Monday, August 3, 2009

activity hujung minggu....

sabtu lepas, aku habiskan masa kat rumah kakak aku dengan anak2 aku. jangan tanya husband aku pegi mana? die skrg asyik sibuk masyhuk dgn insurance die. sedih asyik kena tinggal. sedih ke? atau aku marah? humm... malas nak komen.

ptg sabtu tu aku ajak kak long aku ke ARIANI Bangi, borong tudung lagi. hehe. kali ni aku bawak balik lagi 5 helai. tapi bukan setakat ARIANI je aku redah, lepas puas cuci mata dan dompet kat ARIANI aku ajak pulak kakak aku pegi HAJABA. tapi x de la borong lagi sebab takde yang menarik dihati. lagipun dah tak larat dengar Maziz melalak bagai nak terkeluar anak tekak die. ntah kenapa mood die sangat la x best petang tu. asyik nak nangis jer. mungkin kurang dpt bermanja dgn aku. isk, manja betul la anak yg seorang ni.

sedap betul dpt tido dlm pelukkan mama (bau masham)...

saluran oksigen buatan sendiri....

yang sorang lagi mcm biasa la, pening aku dgn gelagat die. belari dalam kedai ARIANI tu. nasib baik rak2 tudung tu tak runtuh. suara aku je yg kuat duk tegur die jangan berlari. malu muka aku dengan makcik2, pakcik2, bak kata org dengan semua org yg ade kt dalam kedai tu la. mana tak nye, sorang menangis, sorang lagi berlari. kalau tak kuat iman mau mmg tak berjalan kemana2 la aku.


muka tension pak pent melayan karenah anak2...

ahad plak aktiviti sekeluarga berbelanja barang keperluan dua beradik tu kat giant. beli susu dan pampers la plak. borong untuk stok sebulan supaya tak kehabisan bila benda2 tu diperlukan dlm waktu emergency.

isk... hari ni hari isnin, hari menjana pendapatan setelah penat menghabiskan duit waktu weekend. malas betul aku hari ni. tambah2 semua boss ade kat office. ade meeting la plak tu. dan lagi membosankan bila lepas meeting mesti kerja aku bertambah. gaji bila plak nak bertambah??

cakap pasal kerja, last week aku dpt surat bonus, surat je tau. duit tak dapat. sebab surat bonus tu bukan bagi aku duit tapi ESOS. susah betul nak ambik duit bonus tahun ni. memula aku kena buka CDS account untuk beli share yg company bagi kat aku tu. lepas tu cari duit beli share tu. lepas tu tunggu 12 hari baru leh jual balik share tu. then tunggu plak untuk dpt duit. banyak betul kerja kena buat untuk dpt duit bonus. kenapa la company bagi aku ESOS plak tahun ni. sungguh pun banyak tapi susah benar nak dptkan duitnye.

p/s: nak pinjam ahlong buat modal beli ESOS.....

No comments: