Monday, November 15, 2010

banjir kilat

Phew, penat sungguh hari ni. Sampai rumah bila azan isyak dah berkumandang. Ini la jadinye bila hujan lebat dkt Klang Valley. Habis semua jalan jem. Aku start tersangkut dari jalan Glenmarie menuju Batu Tiga. Just imagine kat situ je aku spent about 1 hour plus. Memula cam hairan jugak, kenapa la semua kereta menuju arah kanan.

Bila semua mcm tukar haluan ke arah kanan, aku pun follow je la. Dalam2 follow tu ternampak 2-3 org budak (remaja) lelaki angkat motor letak ke jalan bertentangan. Dalam hati aku, 'dah x ckp kerja ke budak2 ni'. Rupa2nya banjir kilat daa. Tau je banjir aku dah gelabah. Yerla, camner aku nak harung banjir tu. Tp aku ikut je kereta depan. Redah je pelahan2. Mulut tak habis2 baca 'bismillah'. Sangat takut, ok!! Ini la pengalaman aku redah banjir. Yg naik motor semua x sanggup redah. Semua patah balik atau tunggu tepi jalan. Dah mcm pesta la plak.

Alhamdulillah selamat jugak aku redah banjir tu. Perjalanan lepas tu lancar sampai la kat persimpangan USJ, highway Elite. En polis trafik x bertugas rupanya bila hujan. Dah satu hal nak redah jem lagi sekali. Tp kali ni aku cuma spent lebih kurang setgh jam je kat situ. Tp sebab nak 'terkucil' punya pasal, aku rasa azab gile. Lepas je dr jem, nampak je petronas aku tak lepas peluang, terus masuk, parking, tuju toilet. Baru la lepas azab aku. Dugaan betul!! Smpai rumah x de toleh kiri kanan, matlamat makan, mandi, tangkap maziz bawak masuk tido. Sangat letih!!

P/s: sedih sbb x sempat amik gambar banjir tadi, sbb takut sangat. Lagi sedih, raya haji kat Puchong. Uuwwwaaaa!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: