Saturday, October 23, 2010

saya teruja

Jumaat lepas aku ambik cuti, wah2, padahal banyak kerja yg aku nak buat sblm handover, pandai2 plak ambik cuti. Pagi jumaat tu aku ke 'tempat' baru, amik offer letter. Habis je urusan kat sana, aku terus tuju ke IOI Mall.

Mula2 ke Yun Nam. Aku hadapi masalah rambut gugur, dah lama dah, tp sejak deliver maziz setahun lebih yg lepas, makin teruk pulak. Dah mcm2 syampoo aku cuba, tp x mendatangkan hasil yg memuaskan. So, skrg aku nak try Yun Nam plak.

Trial treatment hari tu ambik masa 2 jam lebih. End up aku beli home care product dia. Harap2 kali ni usaha membuahkan hasil. Rambut mahkota wanita kan, walaupun aku bertudung, nak jugak rambut cantik.

Lepas siap treatment hari tu, aku teruskan aktiviti jalan2 kat IOI Mall, seronok jugak jalan sorang2 ni. Aman rasa. Jalan punya jalan, aku singgah dkt Giordano, belek punya belek, angkut 3 helai seluar khaki. Terpaksa beli sebenarnya ni, sebab sejak aku mula kerja REDtone, aku x pakai formal office attire ke office. Hari2 aku pakai jeans dan t-shirt/kemeja. So, terpaksa la beli seluar baru.

After that heading to Padini, aku mmg suka beli baju Padini sebab aku selesa dgn design n cutting die. Harga pun x de la mahal sgt. Ditambah lagi ade sale skrg ni. Dkt Padini aku sambar 5 helai kemeja. So, rasanya cukup la untuk berpakaian formal ke tmpt kerja baru nanti. Of course pakaian2 formal ni akan bertambah setiap bulan. Yerla, takkan aku nak harap yg 5 helai ni + baju2 lama aku jer kan? :P

Haish, teruja sungguh nak ke 'tempat' baru, aku cuma ade 8 hari bekerja nak di tempuh di REDtone. My last day will be on 3rd Nov. Oh, it's fast sebab aku cuma letak notis untuk je, and my new employer pay for another 2 weeks notice, which make me so HAPPY and EXCITED.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Azfaliza Abd Latif said...

waa lain macam eksaitednya siap shopping bagai hehe.. harap di opis baru nanti lagi best la.. ;)

azrin said...

harap2 begitu la az, nasib kat opis skrg mcm org kerajaan, x dpt bonus tp dpt wang ikhsan, sedih rasanye....