Monday, December 28, 2009

5th anniversary - tsunami

masih belum terlambat untuk aku update entry nih. sebenarnye hampir terlupa, tapi bila aku tgk channel history pasal tsunami, terus aku teringat tentang kisah ni lima tahun lepas. walaupun ramai yg kata terasa gegaran, aku pulak lansung tak rasa gegaran tsunami ni. tapi bukan itu yg aku nak ceritakan kat sini. aku nak cerita pasal penghijrahan aku waktu tsunami nih. ada yg relate kan penghijrahan aku dengan tsunami. tapi aku tak ambik hati pun. mulut org kan, mana bleh tutup. (mcm la org tu baik sangat)

penghijrahan yg aku maksudkan ialah dari seorang yg tak pakai tudung, aku mula berjinak2 dengan kain tudung. asal penghijrahan ni adalah sebab aku kena hadiri kursus kahwin. ye, kursus kahwin. sebab gatal nak kawin dengan pak pent la nih. lekat la sampai sekarang ni. sebenarnye sampai sekarang aku belum 100% berhijrah. ada masa dan ketika aku agak malas untuk bertudung. lebih2 lagi bila aku jalan tempat yg dekat2 dengan rumah aku atau org datang ke rumah. padahal dosa tetap dosa. tapi aku berazam untuk bertudung 100%. ada jugak azam aku untuk satu benda lagi, tapi aku tak nak disclose kat sini (hanya org yg tau saja akan memahami, org yg berkenaan sila beri peluang dan courage ye)

cerita pasal tudung, aku dah mula berjinak2 menjual tudung secara direct dan online. almaklum la, aku kan penggemar tudung arianni sekarang ni. tapi tak de la aku jual tudung arianni. aku jual koleksi tudung annur. alhamdulillah permintaan ada, since aku jual murah sikit dari blog2 yg lain. pada yg minat leh la jenguk blog tudung aku ni.

p/s: tsunami betul2 merubah dunia....

No comments: