Wednesday, August 25, 2010

teringatkannya....

got this from my sister....


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


email ni buat aku teringat kan arwah abah, adakah abah balik melawat kami? adakah abah orang yg cukup bertuah kerana dibernarkan balik menjenguk kami, pewarisnya? menjenguk rumah yang ditinggalkan? atau arwah kembali ke rumah kampung dah bersedih sebab kami tidak ada di sana? semua soalan ni bermain dalam kepala otak aku. harapan aku semoga abah gembira melihat kami x putus2 mengingatkan arwah bersama doa2 dan bacaan yassin untuk arwah.

kelmarin ada aku ber 'MSN' dengan opismate dari KK branch, di tanya kenapa aku bersedih kena beraya di rumah emrtua tahun ni, aku sebenarnye tidak la kisah beraya di rumah mak sendiri ataupun rumah mertua, tapi ini mereupakan tahun pertama raya disambut tanpa arwah abah, kalau boleh aku nak bersama2 dengan emak. tapi, kali ni aku terpaksa berkorban kerana tahun ni mmg turn beraya di rumah mertua aku. mungkin orang yg belum kehilangan ibu atau ayah mereka takkan paham apa perasaan aku.



p/s: mengharapkan yg terbaik untuk arwah abah di alam kubur....

No comments: