Thursday, March 25, 2010

summary update

dah agak lama aku x update blog, agak malas sebab kerja aku tgh melambak (tapi tetiap hari tetap layan fb). bukan tak ade cerita yg nak dikongsikan, tapi kesibukkan melampau memaksa aku melupakan blog ni sekejap. some simple update:-

1) Baby baru
kawan aku (asalnye hubby die kawan pak pent, secara lansung wifenye jadi kawan aku), selamat melahirkan anak lelaki sulongnye hari ahad lepas. since aku mmg nak jalan2 hari ahad tu, sempat aku singgah belikan hadiah sebelum melawat die kat hosp ampang. alhamdulillah, baby sihat, maknye pun sihat. tapi aku nak cerita sikit pasal hosp ampang ni, dah nama hosp gomen kan, die x bagi anak2 aku naik ke wad, so amir n maziz pun lepak la kat lobi dengan pak pent sementara aku pi lawat farah. yelah yg beranak tu perempuan kan, harus la aku yg pegi lawat, takkan pak pent kot. yang aku agak tak puas hati dgn hosp ni, dah tak bagi kanak2 naik ke wad, depa sediakan la bilik untuk kanak2 ni lepak, ni tidak, kanak2 melepak di kaki lima lobi. maziz plak sibuk nak duduk kat lantai, bukan setakat duduk siap merangkak sana sini. dgn diri aku yg hygiene ni kan, aku mmg tak suka dgn situasi mcm tu.

2) KPLI
setelah dikecewakan sebab tak tersenarai dalam calon MTest KPLI SR Jun2010 pada 13/03/2010, hari isnin lepas aku dpt sms mengatakan aku tersenarai sebagai salah seorang calon yang layak untuk ambik MTest KPLI SR Jun2010 pada 27/03/2010. peluang yg takkan aku lepas kan. minggu ni aku agak bertungkus lumus belajar balik matematik tingkatan 4 & 5 untuk kertas analitikal. dah lama betul aku tinggalkan bab matematik ni, dah ada dlm 10 tahun. agak payah jugak aku nak mengingatkan kembali formula2nye. "ya allah, bukakan la minda hambamu ini untuk mengingati kembali pelajaran yg tlh lama ku tinggalkan. amin" (harapan untuk aku lulus amat tinggi, nak jadi penyambung kerjaya arwah abah)

3) Maziz
untuk pengetahuan semua, maziz dah pandai jalan, walaupun agak lambat tapi aku tetap bangga bila nampak die berusaha untuk jalan. bukan setakat belajar jalan jer, tapi belajar cakap. isnin lepas, bila pengasuh tanya dgn die sebab apa die menangis, die jawab "nak mandi" (off course la tak sesempurna org dewasa bercakap). oh, dah besar rupanye anak mama.

4) Amir
yang ini plak semekin petah bercakap, semakin aktif dan semakin nakal. agak penat dengan die ni sebab tiap2 hari die tidur lewat (bahana tidur petang kat rumah pengasuh). rase mcm terlalu lambat pulak mase berjalan, semuanye gara2 aku tak sabar nak tgk amir ke sekolah.

p/s: sorry la entry agak merapu since aku sleepy time type entry nih...

No comments: