Monday, November 2, 2009

lawatan ke kedai gunting rambut....

hari sabtu kami bawak amir ke kedai gunting rambut, memandangkan rambut die yg dah semakin berserabai. maka lawatan ni diperlukan. takut jugak die buat perangai tak nak gunting rambut. sebab lawatan yg lepas buat die menangis. bukan setakat menangis tapi meraung pun ada. tapi kali ni alhamdulillah die serahkan kepala die dengan rela.

sempat senyum walau nervous...

bukan setakat amir je yg gunting rambut, abahnye jugak...

petangnye plak kami terjah midvalley, ingat nak skodeng pameran renovation kat MVEC. tapi bila diterjah, booth untuk kitchen kabinet cuma ada sikit. tengok sikit2 mana yg patut, aku ajak husband aku merayap tempat lain dlm midvalley tuh.

dah macam pelarian makan ice-cream tepi kaki lima....

***************************************************************

ahad hari bersantai bersama keluarga, bangun pagi pun dah lambat. kami keluar pegi breakfast pun dah pukul 11.30. aku plak mood malas, malas nak masak, malas nak kemas rumah. lepas breakfast aku ajak pak pent gi jengah kedai kicthen cabinet kat depan giant. memula masuk kedai jual eksesori dapur dan bilik air. ntah macam mana berkenan ngan satu sinki ni. ada plak diskaun 50%. aku terus pilih dan beli.

dah beli sinki, kami ke kedai kitchen cabinet, defilio. minta mamat designer ni tlg buat quotation untuk dapur kami dan jugak wardrobe master bedroom kami. harga mmg memberansangkan. tapi, aku masih x puas hati. aku nak cari quotation kedai lain. ingat x aku terjah signature kitchen kat IOI mall? aku masih x dapat lagi quotation dari depa. lembap betul. aku call hari jumaat lepas, depa kata masih belum buat sebab part timer depa tak pass file aku kat depa. huh... lembap.... camni ka layan customer.

ape la yg diborakkan hero2 aku ni....

sape di sebelah sana?

seronok jugak pi cari quotation kitchen cabinet ni. sebab macam2 design aku dpt dari designer2. cuma duit je kena sediakan. harap2 aku org nak derma kat aku RM10k. bleh aku tambah lagi budget aku. huh... sape yg nak derma tu ek?? pak menteri?? boss aku?? husband aku?? atau parents aku?? atau takde sape pun.....

p/s: aku dah kemaruk nak masuk rumah baru nih. kalau bleh tetiap minggu nak pi tgk rumah...

2 comments:

Azfaliza Abd Latif said...

amboi..awalnye beli sinki.. ni mmg tak sabar nak masuk umah baru gayanya hehehe...

a'ah kan sape yg sudi derma barang 10k atau 20k.. nak jugak ni huhu

azrin said...

@z, sinki tu mmg murah, steel, kami beli dgn dryer rack sekali RM420.