Monday, December 7, 2009

jeming....

haaa.... ni bukan aktiviti aku, tapi ni aktiviti hasben aku setiap hujung minggu. entry ni sebenarnye nak meluahkan perasaan aku yg bercampur baur pasal benda nih. aku tak tau la perasaan orang lain, tapi bila tiap2 minggu hasben aku keluar pukul 11 mlm balik pulak bila dah nak menjelang subuh, aku jadi marah, tak puas hati, bimbang, dan macam2 lagi la. aku tak tau la die sedar ke tidak ape yang aku rasa. mula2 dulu selalu gak la aku bising pasal benda ni. tapi skrg ni aku cam dah lali. tapi tiap kali die nak keluar mulut aku ni masih berpesan "balik awal", tapi hasilnye, telinga die tak dengar kot ape yg aku cakap. sebab die balik tetap bila hari dah menjelang subuh.

ape pendapat korang bila aku dah terasa lali dengan benda mcm ni? adakah aku dah malas nak ambik tau pasal tabiat hasben aku yg satu nih. atau aku dah percaya yg die keluar mmg pergi jeming. aku rase semua perempuan akan berperasaan cemburu dan was2 bila hasben keluar malam dan balik pagi. lagi2 bila tiap2 minggu perkara yg same berulang. mcm mana pulak aku?? aku cam dah putus asa berbincang benda ni dgn hasben aku. cam tak de kesudahannye selain dari biarkan je la die dgn dunia muzik yg die minat sangat kononye tuh.

dah la, aku mls nak membebel pasal jeming ni lagi. mulut aku akan cakap lantak la die nak buat apa pun. tapi hati aku ni masih lagi ada perasaan bimbang. aku bukan bimbang die melencong ke tempat lain (aku percaya die takkan curang, tapi aku tak percaya perempuan2 kat luar tu). tapi aku bimbang kalau2 terjadi apa2 yg tak diingini. contoh mcm eksiden ke, kena rompak ke. sekarang ni macam2 boleh berlaku. tapi, hasben aku berlagak plak macam hero. konon tak de apa jadi. so, ape aku bleh buat, cuma berdoa je la takkan ada apa2 terjadi kat dia.

No comments: