Monday, December 28, 2009

5th anniversary - tsunami

masih belum terlambat untuk aku update entry nih. sebenarnye hampir terlupa, tapi bila aku tgk channel history pasal tsunami, terus aku teringat tentang kisah ni lima tahun lepas. walaupun ramai yg kata terasa gegaran, aku pulak lansung tak rasa gegaran tsunami ni. tapi bukan itu yg aku nak ceritakan kat sini. aku nak cerita pasal penghijrahan aku waktu tsunami nih. ada yg relate kan penghijrahan aku dengan tsunami. tapi aku tak ambik hati pun. mulut org kan, mana bleh tutup. (mcm la org tu baik sangat)

penghijrahan yg aku maksudkan ialah dari seorang yg tak pakai tudung, aku mula berjinak2 dengan kain tudung. asal penghijrahan ni adalah sebab aku kena hadiri kursus kahwin. ye, kursus kahwin. sebab gatal nak kawin dengan pak pent la nih. lekat la sampai sekarang ni. sebenarnye sampai sekarang aku belum 100% berhijrah. ada masa dan ketika aku agak malas untuk bertudung. lebih2 lagi bila aku jalan tempat yg dekat2 dengan rumah aku atau org datang ke rumah. padahal dosa tetap dosa. tapi aku berazam untuk bertudung 100%. ada jugak azam aku untuk satu benda lagi, tapi aku tak nak disclose kat sini (hanya org yg tau saja akan memahami, org yg berkenaan sila beri peluang dan courage ye)

cerita pasal tudung, aku dah mula berjinak2 menjual tudung secara direct dan online. almaklum la, aku kan penggemar tudung arianni sekarang ni. tapi tak de la aku jual tudung arianni. aku jual koleksi tudung annur. alhamdulillah permintaan ada, since aku jual murah sikit dari blog2 yg lain. pada yg minat leh la jenguk blog tudung aku ni.

p/s: tsunami betul2 merubah dunia....

Sunday, December 27, 2009

anak mama

ingatkan maziz tengah lepak...

rupa2nye, die tido...

Thursday, December 24, 2009

memandu tanpa lesen

haaa, ini la org yg memandu tanpa lesen tu...

malam tadi, kami bawak askar2 kami makan kat pizza hut, giant puchong. punya la kecoh, aku rase mcm perut aku je penuh, tapi tak kenyang pun. mana taknye, baru je naik tingkat dua, amir dah sebuk2 nak main kat funland. tapi kami heret juagk die pi order pizza dulu. kemudian pak pent angkut dua beradik tu ke funland.

tak lama kemudian aku tgk, pek pent dah balik semula ke pizza hut, si amir lak, berlari2 sambil jerit "nak main, nak main". ini la rupanye kalau pegi makan kat luar. mesti kecoh. tapi dapat jugak la kami bertahan sampai habis makan (yg sebenarnye tak habis sebab maziz plak dah nangis).

lepas habis makan sambil kena dera, kami angkut la askar2 tu ke funland. kopak aku RM5 sebab amir nak main kereta control plak. mula2 aku bayar RM3 je untuk 5 minit. tapi habis main kereta seperti gambar di atas, die nak main motor plak.


nampak tak muka puas hati si amir??

maziz: kereta ni tak bleh gerak ker?

korang nampak x garlic stick tu,
die tak nak lepas sampai la kiteorg belanja dlm giant.

p/s: i need some amusement... pak pent please take note!

Tuesday, December 22, 2009

mama, antu....

semalam aku pegi putrajaya, hantar stock tudung aku kat rumah mak cik aku. nak try market org kerajaan pulak. mase sampai rumah die dah pukul 9 lebih. sembang punya sembang, makan punya makan (padahal aku dah makan mase balik kerja) dah pukul 10.30. disebabkan weekdays, dan hari ni aku kerja, kena la aku balik awal.

mase nak keluar balik ke puchong, sampai je jalan depan kuarters makcik aku tuh, amir cakap "mama, amir takut la, ada hantu". aku pun tanya la die, "mana hantu", die jawab " ada kat situ", sambil tunjuk tempat yg kononnye die nampak hantu, aku tanya lagi " hantu mcm mana, pakai baju apa", die jawab " hantu tu muka die mcm ni (sambil tangan die gosok2 muka die, aku anggap muka hantu tu buruk) die pakai baju warna hijau (sambil tunjuk warna lampu isyarat).

sampai ke puchong amir asyik cakap benda yang sama. sampai pak pent kata, "hantu tu tak ikut kite, rumah die kat situ". hati aku dah tak takut dah. bukan apa, aku rase tiap2 kali aku pegi rumah makcik aku waktu malam, amir mesti cakap benda yg sama. aku pun tak tau, nak percaya atau tak.

p/s: ada hantu???

Monday, December 21, 2009

tunjuk perasaan

dah lama aim nak main mangkuk nih....

hiarrgghhhh......

puas hati.....

enteprem sikit......

p/s: maziz lepas tension... mata dah ngantuk tapi mama masih nak tgk tv....

Saturday, December 19, 2009

lenovo s10

akhirnye, benda yg di idam2kan dah dpt. walaupun hanya netbook bukan notebook, tapi aku puas hati. skrg, aku bleh update blog dari rumah. selalunye aku harapkan notebook office jer.


tadaa... ideapad s10-2

p/s: netbook ni sebenarnye untuk update blog aku yg lagi satu, http://azrin-gallerie.blogspot.com/ .... business woman la plak... :)

Wednesday, December 16, 2009

demam

en maziz demam. since malam tadi badan die dah panas. kul 9.30 aku bagi die ubat, tapi sempat jugak die teman aku tgk Mr H aku kat AXN baru die terlelap. walaupun makan ubat tapi en maziz tidur tak lena, maybe sebab panas n dahaga. pukul 6 pagi aku terjaga, rasa kepala die panas balik. terus aku pegi amik air masak n tuala basah. air masak untuk bagi die minum. tuala basah sebab nak jaram kepala die. bagi ubat sekali lagi. sejam jugak la aku teman die sementara die nak tidur balik. kesian anak mama, demam.

hari ni aku pulak yang selsema. isk, aku benci selsema. rase tak selesa hidung aku bernafas. dah la tu, hingus cair lak tu. asyik nak meleleh je kerja nye. nasib la tak bersin kerap. kalau idak, confirm officemate aku rasa tak selesa. huhu, cepat la baik selsema nih.

p/s: hari ni aku amik half day, nak pi ambik stock tudung lagi.... (tgh bertatih buat bisnes tudung)

progress billing....

yahooo.... pemaju dah hantar billing untuk jalan tar depan rumah baru kami....
so, maknanye skrg rumah tu tinggal tunggu dapat CF dari pihak berkuasa.
harap2 la rumah tu dpt CF cepat.
kalau ikut jangkaan awal masa kami beli rumah, pemaju janji rumah akan siap pada Oct'10. tapi aku doa sangat2, aku bleh masuk rumah tu awal.
at least bulan May'10.

p/s: semangat gile nak duduk rumah sendiri nih... x larat panjat apartment lagi, :(

Monday, December 7, 2009

jeming....

haaa.... ni bukan aktiviti aku, tapi ni aktiviti hasben aku setiap hujung minggu. entry ni sebenarnye nak meluahkan perasaan aku yg bercampur baur pasal benda nih. aku tak tau la perasaan orang lain, tapi bila tiap2 minggu hasben aku keluar pukul 11 mlm balik pulak bila dah nak menjelang subuh, aku jadi marah, tak puas hati, bimbang, dan macam2 lagi la. aku tak tau la die sedar ke tidak ape yang aku rasa. mula2 dulu selalu gak la aku bising pasal benda ni. tapi skrg ni aku cam dah lali. tapi tiap kali die nak keluar mulut aku ni masih berpesan "balik awal", tapi hasilnye, telinga die tak dengar kot ape yg aku cakap. sebab die balik tetap bila hari dah menjelang subuh.

ape pendapat korang bila aku dah terasa lali dengan benda mcm ni? adakah aku dah malas nak ambik tau pasal tabiat hasben aku yg satu nih. atau aku dah percaya yg die keluar mmg pergi jeming. aku rase semua perempuan akan berperasaan cemburu dan was2 bila hasben keluar malam dan balik pagi. lagi2 bila tiap2 minggu perkara yg same berulang. mcm mana pulak aku?? aku cam dah putus asa berbincang benda ni dgn hasben aku. cam tak de kesudahannye selain dari biarkan je la die dgn dunia muzik yg die minat sangat kononye tuh.

dah la, aku mls nak membebel pasal jeming ni lagi. mulut aku akan cakap lantak la die nak buat apa pun. tapi hati aku ni masih lagi ada perasaan bimbang. aku bukan bimbang die melencong ke tempat lain (aku percaya die takkan curang, tapi aku tak percaya perempuan2 kat luar tu). tapi aku bimbang kalau2 terjadi apa2 yg tak diingini. contoh mcm eksiden ke, kena rompak ke. sekarang ni macam2 boleh berlaku. tapi, hasben aku berlagak plak macam hero. konon tak de apa jadi. so, ape aku bleh buat, cuma berdoa je la takkan ada apa2 terjadi kat dia.