Sunday, April 18, 2010

hectic sunday...

yesterday was the most hectic day, kami keluar rumah pukul 10.30, singgah kat Tesco Puchong and had our breakfast at KFC. semuanye sebab nak layan kehendak amir yg nak makan kfc, terpaksa la en pent makan western breakfast. dan secara automatiknye hancur la diet aku. (skrg aku kembali mengunjungi mayfair untuk selesaikan treatment aku yg tertunggak selama setahun, badan dah kembali tembam ok). selesai breakfast, kami terus ke Jln TAR, kalau ke Jln TAR, tujuan lain takde, kecuali angkut stock tudung untuk business aku.

habis memborong, jam baru pukul 1.00 tgh hari, masa masih panjang, aku tgk pent drive menghala ke damansara, apalagi, timbul idea dlm kepala otak ajak die ke e-curve, tapi sayang sekali cadangan die tolak, akhirnye selepas drop surat kat TTDI (rupa2nye pent nak drop surat kat kawan die, megat), pent bawak jugak aku ke IKEA, ok la tuh, asal dpt jalan2 spend masa dgn anak2. walaupun agak tak larat melayan kerenah dua beradik yang tersangat aktif itu. pusing2 dlm IKEA sampai pukul 3, terus ambik late lunch kat IKEA. pent makan chicken chop, aku plak saje amik kids meal spaghetti n chicken wings.

habis makan, kami turun, untuk check out, sempat jugak la aku tunjuk mana2 barang yang aku berkenan untuk rumah baru kami nanti, termasuk la partition yg mmg aku cari2 untuk tutup kawasan washing machine aku yg sememangnye kena letak sebelah kitchen cabinet (rumah kami townhouse jer, so, ruang amat limited). pent plak sempat jugak silau2 meja makan yang die idam2kan, cuma aku rase agak mahal sebab meja je dah RM700++, tu belum campur kerusi. (yg ini kena tgk ade budget lebih atau tidak).

dah penat jalan kat IKEA, pent ajak aku ke kampung baru, hantar stock tudung untuk budak2 UniKL, jenuh tawaf kl semalam. duduk kat sana x lama, just bahagi2kan stock tudung kat yatt (thanks yatt sebab tlg jadi reseller). {iklan kejap, sesiapa yg berminat untuk jadi reseller, sila hubungi aku} habis urusan kat kampung baru, kami terus balik. on the way balik, amir dah terlelap dlm kereta. sebab takut amir terjaga dr tidur, aku suruh pent tido awal, aku paksa maziz tido awal (nasib baik maziz pun menurut kata), dan semalam dalam sejarah, kami sekeluarga tidur seawal pukul 10 mlm.

p/s: guess what time amir bangun dr tidur? amir bangun seawal jam 5 pagi, watch his dvd alone.

No comments: