Monday, November 23, 2009

imbasan....

meh kita imbas kembali apa aktiviti aku sepanjang minggu lepas. niat aku mmg nak update blog ni masa weekend tapi masa tak mengizinkan.

khamis ptg aku ambik annual leave, memula hajat ambik cuti sebab nak ke IKEA. nak borong barang2 untuk dapur rumah baru nanti. tapi, since aku dah beli induction cooker, aku batalkan je niat aku nak ke IKEA tu. lepas lunch, kami (aku ngan pak pent, yg merupakan penganggur terhormat untuk 2 minggu ni) terus pi jumpa Chris dari CLS Kitchen. sebenarnye nak bawak die tgk rumah contoh. tapi malangnye, rumah contoh dah dijual, so, aku harung die tgk unit yg dah siap. dpt jugak la buat anggaran ukuran.

lepas ambil anggaran ukuran, kami ke IOI Mall. haa, ni la masa untuk dating berdua dgn pak pent. dah lama kami tak spend masa berdua jalan2. kalau keluar mesti bawak askar2 kami. aktiviti untuk hari itu adalah tgk wayang. ntah dah berapa tahun aku tak dapat tgk wayang. sejak kami dpt amir, anak sulong kami. mmg dah jarang sangat kami dpt tgk wayang berdua. kalau dpt tgk pun dalam hati mesti tak tenang memikirkan anak yg kena tinggal dgn babysitter. hari ni tgk cerita "2012". memula aku ingat ending cerita ni mesti la bumi hancur. takde ape yg tinggal. tapi, rupa2nye depa celup cerita nabi noh dan kapalnye. tapi jalan cerita not bad.

weekend plak takde aktiviti menarik. banyak masa spend kat rumah sebab skrg cuaca pun tak menentu. asyik hujan je. anak2 pun selsema. kamu cuma ke rumah kakak aku hantar barang2 dapur, since kakak aku belum pulih sepenuhnye dr operation dan ke giant beli sus dan keperluan anak2. selain dari tu, duduk rumah melepak.

p/s: jumaat aku MC...

No comments: