Wednesday, September 16, 2009

terlambat update....

hidup semkin kelam kabut, tu yg aku x sempat nak update ape2 kat blog ni. since last week aku buay dgn closing, minggu ni plak buat business analysis. nak cuti raya la katakan, kena la siapkan kerja sebelum bercuti. ni nak cerita ni.....

hari sabtu lepas kami sekeluarga ke Jln TAR, tujuan utama aku nak amik baju yg aku tempah kat tailor dlm Pertama. lepas amik baju, kami menghala ke Sogo.

pit stop sebelum sampai Sogo

maziz pun nak main sama

sampai je Sogo kami terus ke level 7, hantar pak pent, amir dan maziz kat pusat penjagaan kanak2. aku plak turun ke level 2. nak cari t-shirt untuk pak pent. punya la ramai manusia. sampai nak bergerak pun susah. akhirnye aku sempat beli 3 helai t-shirt je. itu pun ambik mase sejam. ptg tu kami berbuka kat rumah mak sedar pak pent kat jln klang lama.

**************************************

ntah untuk ke berapa kali dlm beberapa minggu ni maziz sakit lagi. kali ni diarrhea plak. kena since sabtu petang, tiap kali die minum susu die akan buang air besar, sampai yg keluar hanyalah lendir. ahad petang, stool die dah mula ada darah, ahad malam aku ajak pak pent ke klinik. kami ke klinik biasa jer. doktor kat klinik tu macam bukan doktor je aku tengok. bak kata pak pent, muka doktor tu cam samseng dalam cerita tamil. dah le muka mcm hero cerita tamil, tak cakap ape2 pun pasal sakit maziz. die cuma kata die akan bagi antibiotik. ni la yg aku paling tak suka pegi klinik biasa. dah le tak baik, layan kite macam main2 jer. "aku bayar la, bukan amik ubat free".

isnin pagi diarrhea maziz masih belum baik lagi. makin teruk ade la. darah makin banyak dlm stool die. dalam tidur pun die boleh buang air besar. aku decide amik EL. lantak la ape boss aku nak cakap, yg penting adalah anak aku. lepas pak pent balik berurus niaga dengan kawan die, kami bawak maziz ke Columbia Asia. aku nak jugak bawak maziz jumpa paediatrician.

lepas register nama, nurse timbang maziz. berat die cuma 5.97kg jer. yelah, dah berapa minggu die asyik sakit je, berat badan pun susah nak bertambah. doktor kata maziz kena jangkitan dlm usus besar. sebab tu stool die ade darah. so, doktor bagi 6 jenis ubat. untuk replace garam galian, untuk replace bakteria baik, untuk stop kan cirit, untuk buang angin, antibiotik & cream untuk kurangkan rashes since kemaluan die dah melecet.


nampak x screen kat mesin timbang tu, 5.97kg


ubat2 untuk maziz


kena minum susu soya untuk sementara waktu

bila jadi macam ni, aku mula terfikir dlm kepala otak aku yg sememangnye dah berserabut ni. adakah aku yg gagal jadi ibu yg baik? sampai anak aku sakit sampai berminggu2, bertukar2 jenis sakitnye. ntah la, aku rase aku dah cuba nak jadi ibu yg sesempurna mungkin untuk anak2 aku. walaupun aku ni garang, tapi aku sayang anak2 aku melebihi segala2 nye. bukan anak2 aku je yg aku sayang. husband aku pun aku sayang, cuma mungkin aku kurang menunjukkan kasih sayang aku. tapi aku tetap sayang pada diaorang. kadang2 timbul juga kesal dalam hati aku bila ade yg komplen kata aku ni tak memahami kehendak org lain dlm keluarga sendiri. mana org tau apa yg tersirat dalam hati aku kalau org tu asyik nak cari salah aku ja. nak buat macam mana, hidup mmg macam ni. kehendak org mmg susah nak dipenuhi. tawakal jelah.

p/s: aku tak suka org berdendam. sebab dendam tulah yg selalu membinasakan diri kite.


No comments: