Sunday, August 16, 2009

aktiviti hujung minggu....

aktiviti hujung minggu bermula dengan berjogging bersama2 dengan group agent insurance husband aku. tak pernah pun aku tau kat TTDI tu ade taman untuk beriadah. jakun la sekejap kan. aktiviti ni patut mula pukul 7.30 pagi, tapi kami 7.30 pagi baru nak keluar dr rumah. gara2 terlewat bangun. sampai2 je, aku tgk takde pun agent2 lain bawak anak2 depa. laki aku je yg tergedik2 nak bawak kami, nasib baik Maziz tak ikut. kalau x kompem melalak budak tu. sebab aktiviti habis lambat. dekat pukul 11 baru habis. aku pun dah panas bontot duduk kat situ. walaupun aku x berjogging sama. Amir je yg ikut abah die jogging. kuat jugak kudrat budak tu, dah le jarak track jogging tu lebih kurang 1 km. boleh die berjogging dari awal sampai habis track tu. kalau aku dah pengsan kat tgh jalan dah. so, skrg korang dah paham la kenapa badan aku semakin menembam kan...

peace...

taklimat before start jogging...

dah habis jogging, masham bau peluh...

dahaganye lepas jogging....

habis je aktiviti jogging aku terus ajak husband aku pegi Metrojaya warehouse sale kat stadium shah alam. alasan aku, amir dah x nak pakai seluar pendek. memang pun, ntah ape mood die skrg ni, die nak pakai selaur panjang walaupun duduk rumah. jadi bila sampai je tempat yg dituju, aku terus la sambar selaur panjang untuk amir. habis cari seluar amir, aku cari lak baju untuk maziz. untuk maziz aku suka pakaikan die rompers, so, aku beli la ntah brp helai ntah rompers untuk die. dekat sini jer aku habis dlm RM 283.70, tapi aku dapat 27 helai semuanye. puas hati aku. dan hasilnye....

ini untuk Maziz....

ini pun untuk maziz....

ini plak untuk Amir, ade lagi 3 helai tapi dah dipakai...

amir tgh seronok dpt baju n seluar baru.....

hari ahad plak, hari berehat. tapi aku tak berehat jugak. kali ni main masak2. aku masak soto keegmaran laki aku. paham2 je la bila masak soto konpem ambik masa yg lama sebab macam2 kena prepare. kena buat begedil la, kena buat ayam siat la, kena buat bawang goreng la, sambal kicap la, suhun goreng la, sup ayam la, nasi impit la. last2 aku yg penat. tapi puas hati sebab dpt masak makanan kegemaran laki aku.

hasilnye....

p/s: nak sambung cuti lagi.....

No comments: