Thursday, April 29, 2010

yang terindah....

yang terindah, OST Adamaya yg merupakan jugak OST I'm not single. aku minat nak tgk cerita adamaya nih, tapi selalu miss sebab aku sampai rumah pun dah pukul 7, bila amik anak2, confirm x dpt tgk dah, channel kartun jadi pilihan depa. kat office ada jugak niat nak tgk dkt tv3.com.my, tapi nanti dikata curi tulang plak. huhu, miss jer la aku nak tgk cerita nih. tapi sebenarnye hari ni aku nak cerita pasal OST cerita nih, yang terindah. lagu ni sangat2 la menyentuh perasaan aku. tetiba teringat betapa bertuahnye aku bersuamikan pent. walaupun bukan setiap saat merasai kebahagiaan berumahtangga, aku amat berterima kasih sebab rumah tangga kami masih kekal sampai kehari ini. lagu ni aku tujukan untuk mr pent. terutama sekali rangkap yg aku highlight kaler merah tuh.

Ost Adamaya – Yang Terindah – Dakmie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

P/s: mode romantik... mode malam jumaat... :)

Monday, April 26, 2010

celebrating good news dgn hingus meleleh....

sabtu lepas kami ke PD, ade family gathering sebelah pent. dan hasilnye aku anak beranak bawak balik penyakit. skrg ni satu family sakit tekak, batuk n selsema. aku dah rase sakit tekak since hari sabtu, tapi sebab cuaca panas dekat PD, aku minum jugak air batu. so hasilnye, skrg batuk dan selsema.

semalam kami ke KPMC, ambik ubat untuk amir dan maziz. doktor suggest maziz ambik nebuliser. so, paham2 la bila budak kena ambik nebuliser, raungan die satu KPMC bleh dengar. kesian pun ade, tapi demi untuk kesihatan die, aku gagahkan jugak hati aku dengar die menangis. tapi amazingly, lepas ambik nebuliser, kahak die kurang. so, harap2 amir dan maziz cepat2 la sembuh dr batuk n selsema. aku pun!! :D....

p/s: oh, aku ade good news, tapi apa2 pun kena tunggu surat confirmation baru aku bleh announce. harap2 cita2 kecil aku ni jadi kenyataan.

Sunday, April 18, 2010

hectic sunday...

yesterday was the most hectic day, kami keluar rumah pukul 10.30, singgah kat Tesco Puchong and had our breakfast at KFC. semuanye sebab nak layan kehendak amir yg nak makan kfc, terpaksa la en pent makan western breakfast. dan secara automatiknye hancur la diet aku. (skrg aku kembali mengunjungi mayfair untuk selesaikan treatment aku yg tertunggak selama setahun, badan dah kembali tembam ok). selesai breakfast, kami terus ke Jln TAR, kalau ke Jln TAR, tujuan lain takde, kecuali angkut stock tudung untuk business aku.

habis memborong, jam baru pukul 1.00 tgh hari, masa masih panjang, aku tgk pent drive menghala ke damansara, apalagi, timbul idea dlm kepala otak ajak die ke e-curve, tapi sayang sekali cadangan die tolak, akhirnye selepas drop surat kat TTDI (rupa2nye pent nak drop surat kat kawan die, megat), pent bawak jugak aku ke IKEA, ok la tuh, asal dpt jalan2 spend masa dgn anak2. walaupun agak tak larat melayan kerenah dua beradik yang tersangat aktif itu. pusing2 dlm IKEA sampai pukul 3, terus ambik late lunch kat IKEA. pent makan chicken chop, aku plak saje amik kids meal spaghetti n chicken wings.

habis makan, kami turun, untuk check out, sempat jugak la aku tunjuk mana2 barang yang aku berkenan untuk rumah baru kami nanti, termasuk la partition yg mmg aku cari2 untuk tutup kawasan washing machine aku yg sememangnye kena letak sebelah kitchen cabinet (rumah kami townhouse jer, so, ruang amat limited). pent plak sempat jugak silau2 meja makan yang die idam2kan, cuma aku rase agak mahal sebab meja je dah RM700++, tu belum campur kerusi. (yg ini kena tgk ade budget lebih atau tidak).

dah penat jalan kat IKEA, pent ajak aku ke kampung baru, hantar stock tudung untuk budak2 UniKL, jenuh tawaf kl semalam. duduk kat sana x lama, just bahagi2kan stock tudung kat yatt (thanks yatt sebab tlg jadi reseller). {iklan kejap, sesiapa yg berminat untuk jadi reseller, sila hubungi aku} habis urusan kat kampung baru, kami terus balik. on the way balik, amir dah terlelap dlm kereta. sebab takut amir terjaga dr tidur, aku suruh pent tido awal, aku paksa maziz tido awal (nasib baik maziz pun menurut kata), dan semalam dalam sejarah, kami sekeluarga tidur seawal pukul 10 mlm.

p/s: guess what time amir bangun dr tidur? amir bangun seawal jam 5 pagi, watch his dvd alone.

Monday, April 12, 2010

sangatlah penat...

ntah kenapa sejak hari khamis lepas, aku rase badan aku tersangatlah penat. aku lebih rela tidur dari tengok rancangan2 kegemaran aku kat tv, atau lipat baju yg dah membukit, atau kemas rumah yg dah berselerak. semalam pukul 9.30 aku dah angkut maziz masuk bilik dan alhamdulillah maziz pun tidur awal tanpa banyak ragam. so, aku pun ambil kesempatan tidur awal. rasenye dah lama aku bairkan amir tidur ngan pent. kesian plak bila dipikir2kan balik. tapi aku sangat lah tak larat, amir suka tidur lewat. bukan lewat sikit2 tau, ade kalanye pukul 2 pagi baru die tidur. aku pun tak tau la betapa tinggi nye energy level yg amir ada sampai die boleh tahan sampai pukul 2 pagi.

terasa sangat sejak maziz lahir, aku banyak abaikan amir. aku banyak lepaskan tanggungjawab melayan amir kepada pent. tapi ntah la, kenapa macam tu ek? aku pun tak reti nak explain. yang pasti aku dengan amir macam takde chemistry. boleh ke aku cakap macam tu? bukan takde niat dalam hati aku nak rapatkan diri dgn amir, cuma bila aku usaha aku rase aku tak setanding dgn pent yg sememangnye dah rapat dgn amir. eh, tapi jgn salah anggap, bukannye aku lansung x layan amir, cuma kurang berbanding pent.

humm... tinggalkan sekejap pasal hubungan aku dgn amir, nak cerita pasal kerenah amir ngan maziz. sebenarnye aku agak penat menjadi mama kepada 2 org anak yg tersangat la aktif. rumah dah mmg la aku biar tak berkemas, aku cuma akan kemas seminggu sekali, itu pun sekejap je rumah aku nampak kemas. lepas tu, 2 org budak itu akan sepahkan balik barang2 mainan depa. itu yg buat aku tersangat tidak larat melayan kerenah amir dgn maziz. apa perlu aku buat eh? terfikir jugak, patut ke aku ambik supplement untuk tingkatkan energy aku setanding dgn anak2 aku? mungkin aku patut consider choice ni....

lagi satu bab, kalau bawak depa berjalan pun aku tak larat. macam2 perangai timbul, adakah sebab depa jarang dpt keluar so depa buat perangai? atau aku yg tak pandai handle depa? apa yg perlu aku buat untuk kawan keaktifan depa mase keluar jalan2? macam mana aku nak attract depa untuk tidak buat hal dalam kereta? ish, banyak benda perlu aku belajar nih. so, apa lagi, jom google n bing?

p/s: tersangat la nervous... esok jawapan kepada persoalannye...jeng3x....

Thursday, April 8, 2010

it's hurt....

it's hurt, ye, aku sekarang dalam keadaan yg agak tak stabil. beremosi & sedih. tak dapat nak digambarkan perasaan sebenar dlm hati aku nih. tak de siapa yg aku rasa sesuai untuk dengar keluhan hati aku nih. tidak juga pada yg tersayang. pernah tak korang rase perasaan mcm ni? ada masalah, perlu teman tapi tak de sorang pun korang rasa sesuai untuk dengar keluhan hati korang. sangat sakit hati bila berada dlm keadaan mcm ni. ada masalah, perlukan teman, tapi takde calon yang sesuai. (ape aku merepek ni? mcm dah berulang2 pulak ayat aku ni)

mungkin aku patut mengadu pada-NYA. mungkin hanya DIA yang akan setia mendengar dan menyelesaikan apa yg tersimpul dlm hati aku nih. aku surau dulu, jumpa di lain entry....

Sunday, April 4, 2010

sepetang di taman...

semalam ptg, bila aku bangun dari tidurkan maziz (tidurkan maziz dgn aku2 pun tidur), aku tgk amir masih lagi x tidur (tidur ptg). yang tidur pak pent, mana tak nye asyik balik lewat malam/awal pagi jer. rase nak je aku pi bakar studio jemming tu, biar melekat sikit kat rumah. huhu, adil ker? dah le, tak nak merapu. sebab hari pun dah lewat petang, tak la lewat sangat tapi dah pukul 5.30 ptg, dan disebabkan aku takut amir tidur petang dan berjaga tgh malam, aku terus kejut pak pent, ajak pi padang MPSJ, Taman Wawasan, Puchong.

lepas siap2 dan pekena semangkuk soto yg aku masak sendiri, kami pun keluar ke padang MPSJ. saje nak bagi amir n maziz penat n tidur awal. haaa, asyik misi bagi anak2 tidur awal je nih, ada muslihat ke disebalik nye? adakah maziz bakal dapat adik tahun depan? oh tidak! sebenarnye, aku tak larat nak layan kerenah depa kalau pak pent tak de kat rumah sebab jaga studio jemming die. so, bila amir penat die akan tidur awal. maziz plak, mcm tak de istilah penat, die akan berjaga, menjelajah keliling rumah selagi lampu n tv tak tutup. almaklum la org tgh mabuk dapat kaki.

seronok jalan2 pusing2 taman...

maziz lagi, mana amir?

haaa, tu amir, tgh main pasir....

haus nye.....

p/s: i like FT performance last night....

friday nite at uptown, damansara....

jumaat lepas aku saje ajak pak pent ke uptown, damansara. dah lama rasenye tak kesana. last mase zaman aku masih pegang title tunang kepada pak pent, uish lama dah tu. 5 tahun lepas. sebenarnye aku saje nak terjah satu kedai ni, stizzer. prektikal trainee tmpt kerja aku buat part time kat sini.

stizzer, uptown damansara....

menu....

menu kami....

hiaarrgghhh, ultraman max....

can you believe, this photo was taken by amir...

saya dah pandai jalan...

anak2 yg jakun sebab jarang dpt keluar main2 waktu malam....

walaupun malam tu aku ngan pak pent agak penat melayan kerenah amir n maziz, tapi misi tercapai bila malam nye amir n maziz tido pengsan sebab penat berlari keliling uptown. hehe....

Friday, April 2, 2010

sebagai peringatan

** got this from fb, credit to Nora Annuar**

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.

Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

p/s: aku rindukan arwah abah....