Monday, November 30, 2009

@salam aidiladha@

aku rase belum terlambat nak ucapkan salam aidiladha kat korang. alamdulillah aku selamat balik dan pulang semula dari kampung. macam mana sambutan aidiladha korang tahun ni? dah nama hari raya korban, dah seharusnye kite renungkan apa erti pengorbanan yang sebenar. walaupun selalunye pengorbanan kite di salah ertikan atau dipandang sebelah mata. Meh kite cerita sikit pasal pengorbanan.

Pengorbanan ni dalam pemahaman aku adalah melepaskan sikap mementingkan diri sendiri untuk kepentingan orang lain. Contoh yang sangat dekat, ibu bapa kita yg sentiasa mendahulukan kepentingan keperluan kita melebihi dari keperluan mereka. Seringkali kita dengar ibu bapa yg sanggup hidup susah atau ala kadar semata2 untuk menyediakan keperluan persekolahan atau pendidikan anak2 mereka. Alhamdulillah, mak dan abah aku tergolong dalam ibu bapa yg mementingkan keperluan anak2. Kadang2 timbul rasa malu pada diri aku. Mana taknya sampai aku dah kawin dan ada anak dua ni pun, mak abah aku masih lagi berada di sisi aku untuk menolong aku tatkala aku susah. Tak terbalas aku budi yang depa curah selama ni.

Pengorbanan jugak banyak kategori, wang ringgit, masa, tenaga, cinta dan kasih. Bab yang lain aku tak nak komen, tapi aku nak komen bab pengorbanan untuk cinta dan kasih. Pengorbanan yang melibatkan kesanggupan untuk berkorban segala-galanya demi kebahagiaan org yang tersayang. Aku rasa dalam bab ni aku masih lagi belum 100% complete. Yelah, sanggupkah aku memberikan lepuasan kepada org yang tersayang sedangkan hati sendiri tak bahagia. Ada sesetengah benda yang aku rasa aku perlu simpan untuk diri aku sendiri.

Eh, dah jauh sangat dah aku melalut nih, yang penting kita jangan terlalu mengambil mudah tentang erti pengorbanan. Jangan terlalu mudah mempersendakan pengorbanan orang lain yang sepatutnya kita hargai. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri kerana orang2 disekeliling anda memerlukan pengorbanan anda. Walau sekecil mana pun pengorbanan anda, sekiranya keikhlasan itu ada, tentunya akan dihargai.

P/s: Apakah pengorbanan kita??

No comments: