Wednesday, September 30, 2009

yippeee... raya datang lagi...

sebelum apa2 aku nak bagitau post kali ni takde gambar.....

****************************************

cuti raya aku bermula jumaat tgh hari. pada mulanye aku tak berniat pun nak ambik cuti hari jumaat tu. tapi, memandangkan satu beg pun aku tak kemas dan malam tu aku nak bertolak balik ko johor, aku decide ambik cuti half day. tepat pukul 12.30 tgh hari aku pun capai beg terus menuju ke giant beli barang sikit untuk mak aku. dr giant aku ke bank, tukar duit raya. dan terus balik rumah kemas barang2. sampai je rumah, aku tak toleh kiri kanan, terus je kumpulkan baju2 yg aku nak bawak balik untuk malaram semasa raya. bila dah siap kemas aku kira2, ade 4 beg semuanye. dah, sudah, mau kena marah ngan husband aku ni. so, apa lagi aku decide tolong bawak turun sikit2 beg yg aku dah kemas tu ke kereta. kalau tak kang, kena tarbiah plak ngan husband aku. aku rase hari jumaat tu la hari paling lembik aku sepanjang bulan puasa tahun ni. mana tak nye, kemas beg, bawak turun beg ke kereta, puasa plak tu. sabar je la.

malamnye, lepas sembahyang isyak, kami bertolak balik ke johor. opsss, sebelum bertolak balik, kami ber"bye2" dengan babysitter anak2 aku. lama jugak la depa berpeluk cium ngan anak2 aku. almaklum la nak berpisah seminggu. malam tu jalan tak jem, walau banyak kereta. kami sampai kat rumah mak aku kul 1 pagi, nasib baik amir dan maziz tidur. aku pun ape lagi, mkn sikit2 masakan mak aku terus la lelapkan mata. kul 5 bangun balik utnuk sahur plak, terkulat2 mata aku nak menghadap makanan sebab baru je 2-3 jam aku tido. tapi aku makan jugak, takut takde tenaga nak tolong mak aku masak untuk raya.

****************************************

hari sabtu aku mulai dengan membawa abah aku ke Putra Specialist Hosp untuk check up. 2 bulan lepas doktor suruh berhenti makan ubat buang air dlm badan sebab takut buah pinggang abah aku kering. tapi sehari dua ni kak abah aku bengkak, sebab air dalam badan tak keluar. lagipun bekalan ubat dah habis. so, kami ke hosp untuk rawatan bulanan. kali ni doktor ambik darah lagi dan benarkan abah aku ambil semula ubat yg die suruh berhenti untuk dua minggu. lagi dua minggu, 3hb Oct kena datang balik untuk check up. hish, susah betul kalau dah sakit. tu la, dulu mak aku membebel suruh berhenti merokok abah aku buat muka "dek" aja. kan skrg dah susah. kena sakit jantung. (pesanan ani untuk husbandku juga).

balik dr hosp aku singgah focus point, haa, buat cermin mata lagi aku ni. dah 3 kali cermin mata aku berderai dikerjakan anak2 aku. almaklumla, frameless. mmg la cepat berkecai. kali ni aku buat yg ada bingkai. buat pun yg murah2 jer. takut berderai lagi. kopak lagi nanti duit aku. kali ni aku kopak RM159. baik2 duit tu boleh buat raya. dah kena buat cermin mata lak.

sampai je rumah, terus tukat uniform ke persalinan biasa. kena la berpencak kat dapur lak. tolong mak aku rebus ketupat dan juadah lain untuk hari raya yg bakal menjelang di hari ahad. kering betul badan aku hari ni. menghadap api dapur.

buka puasa hari ni meriah sangat. mana taknye, selalu aku berdua je ngan husband. hari ni, riuh rendah dgn anak2 buah aku. yalah, budak berpuasa, bila time buka depa seronok la dpt makan. menu hari ni, sup tulang. favorite aku nih. menghirup sampai ke titisan terakhir. hehe. gemuk la aku naik cuti raya nanti.

****************************************

alhamdulillah, kami sekeluarga masih dpt bersama2 menyambut 1 Syawal 1430H. tahun ni tak dapat abah aku pegi sembahyang raya. yelah, kaki die masih bengkak. sakit plak nak diri lama2 nanti. muka die pun muram je. sedih agaknye sakit di pagi raya. hati aku pun sedih bila tgk muka die, tahun depan ntah masih dpt beraya bersama ke tak. ya allah, aku masih belum bersedia untuk kehilangan abahku.

episod sedih masa bersalam2an memohon kemaafan tak dapat aku abadikan. potret keluarga pun takde tahun ni. sebabnye, aku tak bawak balik tripod. lagipun aku mls nak ambik gamar sebab mase bersalam2an ni maziz tidur la plak. so, mls nak ambik gambar. nanti la aku pegi kedai ambik gambar family. dah siap nanti aku upload.

hari ni kami cuma beraya ke rumah mak sedara kat depan rumah aku ja. balik ja ke rumah, dah ade org bertandang. sampai la ke ptg tangan aku tak kering asyik buat air n basuh pinggan ja. ramai sungguh la sanak sedara belah mak dan abah aku datang menziarah. penat sungguh badan aku.

****************************************

hari raya kedua masih di rumah, main masak2 sebab masih ada sedara mara mak dan abah aku yg datang menyerang rumah. aku?? masih lagi penat melayan depa. sampai anak2 aku pun aku tak terlayan.

****************************************

hari raya ketiga, kali ni aku tak bagi muka dah. pagi2 lagi keluarga aku dah bersiap2 untuk beraya. mula2 ke batu pahat, beraya di rumah arwah bapa sedara belah abah aku. suram je rumah arwah. kesian aku tgk muka mak tam aku. yelah, ini raya pertama dia tanpa suami. habis beraya di batu pahat kami terus ke muar. ini destinati hot spot kami sekeluarga. mana tak nye, ini kampung atok aku. atok aku dan rumah atok aku dah takde, yang tinggal rumah mak cik aku jer.

****************************************

hari ni sambung acara memasak kat rumah. kami tunaikan hajat abah aku yg nak sembelih ayam kampung die. jgn terkejut, kami korbankan 8 ekor ayam hari tu. maklumla keluarga besar. kalau sembelih 2-3 ekor kang takut cukup untuk selit celah gigi jer. ayam2 tu selamat di masak kari. sebelah malam, kami sekeluarga bertolak ko kulai, jb. beraya rumah kakak aku yg ketiga. spent masa kat sana berBBQ, bershopping dan beramah mesra sampai la hari jumaat petang. jumaat petang aku dan kak long balik semua ke rengit. kak ngah aku plak bertolak balik ke putrajaya.

hari sabtu ptg kami sekeluarga bertolak balik ke puchong. puchong here i come. jalan masih tak sesak walau kereta banyak. dah habis dah cuti raya. isnin kena pergi kerja dah.

p/s: cuti dah habis, duit pun dah habis.


No comments: