni salah aku, pi set panas sgt).

3. Tiap2 hari balik dr sekolah + day care, amir akan tanya kenapa abah/mama tak ambik amir pukul 2. Sedih plak dengar. Siap suh tanya bos, bgtau boss kena keluar sebab nak ambik die pukul 2. Alahai amir, mama work la sayang.

4. Tiap2 hari kena dukung dr tmpt tidur ke bilik air, mandi air panas, gosok gigi dgn air panas. (Bukan la panas betul, suam2). Lepas pakai baju tgk cartoon sementara mama nak bersiap pulak.

5. Tiap2 hari x nak makan masakan dkt kindie, so, terpaksa la gorengkan nugget untuk bekal die sbb itu je yg die nak makan.

6. Tiap2 hari interview die apa die belajar kat sekolah, tapi die selalu tukar topik. Apakah itu?

7. Dah dua kali tertinggal botol air, sekali tertinggal pencil box + colour pencil. (Nasib baik la burung tu melekat, kalau x confirm tertinggal jugak).

8. Isnin lepas ade calar bawah mata. Tp bila ditanya, x nak jawab. Pagi2 selasa masa hantar ke sekolah, tanya lagi, katanya kawan tendang. Aikkk, ko pergi kelas karate ke pergi kindie ni amir?

Banyak lagi benda berlaku, tp x larat dah aku nak list down. Ni baru seminggu, imagine setahun? Aduhai, poning kepala den.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011

Happy New Year!!

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011. 2010 banyak tinggalkan kenangan baik manis mahupun pahit bagi aku. Tahun yg menamatkan kisah hidup arwah abah dan memulakan perjalanan hidup aku sbg anak yatim.

Banyak betul halangan dan cabaran hidup sepanjang 2010 untuk aku. Bukan la tahun yg terbaik untuk aku, tp ade jugak benda baik yg berlaku, berhijrah ke company baru. Setakat ni tmpt baru sangat ok.

Harap2 2011 akan berikan yg lebih baik untuk kami sekeluarga. Kesihatan yg lebih baik, marriage life yg lebih menyeronokkan, pendapatan yg lebih baik, pendek kata segala yg terbaik la untuk kami. :)

Esok pulak amir akan start sekolah (tadika). Baru la aku paham perasaan ibu2 yg selama ini aku pertikaikan. Betul rupa2nya yg si ibu yg lebih2 excited & nervous. Amir happy je, aku yg lebih2 pikir apa akan jadi esok. Anyway, doakan semuanye berjalan dgn lancar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 29, 2010

Auummm

Weehhoooo, sangat bangga dan sangat la heppy M'sia menang Piala AFF Suzuki. Aauuummm. Congrats for K. Rajagopal. Pemain2 muda nampaknye berjaya menjulang nama M'sia. Nama Fahmi & Shapee menjadi sebutan dan kebanggaan. Wahh, naik la saham diaorg. Dengar kata fan kat fb pun dlm beberapa minit terus melonjak ke 100k.

Seronok pagi ni aku dengar radio. Dengar cerita peminta bola sepak masa depa raikan kemenangan M'sia malam tadi. Ade yg siap peluk mamak kedai makan (sanggup korang ek, x de bau ke?). PM pun dah announce 31st Dec cuti, sbg rewards sbb M'sia dah menang. Tapi rasanya aku tetap kena dtg kerja esok. Kerja menimbun dan FYE closing. Sangat la x best. Walaupun aku bukan fan soccer, tp aku nak la jugak cuti (Boss, sila la ganti cuti jika saya kena dtg kerja esok).

Apa2 pun aku bangga dengan M'sia. Lepas ni x de la peminat bola tempatan menyumpah pemain2 bola kebangsaan kite (kerja nak menyumpah ke, cuba korang yg main aku nak tgk).

P/s: entah kenapa aku cepat sebak sejak akhir2 ni.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dialog

Between Amir, me and my sister (Amir's mak long)

My sister: Amir, mana atok?
Amir: dekat kubur
Me: try tanya dia, atok buat apa kat kubur.
My sister: atok buat apa kat kubur?
Amir: jumpa tuhan
My sister: ooo, jumpa tuhan, amir x rindu atok?
Amir: rindu
My sister: kalau rindu kenapa x pergi tgk kubur atok? Mak long pergi kubur atok amir x ikut pun
Amir: amir tidur, kenapa mak long x kejut amir?

Dush, kena sebijik my sister dengan amir.

Amir mmg akan jawab benda yg sama pada soalan 'atok dekat mana' & 'atok buat apa dekat kubur'. Masa hari kebumi arwah abah, aku kejutkan die bangun semata2 nak tunjuk dekat dia org kampung masukkan jenazah dlm keranda dan bawak ke kubur. Dan sampai skrg dia ingat ke mana arwah atok dia pergi, walaupun die masih belum paham apa erti kematian.

**********************

Between Maziz and hubby

Maziz: one
Hubby: two
Maziz: tee (three)
Hubby: four
Maziz: fai (five)
Hubby: six
Maziz: maa (lima)
Me: (smiling)

Ntah mana punya ajaran sesat yg dia boleh sebut lima selepas six.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 27, 2010

Kenduri-kendara

Semlm kami buat kenduri doa selamat + kesyukuran + tahlil arwah. Sebut pasal arwah, dah 10 bulan arwah abah meninggal (sedih bila mengira tempoh pemergian arwah). Walau dah 10 bulan terpisah dgn arwah, tiap2 kali balik kg aku seolah2 terbayang kehadiran arwah disamping kami.

Kenduri semlm alhamdulillah berjalan dengan lancar. Cuma ade sedikit slack bila masuk bab makanan. Since mak dah tak larat dan kami pun takde bakat memasak untuk kenduri, semua lauk-pauk + nasi untuk kenduri kami order je. Entry ni aku buat khas untuk 'kutuk' lauk kenduri (mode marah).

Aku x tau la mcm mana arrangement catering between mak dgn caterer. Tapi amat la menyakitkan hati bila lauk2 + nasi sampai sgt la lambat. Just imagine jam dah pukul 2 ptg tp semua makanan x sampai2 lagi. Tak terpikir ke otak caterer tu yg kami2 ni nak makan dulu sblm kenduri. Sangat la menyedihkan bila tuan rumah terpaksa berlapar dan tunggu smpai kenduri habis baru dpt makan.

Dah la lambat, bila tiba lauknye sangat la x bersamaan dgn harga yg dikenakan. Ini yg aku kurang gemar dgn 'org kita' bila masuk bab berniaga. Suka berkira. Dah la mahal, kurang sedap, kuantiti pulak mcm tak sama dgn yg diorder dan dibayar. Cuba la ikhlas + jujur sikit bila berniaga makanan ni. Kire ni first & last la kami order dr dia.

P/s: menghabiskan cuti terakhir kat kg dgn mak. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 17, 2010

Life

Kadang kala hidup berkeluarga amat mendengkelkan (eh, betul ke ejaan aku ni),
Kadang kala hidup berkeluarga merupakan detik2 yg amat menggembirakan,
Kadang kala menjadi terlalu baik membantu sesama keluarga menjadi satu kekesalan,
Kadang kala membatu keluarga membuatkan kite rasa bertanggungjawab,
Kadang kala kita rasa keluarga tidak diperlukan,
Tapi kadang kala keluargalah segala2nya buat kita (terutama ketika kita memerlukan bantuan/sokongan),

To my hubby, thanks for being my husband, tidak romantik, tidak pandai mengambil hati, tetapi memadai dgn apa yg ada walau ada ketikanya mendengkelkan jugak. :)

P/s: sedang sedih sebab pertolongan dibalas dengan ....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Christmas Community Service Responsibility

It's Christmas, belum pun sampai lg tarikh sebenarnya, tp our office take the opportunity to invite orphanage from Agathians Shelter, PJ to come over to have fun with us.

We have a Christmas caroling session and also a small tea party. Not only that, we also make their little wish come true. We prepared present for them as per their wishes.

Bila sesi suai kenal, aku macam terkejut, sebab the first group yg datang to my table was a small kids, as small as my Amir. Terasa sedih tgk budak sekecik tu dah duduk rumah anak yatim. But then, he is so happy meeting with us, shake hand with thousand of smile. Aku plak yg lebih2 sedih sampai bergenang air mata. Touching lebih.

The most sad part masa tgk all the orphanage nyanyi lagu christmas with a happy face. Aku pun tak tau kenapa aku sedih, padahal budak2 tu happy je. Maybe ini la naluri ibu. I'm so lucky jadi anak yatim pun bila dah jadi ibu dan aku masih ada emak tmpt mengadu nasib.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 21, 2010

superwoman

Agak ketinggalan cerita ni, happen on last tuesday, I was on half day leave, main reason is to settle something with OCBC bank.

Left office at 1215 and manage to reach IOI Mall at 1245, had lunch with ex-RT staff which was not in my plan. Finished our lunch at 1345, headed to OCBC, I'm very lucky since not many people at OCBC that day and manage to settle everything by 1430. Singgah Giant, beli masking tape. Balik rumah salin baju, dan terus ke rumah baru.

1515, reached our new house. Masih ade defect yg perlu diperiksa dan ditanda untuk developer betulkan. 1615 dah habis check. Terus ke mgmt office to submit defect complain form. Sangat penat!! Tapi tak habis kat situ. Patah balik ke rumah baru semula sbb ada contractor nak measure my kitchen. Habis measure dah pukul 1700.

Sebab dah penat, terus ke Giant balik beli makanan untuk dinner and groceries. Sampai rumah mmg sangat2 lepak. Tp tugas belum selesai sbb kena masak rendang untuk Aidiladha. Tak lengkap rasanya raya tanpa lodeh dan rendang. Pukul 2300 baru la dapat lelapkan mata. Bila difikir2kan balik mmg jadi superwoman betul.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 15, 2010

banjir kilat

Phew, penat sungguh hari ni. Sampai rumah bila azan isyak dah berkumandang. Ini la jadinye bila hujan lebat dkt Klang Valley. Habis semua jalan jem. Aku start tersangkut dari jalan Glenmarie menuju Batu Tiga. Just imagine kat situ je aku spent about 1 hour plus. Memula cam hairan jugak, kenapa la semua kereta menuju arah kanan.

Bila semua mcm tukar haluan ke arah kanan, aku pun follow je la. Dalam2 follow tu ternampak 2-3 org budak (remaja) lelaki angkat motor letak ke jalan bertentangan. Dalam hati aku, 'dah x ckp kerja ke budak2 ni'. Rupa2nya banjir kilat daa. Tau je banjir aku dah gelabah. Yerla, camner aku nak harung banjir tu. Tp aku ikut je kereta depan. Redah je pelahan2. Mulut tak habis2 baca 'bismillah'. Sangat takut, ok!! Ini la pengalaman aku redah banjir. Yg naik motor semua x sanggup redah. Semua patah balik atau tunggu tepi jalan. Dah mcm pesta la plak.

Alhamdulillah selamat jugak aku redah banjir tu. Perjalanan lepas tu lancar sampai la kat persimpangan USJ, highway Elite. En polis trafik x bertugas rupanya bila hujan. Dah satu hal nak redah jem lagi sekali. Tp kali ni aku cuma spent lebih kurang setgh jam je kat situ. Tp sebab nak 'terkucil' punya pasal, aku rasa azab gile. Lepas je dr jem, nampak je petronas aku tak lepas peluang, terus masuk, parking, tuju toilet. Baru la lepas azab aku. Dugaan betul!! Smpai rumah x de toleh kiri kanan, matlamat makan, mandi, tangkap maziz bawak masuk tido. Sangat letih!!

P/s: sedih sbb x sempat amik gambar banjir tadi, sbb takut sangat. Lagi sedih, raya haji kat Puchong. Uuwwwaaaa!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 13, 2010

new house

Just a quick update about our new house, hubby collected the key on last wednesday, and start to do some checking on the things that should have in the house. And yes, all of it are in place. He's not doing the defect checking on the same day, as he wants me to help him on the checking. So, we plan to do it today, Sunday. :)

I'm so excited that finally our house is ready to move in. Yes, we will move in to this house and cancel our plan to move to shah alam. A lot of things has been considered and stay in puchong would be the best decision.

Yesterday morning, after bought some fish, meat and vege for next week stock, I headed to our new house to check how many lamps and which type of lamp should I buy for the house.

And yesterday noon, we went to Avalon Puchong to do some survey and end up bought the whole house lamp and fan. It cost us RM1,236.00 for 21 lamps and 4 fans. The expensive one is for our dining hall which cost us RM400. Others is just a normal lamp and deem light lamp.

Finished with that we did survey furniture at courts, but end up not choosing anything. Expensive ok!! So, next week will survey other place for furniture. Today we did invite Patrick, from Unity Design for kitchen measurement and hubby uncle for grill measurement. Hopefully they'll give us the best price. Seems like it's not a quick update now. :). Will update once I get quotation from all contractor. I hope can move in soon since Amir will start his school on Jan'11.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 8, 2010

pear n banana

Hari ni hari pertama aku kerja dgn Mearsk Malaysia, tapi masih lagi buat account, specialised on reporting. Semangat pagi2 dah keluar and manage to reached office by 8.15 am. Hari pertama, so belum la rasa stress dgn jalan jem kan. :)

Sampai office, boss belum sampai, but it's ok, kata pun boss kan. While waiting for my boss, aku cam culture shock sebab aku tgk staff2 kat situ mcm x buat kerja jer. Kerja depa lalu lalang depan aku, mcm buat peragaan miss universe la plak. Rupa2nya server down, x sorang pun bleh buat kerja. Patut la depa mcm seronok je jadi model lalu lalang depan aku.

Time tunggu boss tu jugak aku nampak ade satu staff ni bawak troli buah pisang & pear. Dalam hati aku, occasion apa la yg bakal berlansung hari ni. Rupa2nya tiap2 hari isnin, company akan distribute fruits to the staffs. Wahh, aku culture shock lagi sekali. Mcm jakun plak kan, tp company2 yg aku kerja sebelum ni x de la generous mcm ni ok.

Boss dtg dah dkt pukul 9, tp sebab server down dan aku pun x bleh nak logon desktop, so seharian belajar secara lisan dan jugak dengar briefing dr boss. Oh ya, aku kembali ke zaman desktop, cons org akan kata ketinggalan, tp pro nya aku x payah la bawak balik kerja kan. :).

Basically, hari pertama yg bercampur baur perasaan nya, ade part yg exciting dan ade part yg membuatkan aku sangap 30 kali sebab kena baca SOP. Anyway, aku harap this company will be a good pit stop for me. And it will be the last pit stop sbb aku dah x larat nak lompat2 ni. Sudah tua, ok!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 4, 2010

berbulu...

Ini bukan cerita pasal binatang berbulu atau manusia yg ade bulu atau apa2 bulu yg korang leh nampak dgn mata kepala korang. Hari ni berbulu gile mata aku tgk org yg takde kelayakan atau tidak layak tapi diiktiraf layak kerana org atasan adalah kawan baik. Arrgghhh, mmg celaka habis la.

Dari pagi sibuk suruh aku tolong die settlekan closing, eh, itu dah jadi kerja ko, masa aku buat dulu, aku la yg check sendiri. Kalau aku x tau aku pergi sana sini nak dptkan info, bukannya duduk kat kerusi aku dan harap info bergolek dtg kat aku. Ni aku tgk, die boleh je duduk kat kerusi tanya aku semua benda sampai aku rasa aku yg buat kerja tu.

The worst part bila dah ptg die tanya aku mana aku dpt huruf 'N' dan 'Y' dalam file tu. Aku cam pelik, apa yg hruf N apa yg hruf Y? Last2 bila aku pergi kat komputer die, aku tgk apa sebenarnya yg die nak tanya tu. Aku terus rasa nak gelak. Weh, apa cerita ko ni, kata senior exec, takkan la formula 'IF' ko x tau nak guna. Kot ye tak reti guna, kan aku dah letak formula tu kat situ, cuba la tgk betuk2 dan fahami. Beladiful betul la.

Aku x pernah jumpa org yg level mcm die tapi excel masih lagi x khatam. Mcm mana ko buat kerja selama ni? Aku dpt bayangkan, x lama lagi report2 yg aku usahakan selama 3 thn lebih kat RT akan musnah x lama lagi. Dah la file tu penuh dgn formula dan linkage yg berselirat. Argghh, x peduli la, bukan tanggungjawab aku lagi kan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 3, 2010

new hairstyle

Next week aku masuk tmpt kerja baru, dan dah nama perempuan, tmpt kerja baru semua nak baru. Baju dah beli, seluar dah beli, kasut dah beli masa nak pergi interview. So, misi hari ini adalah new hairstyle.

Niat hati aku nak cuci dan trim je, tp pikir2 balik potong pendek jer la. Aku takut nanti susah nak jaga rambut panjang bila dah kena bangun awal pagi dan balik lewat. Lagipun rambut aku kan ada masalah keguguran dan kelemumur. Jadi biarlah ia pendek.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2nd farewell

Tgh hari tadi makan free lagi, bak kata deedee, depa mcm suka je aku resign, kan main banyak lagi farewell. Asyik makan je kerja aku sejak dua menjak ni. Ade tembam la bdn aku lepas ni.

Farewell kali ni kat Kenny Rogers Roasters, IOI Mall. IOI Mall lagi, x de tmpt lain ke? Farewell kali ni confirm di sekitar IOI Mall je sbb itu la tmpt paling grand yg ade kat puchong ni. Cam hampeh kan. Jamu la mata kat gambar atas tu, nanti aku jumpa lappy aku bubuh caption die.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

meroyan!!

mood aku hari ni nak mencarut jer, pepagi org dah tanya aku sapa yg replace kerja aku, soalan tu tak per la jugak, aku bleh jawab lagi. soalan ke-2, bleh ke org tu buat, haish, ade aku kisah? aku dah ajar, dan org tu plak higher level dari aku, kalau x reti buat kerja, suruh je org tu resign, jgn gaji nak banyak, title nak tinggi tapi excel pun x reti nak explore. sangat bengap ok, hyperlink x tau, group n ungroup tak tau, ntah2 vlookup pun x tau. nasib ko la minah, ko hadap la file aku yg banyak formula n link sana sini tuh. agak2 ko x paham, baik ko berenti jer duduk rumah gentel telur. (kan aku dah cakap, mood aku nak mencarut je hari nih).

tgh hari tadi, mood agak ok sebab ade farewell party, ni aku cerita next entry, gambar x sempat bluetooth lagi. lepas je lunch, aku dengan penuh azam nak siapkan kerja yg sebenarnye aku buat untuk memudahkan org yg replace aku, jadi luntur semua nye lepas ade boss (yg bakal jadi ex-boss dalam masa kurang 48 jam) suruh aku tolong settle kan lagi satu benda yg sebenarnya akan memudahkan org yg replace aku. isk, ayat aku ni mcm dah tonggang terbalik plak. bahasa mudahnye, skrg ni aku kena buat semua benda jadi mudah untuk org yg replace aku, formulakan mana x formula, link kan mana x link, cantik kan mana x cantik. heh, banyak cantik muka ko, ade yg aku delete terus file2 tuh kang. baru ade akal.

isk, udah la, lagi banyak aku tulis lagi banyak aku sumpah org kang, mood x berapa nak ada ni, harap2 ptg ni mood kembali ok sebab ade gathering dgn ex-redtone. time for party.

p/s: encik husband, sila ambik anak yer, mama nak pergi cucuk langit.... weeeehoooo

Friday, October 29, 2010

mari bljr menulis...

Kuang3x, like father like son, semua x berbaju eh, mcm la x mampu beli baju. Amir tgh minat menulis & men'colour'... Punya la semangat dpt buku n pencil colour baru, tiap2 malam dia paksa mr pent tolong dia men'colour'. Alahai anak mama ni, mama beli semua tu sebab nak suruh Amir yg buat, bukannya abah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1st farewell

From left: Kak Elly, me, Iera & Yanti

Diri dr kiri: me, Dayah & Emee
Duduk dr kiri: Mas, Kak Liza & Kak Rose

Eceh, mcm la byk sgt farewell untuk aku kan, anyway still on and counting, kalau x de lagi, ni kire 1st n last la...

For this farewell, thanks to Kak Liza, Yanti, Iera, Kak Rose, Mas, Kak Elly, Emee & Dayah. Isk, confirm rindu depa2 ni lepas ni...

p/s: muka punya la berminyak mcm boleh goreng ayam....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 28, 2010

air panas, ooo air panas

Last 2 weeks kami attend kenduri kat rumah cousin aku, die buat kenduri kecik2 + celebrate birthday anak die, Qairina. Dlm kul 12 kami gerak dr rumah, kire nak sampai sblm zuhor sbb kenduri die start lepas zuhor.

Nak dijadikan kisah dan teladan, maziz kena air panas masa kenduri tu. Org tgh sedap2 makan die pi skodeng tmpt letak air teh panas dan bukak paip bekas air tu. Apalagi, meraung la sekuat alam. Aku plak, x cukup tanah berlari nak menyelamatkan anak. Bukak terus baju die n pergi kat sinki untuk cucurkan perut dgn air paip. Kena kat perut plak tu. Nasib baik x apa2, cuma merah sikit. Teladan buat aku, jgn biar anak main bersepah time kenduri.

Mari tgk gambar yg menceritakan kejadian. :)

comel x saya?

posing lagi....

sempat tgk cameraman walaupun sakit

meraung satu rumah bleh dengar

saya dah baik, dan jom kita main.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

menyemakkan & menyeksakan

Hari2 terakhir kat sini sgt2 menyeksakan aku, haish, walaupun dah start handover tp masih lagi kena menyuap org2 yg menyemakkan mata aku memandang. Terlalu kejam ke aku ni? Bukan la tak nak berkongsi ilmu, tp kalau hari2 aku suap ko, sapa nak suap ko bila aku takde. Cuba2 la bawak beringat, ko tu senior, aku ni exec cabuk jer. Title tu aku x kisah, tp apa guna la title tu kalau ko x pandai buat kerja.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.