Wednesday, January 20, 2010

Happy Birthday Mr Pent

dah lama rasenye aku tak update blog ni, banyak sebenarnye yg aku nak ceritakan, tapi tuntutan kerja buat aku terlupa nak update.

16/01/2010

cupcake untuk en pent

seperti biasa, pada tarikh ini, setiap tahun, adalah birthday en pent. tapi tahun ni, tak de la aku belanja die kat Secret Recipe mcm tahun lepas. tahun ni aku dengan semangat berkobar2 nak masak sendiri untuk mengisi perut husband dan anak2 aku. tahun lepas tu aku malas nak masak sebab tgh bawak maziz dlm perut. menu kali ni nasi beryani. dup dap dup dap jantung aku mase masak nasi beryani ni, mana taknye, ini la kali pertama aku masak nasi beryani. takut jugak aku kalau x menjadi, mana nak dicampakkan nasi tu nanti. tapi alhamdulillah, semuanye berjalan dengan lancar, sila lihat hasilnye.....

hasil percubaan pertama aku....

niat aku untuk duduk rumah sepanjang hari sabtu tu tak kesampaian. chewahh, padahal masa en pent bukak mulut ajak ke sunway pyramid bawak anak2 jalan2, aku tak pikir panjang, terus je setuju. dengan pantasnye, aku siapkan anak2 aku. kul 4 ptg kami keluar rumah, ke shah alam dulu hantar air cond yg en pent beli untuk project studio die. habis urusan en pent baru la kami ke sunway pyramid.

lepas round2 sekejap dan bagi peluang amir kikis duit en pent, aku terus ajak en pent ke Chicken Hartz. dah lama rasenye aku tak melantak kat situ. tak sempat nak snap gambar sebab aku rase mcm lapar sangat bila tgk ayam dan salad kat situ. tapi end up, aku cuma makan seketul ayam, spagethi, dan 2 pinggan salad. mmg rugi kalau bawak aku ni pegi makan buffet. sikit je yg aku dpt sumbat dlm perut walaupun selera aku besar.

17/01/2010
hari ni kami ada appointment dengan Hafiz kat WOW studio. nak menghabiskan sessi photography yg tak masih tak habis sejak Oct'09. alhamdulillah, investment aku berbaloi. gambar2 yg disnap mmg cantik.

at WOW studio

kat Pullman Putrajaya, Oct'09

aku paling suka gambar nih...

18/10/2010

kesian amir kena gigit dgn kera...

tak dapat aku luahkan perasaan aku bila babysitter anak2 aku bgtau amir kena gigit dengan kera. dah la tuh, pemilik kera tu lansung tak minta maaf. tak pasal2 mlm tu en pent kena angkut amir ke KPMC untuk cuci luka dan ambik antibiotik. (en pemilik kera, ko tunggu la perhilitan datang rumah ko nanti).

19/01/2010
hari ni aku MC sebab cabot gigi.

No comments: