Tuesday, October 20, 2009

ketinggalan...

dah lama rasenye aku tak update blog aku nih, mana tak nye, sibuk memanjang. banyak dah aktiviti aku yg aku x dapat update lagi. nak karang ayat pepanjang pun, aku tgh dalam mood malas. ntah kenapa lepas raye ni aku rase malas sangat nak bergerak. sampai rumah pun aku biar tak berkemas. aktiviti2 aku yg aku x dpata update.

1. open house - 10 Oct 2009

open house kali ni aku tak sesibuk masak macam dulu2. kali ni aku cuma masak meehoon sup, soto (senang sebab kuah yg sama), & agar2. lain2 menu semuanye aku tempah jer. menu yg aku tempah pun cuma sate & rendang ayam. semuanye boleh mix & match untuk dapatkan menu2 tambahan. antara yg hadir....

yg ini harusss hadir....

ieto n family

officemate ku....

sedara mara pak pent....

2. kenduri kesyukuran kat rumah kak ngah - 17 Oct 2009

dah lama kak ngah aku sebut die nak buat kenduri ni. akhirnye termakbul jugak cita2 die. maybe kenduri ni semua dalam satu, kesyukuran, house warming, raya, dan mcm2 lagi yg mungkin aku tak tau. yg bestnye mase kenduri ni, parents aku datang. isk, rase mcm dah lama x jumpa. padahal baru je jumpa masa raye. tapi yg x bestnye, takde gambar pun yg aku dpt snap mase kenduri tuh. aku pun sama sibuk layan tetamu. dah la maziz asyik menangis jer. maziz ni aku rase die alergy org ramai la. asal ade ramai org sekeliling die je, die nangis. asal pegi tempat org ramai je, die nangis. rimas lak aku tgk die menangis. dah la aku ni mmg rajin nak berjalan. mungkin lepas ni aku kena consider supaya kurangkan berjalan ke tempat org ramai. humm... duk rumah je la.

itu je dua, aktiviti yg agak grand, yg lain2 tu aku malas nak update. tunggu la minggu depan bila mood aku dah rajin sikit.

p/s: aku dah mula makan jus mate 5.... haha, bila la perut buncit aku ni nak kempis...




No comments: