Tuesday, October 6, 2009

nike mary jane...

haaa, aku belum update ape2 aktiviti aku selepas raya kan?? meh aku cite kat korang, weekend aku dimulakan dgn menghadirkan diri ke peperiksaan PTD. wah, dengan tak menelaah aku redah je pegi periksa tu. dlm perjalanan ke pusat peperiksaan, pak pent siap tanya lagi, "betul ke nak kerja dgn kerajaan?"... aikk, aku dah berkobar2 nak amik periksa, die boleh tanya aku camtu. mungkin sebab die tgk aku tak serious lansung nak amik periksa PTD tu. ade mase ke aku nak menelaah? kalau diikutkan ade mase, cuma aku yg dah malas nak membaca. takat baca novel atau majalah tu bleh la.

periksa tu ade 5 seksyen, seksyen yg aku confident cuma ade 3 jer, matematik, esei bahasa melayu dan esei bahasa inggeris. seksyen pengetahun am, adalah seksyen paling aku tak yakin. dah lama betul aku tak amik tau pasal apa yg terjadi kat malaysia mahupun luar negara. ish, bleh lulus ke nih? tapi, aku mmg harap sangat aku lulus periksa ni. tak larat dah aku menghadapi politik kerja dengan syarikat swasta ni. nak2 plak aku kerja dengan cya ya nun alif.

sebagai bukti....

****************************************

hari ahad dah di plan untuk beraya. tgh hari ahad tu, kami terus ke shah alam. ke rumah kawan office aku. bagus betul kawan aku ni, bujang2 pun rajin buat open house. sedap plak tu die masak. tapi segan lak aku nak mkn banyak. lagipun dengan adenye askar2 aku tuh, aku kena la makan ala kadar.

dari shah alam, kami teruskan perjalanan kami ke gombak. kononnye nak beraya ke rumah pak sedara husband aku. sampai2 je, tak de org kat rumah. hish, aku dah rase tak best dah. dah takde org kan, nak beraya mcm mana. kami cuba plak terjah rumah mak sedara aku kat wangsa maju. pun takde org jugak. haa, inilah nasib org yang tak reti nak inform dulu sebelum datang beraya.

last2, since die mmg nak duduk kat wangsa maju tu sampai pukul 9 mlm (ada temujanji dgn client), aku ajak la husband aku round jusco wangsa maju. korang bayangkan dengan berbaju kurung, aku meronda jusco tuh. bukan main ayu lagi. husband aku pun kembang kuncup lubang hidung, sebab dpt jalan sebelah bini die yg berbaju kurung. hish, tak pernah aku buat kerja mcm ni. tapi, husband aku plak request suruh aku ulang perkara yg sama di lain masa. haruskah aku turuti?

mula2 masuk dlm jusco tu, aku terpandang kedai peralatan sukan. disebabkan aku mmg tgh cari "nike mary jane", aku terus ajak pak pent masuk kedai suka tu. tapi, yg tak bestnye, walaupun banyak kedai kasut dlm jusco tu, cuma satu kedai je yg ade jual kasut yg aku idam2kan. dan walaupun kedai tu ade kasut yg aku idam2kan, takde saiz plak yg sesuai dgn aku. akhirnye, aku tak dapat beli pun kasut untuk aku. yg aku beli hari tu adalah....

sport shoes untuk pak pent

mainan untuk amir...

eaaahhh, bukan setakat jusco wangsa maju je tau yg aku redah hari tuh. disebabkan masih ada waktu terluang sebelum sampai pukul 9 mlm. aku ajak pak pent ke jusco AU2, semata2 nak mencari kasut yg aku nak. tapi, bila sampai je jusco AU2. aku terus down, sebab aku tak jumpa pun ape yg aku idam2kan. last2, kami makan kat nasi lemak antarabangsa kampung baru. tapi kali ni bukan di kampung baru, tapi die jusco AU2. mmg dah laam aku tak menikmati nasi lemak kampung baru ni. dengan semangat berkobar2 nak makan, aku pun mengorder la apa2 yg patut di makan. dan hasilnye.

tinggal tulang & sisa2 je....

ayah, amir makan aiskrim...

muka tension tak dapat makan nasi lemak...

****************************************

hari ni aku pegi lunch kat IOI mall. lepas je mkn, aku redah cari kasut yg aku idam2kan. wah, selagi tak dapat kasut tu. tidur pun tak lena. hehe, mcm budak kecik plak aku ni. mesti korang pun mcm tu kan mase kecik2 dulu. selagi mak bapak tak beli apa yg diidamkan, tidur malam asyik termimpi2 barang yg korang nak beli tu. tapi, hari ni aku bernasib baik. sebab dpt jugak aku beli kasut yg aku idam2kan tu. jeng, jeng, jeng.....

nike mary jane ku....

thanks to emee n daj sebab temankan aku...

p\s: lepas ni confirm akan kedengaran tarbiah dr org tertentu....

No comments: